N.A.M.A


posted by radhiahsyahida

14 comments

Hanya 4 huruf, senang dieja, senang dibaca..tetapi besar maknanya pada living things and non-living things.
agak-agak apa akan jadi kalau ada benda yang tak ada nama atau semua benda kat dunia ni hanya ada satu nama? haha..saya dah buat eksperimen..

e.g :
1.anggap la laptop ni tiada nama, and then saya mahu minta umy tolong jagakan laptop saya.and saya akan cakap " umy, tolong jaga benda petak 4segi tepat warna hitam tu kejap eh.." huh..tak ke letih nak cakap macam tu tiap-tiap hari?

2. anggap la laptop bernama laptop, saya juga bernama laptop and umy pun bernama laptop and saya cakap "laptop, tolong jaga laptop laptop eh? erk..fenin2..

Itulah pentingnya nama, setiap kelahiran baru memerlukan nama even sekecil zarah juga mempunyai nama.. begitu juga manusia, pemberian nama sangat dititikberatkan oleh masyarakat.. saya teringat ummi pernah cerita kisah zaman dulu kala sewaktu bayi baru dilahirkan, bapa bayi, Mamat (bukan nama sebenar) pergi ke pejabat polis untuk mendaftarkan nama anak mereka.
pegawai polis : anok name mende ni encik?
bapa bayi(En.Mamat) : ikut panda encik lah. (maksud beliau ialah ikut encik la nak tulis apa pun)
maka pegawai polis yang telus,benar dan betul itu terus menulis nama bayi tersebut : IKUT PANDA ENCIK LAH BT. MAMAT..haha, hebat sungguh orang zaman dulu..

Tapi, orang zaman sekarang ni lagi hebat.. nama anak mesti panjang, ala-ala omputih sket and mesti nama yang ada class! kelas apa pun saya tak pasti.. teringat saya pada kisah kawan rapat saya masa kat KIST dulu iaitu Sue and kakak beliau yang saya panggil 'kak' yang waktu itu baru melahirkan anak sulung

saya : sue, anak kak name mende?

sue : Wafaa Ilhamnie Qaisara.
saya : wahh.. panjangnye..!! (dengan nada kagum..)

sue : tu ar..sume orang kate panjang tapi bila orang kate gitu, kak jawab " adik beradik kawan suwaibah tu panjang-panjang gop nama dorang..ok je " (hehhe..adik beradik saya la tu..)

saya : hehe..banding nge adik beradik saya plop..abg bad(ayah wafaa) name mende?
sue : Mohd Badrul Hisham

saya : waa.. Wafaa Ilhamnie Qaisara bt Mohd Badrul Hisham.. (dengan nada kagum sekali lagi ;D)~wafaa~

Itu kisah realiti. Bagi saya..nama panjang itu ok je selagi makna nama itu elok disisi agama Islam. kalo pendek tapi takde maksud @ maksud tak elok pun tak ok jugak kan? teringat saya pada hadis Rasulullah s.a.w iaitu di padang mahsyar nanti, Allah akan memanggil mereka yang mempunyai maksud nama yang baik dahulu kemudian barulah yang tiada maksud @ maksud kurang elok (correct me if i'm wrong).

kisah realiti seterusnya..
saya bersembang dengan seorang hamba Allah ni.. beliau memberi pendapat bahawa beliau lebih suka jika anak-anak beliau suatu hari nanti (insyaAllah) diberi nama yang panjang. reason beliau..
"nanti bila penyampaian hadiah kat sekolah ke, bolehlah nama anak beliau berkumandang lama sket dari budak-budak lain.."
huh..ade jugak orang yang fikir macam ni ek? pelik tapi benar.. tapi, bagi saya juga.. 'kadang-kadang' nama yang terlalu panjang pun boleh bagi pening kat empunya nama tu nak-nak time nak isi borang. kalau saya, setiap kali nak isi borang yang kena tulis huruf dalam each petak tu, mesti saya kira dulu cukup tak 32 huruf dan alhamdulillah setakat ni cukup lagi..hehe..so, thanx abah sebab tak bagi nama panjang sangat walaupun panjang gop sposen dari orang lain ;p

berbalik kepada nama, sebenarnya saya mendapat request dari kak Ti untuk memilih nama yang sesuai untuk baby beliau nanti, insyaAllah..
syarat-syarat yang diberi : nama sohabat @ sohabiah
saya longgarkan syarat : nama pejuang islam juga boleh

maka, saya telah mencari dan terus mencari..ini list saya setakat ini :

baby boy
1. 'Umar Al-faruq
2. Luqman Al-Hakeem

3. Iskandar Zulqarnain

4. Uwais Al-Qarni

baby girl
1. Aisyah Al-Hamraa'
2. Nurul Zinnirah
3. Balqis Insyirah

esok kak ti nak scan, huhu..agak-agak putera ke puteri ye? tak sabor nih! cucu sulung dekpun =)
doakan kak ti and baby selamat sampai lahir deh..tq

14 comments

  1. nas_asya
  2. CSE :)haimy
  3. CSE:)haimy

[fellow followers]