kembali bernafas & tips temuduga Education


posted by radhiahsyahida

3 comments

Kembali bernafas!!


Meminjam kata-kata yang pernah menjadi tajuk bagi blog cucudagang beberapa minggu yang lalu.. mungkin kerana situasi yang sama tetapi tempat yang berbeza. Selepas bersara pada 29 Mei yang lalu, saya dan alam siber telah dipisahkan dengan sempadan tembok yang kukuh dan tinggi lantaran ketiadaan talian internet di rumah kak ti. Saya bagaikan kucing kehilangan anak menunggu saat demi saat berlalu ketika berkurung di dalam teratak di presint 14 putrajaya itu selama 8 hari..uih!


Memandangkan si kakak sudah sarat membawa seorang pejuang agama Allah, maka itulah tugas saya..menjadi mata-mata ketika si abang ipar keluar mencari rezeki. Jari-jari yang ketika dulunya agak anti tetapi kini telah menjadi kawan kepada remote televisyen (namun tidaklah sebagai teman rapat..sekadar teman tetapi mesra!). Mata mula menyapa wajah Dato' Fadzilah Khamsah di sebalik Anjakan Paradigmanya, berseronokan bersama Catdog, Spongebob serta Upin dan Ipin sementara menunggu untuk bertemu dengan Aqso dan Madina pada hujung siang. Malamnya pula, Semanis kurma telah dihidang menggantikan diri yang kadang-kadang bosan dijamu dengan CSI atau Merlin. Oh, hidup ini penuh dengan santapan!

Ingin pulang ke desa losong tercinta, namun telah berjanji dengan ayahanda yang ingin mengajak pulang bersama seusai menjalankan taklifat beliau sebagai pengerusi dewan Ulama' PAS pusat bagi muktamar tahunan ke-55 itu. Dan ketika dijemput pulang oleh beliau itu, hati ini menari segirang-girangnya. Rindu pada wajah-wajah mereka di terengganu! Namun, saya punya kesempatan ke muktamar kerana abah ingin menghadiri sessi yang terakhir. Masuk sebagai pemerhati ketika Datuk Ir Nizar sedang berucap membuatkan saya memberi persepsi yang lebih hebat kepada beliau.

Dan saat ini, tangan meronta-ronta ingin berkongsi 1 perkara yang telah diketahui keputusannya pada akhir mei yang lalu iaitu keputusan kelayakan untuk temuduga bagi ijazah pendidikan di UIAM sessi julai 2009 nanti. Alhamdulillah, nama saya dan kawan-kawan dari BAR ramai yang tersenarai. Walaupun tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, dan sekadar berserah kepada Pemilik alam.




Kepada semua sahabat yang tersenarai di atas, saya mendoakan yang terbaik untuk kalian. Usah terlalu menggantungkan pengharapan yang terlalu tinggi kerana bimbang ada yang kecewa di belakang hari. Usahalah sedaya mampu dan serahkan pada Yang berkuasa. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik. Dan dengan sumber-sumber yang boleh dipercayai, di sini saya ada bekalkan sedikit tips. Mudah-mudahan berguna untuk kalian nanti! =D
Pastikan anda mengambil tahu tentang :
  • PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan)
  • Struktur KPM
  • Isu semasa dan menteri-menteri kabinet
Pastikan anda bersedia untuk :
  • mengajar dalam bilik temuduga -sedia tajuk sekali
  • menerima provokasi dari interviewer (cth:dia mencabar kewibawaan anda menjadi guru) -jangan gabra
  • bercakap sepenuhnya 'fillughatil 'arobiyyah' -untuk TaSL dan pengajian islam
Pesanan untuk semua :
  • Jaga tingkah laku
  • Off HP
  • Senyum selalu
  • Duduk tegak dan sopan
  • Pakaian kemas dan formal
  • Bercakap dengan sopan dan minta maaf kalau gagal menjawab
  • Tunjuk keyakinan diri tinggi
  • Susun sijil dan dokumen dalam fail
  • Datang awal
  • Sentiasa berfikiran positif
Usaha secara spiritual :
  • Solat hajat -Mintaklah pada Yang berkuasa (jangan malu jangan segan)
  • Selawat dan doa sebelum masuk bilik temuduga
  • Minta orang-orang terdekat doakan (ibu,ayah dll.)
Akhirnya..
  • Betulkan niat anda untuk menjadi guru
Natijahnya nanti.. itulah yang terbaik telah Allah tetapkan untuk anda. Lapangan apapun kita berada, kita tetap menuntut ilmuNya. (^_^)

3 comments

[fellow followers]