Jemputan ke Majlis Perkahwinan Saya


posted by radhiahsyahida

8 comments

..punya Kakak la (Tajuk post panjang lajok..dok muat nak tulih ;p)

Tazkiroh : Post kali ni mungkin akan tercampur bahasa terengganu sebab penulisnya tengoh dalam mode nak balik kampung. Sekian.



Peta ini khas untuk ust alim, dengan ucapan : semoga tidak sesat di kuala terengganu ;P

Sedih
Sebab lepas ni kak mar dah kahwin. Dah tak ada kakak yang paling besar untuk kemas rumah, tak kan nak suruh izah plak lepas ni? Huhu =(

Hmm.. Awalnya kak mar kahwin kan? Baru 23 tahun… Tapi takpe la, molek jugak kak mar kahwin awal-awal. Boleh bina baytulmuslim! Boleh elak maksiat hati! Boleh tambah zuriat keturunan abah! Amin3x Hehehe ;p

Oh ye..dok ingat nak kabo..

Saya dengan suka hatinya ingin menjemput kalian yang baik hati dan rajin untuk datang ke rumah. Boleh blake nak mari hari raya ataupun masa kenduri. Nak mari dua-dua pun dakpe, tapi kena bagi duit raya lah ke tuan rumoh.. ;D

Jemputan istimewa untuk :

1. Member-member, dan Cikgu-cikgu dari KIST a.k.a Imtiaz Kb, MTT.

2. Kenalan dari UIA dok kire ah orang ganu ke, penang ke, perak ke, kedah ke, klate ke, nogori ke, melake ke, perlis ke, johor ke, selangor ke, saboh ke, Serawok ke, KL ke, Putrajaye ke… dialu-alukan kehadiran kalian (kot-kot la raye taun ni hangpa nak mai melawat muzium teganu, mehla singgoh umah kami dulu..hihi)

3. Semua hamba Allah yang mengenali saya sejak umur 0 sehingga sekarang 19 tahun, alhamdulillah =)

InsyaAllah, pagi sabtu ni saya sudah mahu pulang ke rumah. Pulang dengan jadual yang agak padat..fuh!

12/9/09
(pagi) Balik ganu [dengan myvi bersama farah,muna dan raihan. Doakan kami selamat dunia akhirat]
(petang) pergi sambar baju raya dekat Kamdar [memang berbaloi]

13/9/09
(pagi sampai petang) buat biskut-biskut raya [dah buat agreement lisan dengan ummi..huhu]

14/9/09
(pagi sampai petang) Mengemas rumah [kena paksa adik-adik untuk turut serta ni..hehe!]

15/9/09
(pagi sampai petang) Naik bus ekspres dari Terengganu ke Putrajaya?

16-18/9/09
Jaga Mokcik Nawwar sebab pengasuh beliau telah pulang ke kampung [kesian beliau sebab ummi dan walidnya bekerja. Maka, udanya yang baik hati akan menjaganya pula]

19/9/09
Balik ganu semula dengan kak ti wa usratuha

20-24/9/09
Kumpul duit raya dari ummi, abah, tok, kakak-kakak, abang, saudara-mara, jiran-jiran, kawan-kawan ummi abah [ini plan adik-adik saya la, bukan kakak mereka..harap maklum]

25/9/09
Kak mar kahwin [takboh jadi tukang bungkus nasi, pengapit pun takboh jugak. Tukang bagi bunga telur lagi la takboh. Hmm..nak jadi photographer la..best sket! Hehe]

26/9/09
Mengemas rumah yang hanyar

27/9/09
Balik semula ke Mahalah Safiyah [mode tengah sedih]

“Kita merancang, Allah juga merancang. Namun Allah jualah sebaik-baik perancang”

Disebabkan jadual yang agak padat, maka mungkin peluang untuk saya on9 selepas ini agak tipis. Dengan itu saya ingin mengucapkan…


Err..tadi saya pergi iftar Pembina + talk, jumpa kak Kamila, dapat kad raya! Jumpa kak Aishah Hatta, dapat kad raya lagi + duit raya ramadhan! Syukur, alhamdulillah.. Tak sangka sebab dah 2 tahun tak dapat kad raya…sebelum ni asyik main kad raya internet je.huhu. Thanks Akak-akakku sayang!



Sempena syawal yang bakal tiba, saya memohon jutaan kemaafan kepada semua kawan-kawan especially kawan-kawan yang terdekat, yang sentiasa bersama tak kira suka dan duka. Minta maaf sebab saya minta maaf masa dekat nak raya sebab saya ni bukannya mudah nak minta maaf dengan orang. Jadi, bila saya minta maaf ini sememangnya saya meminta maaf seikhlas hati dari kalian. Saya tahu saya memang banyak salah, dosa, khilaf, dan lain-lain.

Semoga kita terus merasa bahagia sebagai hamba Allah yang sering bertaubat dan terus merasa bersalah sebagai hamba Allah yang sering lalai.

Salam Akhir Ramadhan. Andai kalian baru tersedar ini adalah bulan ramadhan, bangkitlah segera! Masih ada masa sementara kita belum terlena tanpa jaga.

"Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada kawan walaupun keseorangan.. Akan terasa lebih manis lebih-lebih lagi jika kita dikelilingi insan tersayang. Kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun berada di tengah ramai orang.. Penuhi hidup dengan kasih sayang dan perhatian dari Allah.."
Strive for lailatulQadr!!

Sayyidah Aishah radhiaLlahu’anha telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w berkenaan dengan malam lailatulqadr..
"Apakah yang akan aku ucapkan apabila bertemu dengan malam Al-Qadr, Maka Nabi menjawab : katakanlah...
اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

8 comments

  1. safwanhussin
  2. hayati ahmad

[fellow followers]