Sambungan Terima taubat hamba berdosa
Satu tengahari di perpustakaan UIA Gombak, level 4
Allah menemukan saya dengan Ina. Pelbagai cerita dikongsi sehinggalah terkeluar satu topik
Saya : Ina, hari tu Dhiah nampak Nuur. Dia dah berubah! Serius sangat terkejut..
Ina : Eh, Dhiah baru tahu ke? Alhamdulillah, Memang dia dah berubah sekarang. Lepas kita terpisah tu, Nuur satu bilik dengan orang. Dhiah dah tau ke cerita macam mana dia totally berubah macam tu?
Saya : Tak pun..cerita la..

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya segala kutukan dan perli orang sekeliling selama ini telah menjadi peransang untuk Nuur lebih mengenali Tuhannya, mengkaji hakikat kembara di dunia. Di bilik yang baru, Nuur mula berubah sedikit demi sedikit. Dia banyak menghabiskan masa di musolla. Solat jamaah lima waktu itu sudah menjadi perkara wajib dalam jadual sehariannya. Dia mula mengenali kumpulan usrah, duduk berhalaqah, tidur berjamaah dan tahajjudnya istiqamah! SubhanAllah!
Ina : Satu yang paling orang kagum ngan Nuur sebab dia berani join group tudung labuh yang selalu kat musolla tu. Serius kalau orang, memang tak berani sebab orang rasa macam tersisih dengan pakaian macam ni. Dahla diorang asyik dalam group je. Orang nak tegur pun takut.
Itu pointnya! Saya sudah dapat. Luahan Ina betul-betul terkesan. Patutla dakwah tak sampai. Mungkin adakalanya sang daie tak menyedari hakikat perbuatan mereka yang terlalu berpuak sesama mereka dan kurang bergaul dengan mereka yang kononnya masih tidak hebat ilmu agama itu bukannya dapat menyejukkan mata memandang tetapi menyebabkan mereka semakin digeruni oleh pihak sang mad’u itu.

“Islah nafsak wad’u ghairak (Perbaiki diri kamu, dan serulah mereka yang lain)”
Ina sambung cerita lagi. Pada satu malam, Nuur tertidur di musolla. Di dalam tidurnya, Allah datangkan ‘true hidayah’ untuknya. Nuur bermimpi yang dia sedang berjalan sorang-sorang kat satu kawasan yang sangat asing dan luas. Dia berjalan sampai jumpa satu tempat, dia nak masuk kat dalam tu tapi tak dapat sebab ada satu makhluk yang jaga kawasan tu paksa dia baca satu surah dari ayat Quran. And then, Nuur bagitaula dia tak ingat ayat tu. Lembaga tu paksa lagi dia baca sampai Nuur menangis-nangis bagitau dia memang tak ingat ayat tu. Tiba-tiba, dengan izin Allah, ayat tu muncul kat langit dan bergerak ikut pergerakan awan. Nuur berlari-lari mengikut pergerakan awan untuk baca jugak dari ayat satu sampai akhir sambil menangis. Sampai ayat yang terakhir, Nuur nampak satu pintu terbuka luas seolah-olah menjemputnya untuk masuk ke dalam kawasan tu. Bila dia masuk, subhanAllah Allahuakbar! Tempat tu sangat cantik dan tergambar nak diceritakan dengan keadaan dunia.
Itu cerita Nuur! Dia bangun dari tidur dengan tenang! Seolah-olah ada sinar baru telah menyucikan jiwa karatnya yang dulu.
Nuur semakin berubah! Berubah ke arah kebaikan.. Itu kata Ina.
Itu cerita Nuur! Dia bangun dari tidur dengan tenang! Seolah-olah ada sinar baru telah menyucikan jiwa karatnya yang dulu.
Nuur semakin berubah! Berubah ke arah kebaikan.. Itu kata Ina.
************
Satu malam di Masjid SHAS, UIA Gombak
Selesai menemui ahli keluarga kecil didikan Kak Aishah Hatta, Kami terus menyertai ahli jemaah untuk solat Isya’ dan sunat tarawih. Seusai 8 dan witir, saya bersiap-siap untuk kembali turun. Tiba-tiba, mata terpana.. Diakah itu? Hati saya tersentak! Antara kagum dan terkejut. Dia masih istiqamah di dalam saf untuk menghabiskan 20 bersama imam. SubhanAllah! Saya malu walaupun pada hakikatnya saya meletakkan target ‘ingin menjaga kualiti daripada mencari kuantiti’, namun perasaan itu tetap wujud lantaran kagumnya dengan Nuur yang berjiwa besar itu. Termenung saya memikirkan bezanya Nuur yang saya kenali sekarang dengan manusia-manusia yang selalu mengutuk dan mengumpatnya satu masa dulu, lantas teringat dengan satu kata-kata yang selalu diingatkan untuk diri sendiri itu…
“Janganlah terlalu memandang rendah kepada seseorang! Tidak bermakna mulia dan hebatnya kamu pada hari ini kan terus kekal hebat dan mulia selamanya. Mungkin pada satu masa, kamu lagi terhina dari mereka!”

-Mulia disisi Allah itu adalah darjat taqwa dan iman manusia sahaja, bukan harta, ilmu, mahupun rupa! Allah sahaja yang lebih dan maha mengetahui-
huhuhuhu...
mnyentuh kalbu..
Ramai yang terdedah sana-sini sebenarnya berkesedaran. Cuma takde kekuatan dan tak nampak jalan. Yang dah nampak jalan pulak kena pastikan sentiasa 'on track', di atas jalan yang lurus.
umy pun tersentuh, dhiah...
ya Allah, mg dia trus dikuatkan..
mmg Allah sgt2 sygkan dia..dan umy ykn, hati dia bnr2 nakkan hidayah Allah..jd Allah hdiahkan dia, suatu yg sgt istimewa..subhanallah!
umy syg dia krn Allah, wpun lgsung tak mngenalinya..mg pncrn hdyh dlm hti dan pd zahirnya skang, dpt mmbntu shbt2 skeliling dia utk sme2 brubah..aminx3..
itu lah Nur Kasih........:)
alhamdulillah...
semoge istiqamah..
sgt2 terkesan di hati.
>guru musafir
tau takpe..ak yg mendengar lagi ah..
get my point?
"kalau ak tak baik cmne?"-itu psoalan mu dlu kan?
ok..stiap mnusia dlahirkan dlm keadaan fitrah (suci, baik dll)
so, stiap mnusia blh kembali smula kpd fitrahnya..
tade mslh tuk prsoaln mu tu k..(mcm la kita kt kist dulu baik sgt..hehe)
baik doesnt mean mu paka kopiah evry time, puasa sunat 30 hr..
as long as mu apply rukun iman,rukun islam..buat yg Allah suh, tinggal yg Allah lrg..it's enough to be a gud one..
-sori bakal ustzh dah ckp byk- :p
>Mari bertarannum
sy bersetuju dgn anda.. ramai yg dah ats jln lurus, tapi tiba2 tglincir smula..salah siapa ye?
[manusia sebenarnya tahu tapi buat2 tak tahu demi mengikut nafsu]
*suke tgk mari bertarannum sbb kagum dgn suara n tajwid adik2 yg masih kecik tu..nk2 part yg berlagu tinggi..diri sndri xmampu lagi =(
>ertihijrah
dhiah pun umy..skng tgh follow lagi Nuur(bkn nama sbenar) tapi xkonsisten sbb masing2 bz..
doakan mg2 dia kuat n tak tergugat dgn hidayah yg baru dia dpt..
1lg info, dia skng sgt aktif ikut plbgai talk yg diadakan di UIA..
sgt kagum kut..dhiah sndiri pun xmmpu..huhu
Allah bila nk bagi hadiah kat hamba dia senang je..tapi manusia je yang tak berkehendakkan n tak menghargai esp 2nikmat paling besar tu..
umy, syg awak! ;D
>abang72
hehe..betul cg! itulah nuur kasih..
kesian haikal, ayah dia balik tarawih, pastu tgk nurkasih, pastu on9..
bila nk tlg ajar haikal wt keje sekolah ni cg? hehe
>zaren
Alhamdulillah..
berkat doa sume..
doakan dia dan KITA juga istiqomah jugak..
Allah je tahu mcm mn keadaan kita akn dtg..kan?
pray for Allah
"Robbana Aatina fiddunya hasanah, wafil akhirah hasanah..ameen"
Satu permasalahan 'penghijrahan' yang berlaku di kampus-kampus yang melibatkan siswi di kampus ialah ketahanan untuk berhadapan dengan dunia luar/kediaman masing-masing.
Jika di kampus, siswi yang 'free hand' kemudian bertukar kepada geng-geng Islamik bertudung labuh, tiada cabaran besar kerana anda berjaya menangani perubahan tersebut dalam lingkungan kampus. Pakailah tudung labuh manapun, tiada siapa yang kisah.
Tapi bila balik ke rumah, saudara-mara mula pelik, "Apahal dia ni, sepupu datang rumah pun dok kalut nak tudung dengan stokin+stongan. Dah buang tebiat ke apa".
Kalau daya tahan anda kuat, tak mengapa. Tapi yang tak tertahan mendengar cemuhan, sindiran pula bagaimana. Lebih-lebih lagi tiada teman yang memahami di sisi.
Sekadar lontaran persoalan tanpa jawapan..
aduh...bisanya dek penangan Nur kasih...:P
>MM&B
Saya cuba menjawab apa yang termampu, insyaAllah
Persoalan ni kalau dibincang macam manapun, masih susah utk jumpa penyelesaiannya sbb ia bergantung kpd individu.sy sndiri pun kdg2 tak trlepas dr masalah mcm tu..tapi mesti matang la dlm buat kputusan..
Ok, bercakap pasal pndngn kluarga dan saudara mara, sebenarnya dah rmai kwn2 yg melontarkan persoalan mcm tu sbb kdg2 tahap pemikiran keluarga masih ditampuk lama @ senang dikata agak jumud krn ilmu agama yang disampai secara tak menyeluruh kpd mereka. Bg saya, itulah peranan mereka sbg siswi yg dah tahu pasal hukum2 agama utk menerangkan kpd ahli kluarga. Mungkin susah! Tapi penghalangnya ialah diri sndiri saja.
Cuma, bagi saya, tidaklah perlu terlalu ‘over acting’. Islam itu mudah! Kan ke ada kemaslahatan dalam keadaan tertentu. Rasanya, utk pmakaian stokin+stongan ‘di rumah sndiri’ tu tidaklah smpai mnjadi kewajipan. Sekiranya aurat yang utama dijaga, insyaAllah tak de mudarat.. Aurat dijaga utk elakkn pndangan nafsu bukan…?
Persoalan manusia nak berubah ke arah kebaikan pun bagi saya tidaklah perlu terlalu drastik. Cthnya : dari tak pernah solat tiba-tiba qiyam tiap2 malam. Qiyam itu agak berat bagi manusia biasa. Jadi, kalau terlalu drastik, kita bimbang mereka akan cepat putus asa bila tiba-tiba diuji.
Mungkin bagi sang da’ie, bersabarlah dalam berdakwah! Serulah mereka secara berhikmah dan perlahan-lahan, insyaAllah kalian kan menuju gerbang kejayaan!
Allah lebih mengetahui
>abang72
ntahla cg..Nuur kasih dari Tuhan dekpun..huhu