True Story : TTHB 2


posted by radhiahsyahida

10 comments

Sambungan Terima taubat hamba berdosa

Satu tengahari di perpustakaan UIA Gombak, level 4


Allah menemukan saya dengan Ina. Pelbagai cerita dikongsi sehinggalah terkeluar satu topik

Saya : Ina, hari tu Dhiah nampak Nuur. Dia dah berubah! Serius sangat terkejut..
Ina : Eh, Dhiah baru tahu ke? Alhamdulillah, Memang dia dah berubah sekarang. Lepas kita terpisah tu, Nuur satu bilik dengan orang. Dhiah dah tau ke cerita macam mana dia totally berubah macam tu?
Saya : Tak pun..cerita la..

Dipendekkan cerita, rupa-rupanya segala kutukan dan perli orang sekeliling selama ini telah menjadi peransang untuk Nuur lebih mengenali Tuhannya, mengkaji hakikat kembara di dunia. Di bilik yang baru, Nuur mula berubah sedikit demi sedikit. Dia banyak menghabiskan masa di musolla. Solat jamaah lima waktu itu sudah menjadi perkara wajib dalam jadual sehariannya. Dia mula mengenali kumpulan usrah, duduk berhalaqah, tidur berjamaah dan tahajjudnya istiqamah! SubhanAllah!

Ina : Satu yang paling orang kagum ngan Nuur sebab dia berani join group tudung labuh yang selalu kat musolla tu. Serius kalau orang, memang tak berani sebab orang rasa macam tersisih dengan pakaian macam ni. Dahla diorang asyik dalam group je. Orang nak tegur pun takut.

Itu pointnya! Saya sudah dapat. Luahan Ina betul-betul terkesan. Patutla dakwah tak sampai. Mungkin adakalanya sang daie tak menyedari hakikat perbuatan mereka yang terlalu berpuak sesama mereka dan kurang bergaul dengan mereka yang kononnya masih tidak hebat ilmu agama itu bukannya dapat menyejukkan mata memandang tetapi menyebabkan mereka semakin digeruni oleh pihak sang mad’u itu.


“Islah nafsak wad’u ghairak (Perbaiki diri kamu, dan serulah mereka yang lain)”

Ina sambung cerita lagi. Pada satu malam, Nuur tertidur di musolla. Di dalam tidurnya, Allah datangkan ‘true hidayah’ untuknya. Nuur bermimpi yang dia sedang berjalan sorang-sorang kat satu kawasan yang sangat asing dan luas. Dia berjalan sampai jumpa satu tempat, dia nak masuk kat dalam tu tapi tak dapat sebab ada satu makhluk yang jaga kawasan tu paksa dia baca satu surah dari ayat Quran. And then, Nuur bagitaula dia tak ingat ayat tu. Lembaga tu paksa lagi dia baca sampai Nuur menangis-nangis bagitau dia memang tak ingat ayat tu. Tiba-tiba, dengan izin Allah, ayat tu muncul kat langit dan bergerak ikut pergerakan awan. Nuur berlari-lari mengikut pergerakan awan untuk baca jugak dari ayat satu sampai akhir sambil menangis. Sampai ayat yang terakhir, Nuur nampak satu pintu terbuka luas seolah-olah menjemputnya untuk masuk ke dalam kawasan tu. Bila dia masuk, subhanAllah Allahuakbar! Tempat tu sangat cantik dan tergambar nak diceritakan dengan keadaan dunia.

Itu cerita Nuur! Dia bangun dari tidur dengan tenang! Seolah-olah ada sinar baru telah menyucikan jiwa karatnya yang dulu.

Nuur semakin berubah! Berubah ke arah kebaikan.. Itu kata Ina.

************

Satu malam di Masjid SHAS, UIA Gombak

Selesai menemui ahli keluarga kecil didikan Kak Aishah Hatta, Kami terus menyertai ahli jemaah untuk solat Isya’ dan sunat tarawih. Seusai 8 dan witir, saya bersiap-siap untuk kembali turun. Tiba-tiba, mata terpana.. Diakah itu? Hati saya tersentak! Antara kagum dan terkejut. Dia masih istiqamah di dalam saf untuk menghabiskan 20 bersama imam. SubhanAllah! Saya malu walaupun pada hakikatnya saya meletakkan target ‘ingin menjaga kualiti daripada mencari kuantiti’, namun perasaan itu tetap wujud lantaran kagumnya dengan Nuur yang berjiwa besar itu. Termenung saya memikirkan bezanya Nuur yang saya kenali sekarang dengan manusia-manusia yang selalu mengutuk dan mengumpatnya satu masa dulu, lantas teringat dengan satu kata-kata yang selalu diingatkan untuk diri sendiri itu…

“Janganlah terlalu memandang rendah kepada seseorang! Tidak bermakna mulia dan hebatnya kamu pada hari ini kan terus kekal hebat dan mulia selamanya. Mungkin pada satu masa, kamu lagi terhina dari mereka!”

-Mulia disisi Allah itu adalah darjat taqwa dan iman manusia sahaja, bukan harta, ilmu, mahupun rupa! Allah sahaja yang lebih dan maha mengetahui-

10 comments

  1. Mari Bertarannum
  2. Anonymous
  3. Mari Mengaji dan Bertarannum

[fellow followers]