[Jamaah]
Sukacitanya saya ingin sekali memperkatakan hal ini di kala musim cuti yang sedang melanda kebanyakan pelajar terutamanya para pelajar IPT. Ada yang baru cuti, ada yang separuh cuti dan ada yang dah habis cuti [tapi nak sambung lagi ^_^].
Apa kaitan cuti dan jamaah? [kot-kot la ada orang tanya..]
Kalau anda seorang yang mengambil berat tentang keadaan hati anda, pasti anda akan perasan perubahan hati itu bila mana cuti mula melanda. Bila mana kita jauh dari kawan, jauh dari nasihat, tazkirah dan teguran. Jauh..jauh..Segalanya jauh!
Hiduplah berjamaah! kerana itulah lambang kekuatan seorang manusia. Bila hidup berteman, punya sandaran, ada penunjuk jalan. Maka, tidaklah manusia itu selama-lamanya di dalam kesesatan.
Jangan salah faham kawan!
Berjamaah bukan bermakna anda kena pakai kopiah, pakai tudung labuh, pakai jubah atau bawak tasbih tiap-tiap masa pastu duduk dalam halaqah [walaupun itulah yang bagusnya kan?]. Cukuplah dengan anda tidak membiarkan diri keseorangan dan terumbang-ambing tanpa teguran. Jadikan ahli keluarga kita sebagai geng bermuhasabah dan sentiasalah berhubung dengan kawan-kawan yang boleh top up kan iman anda. Tidak dapat tidak!
Sebagai manusia lemah, kita sering menganggap masa cuti ialah masa untuk melempar segala beban dan juga masa untuk bersendirian sedangkan tanpa kita sedar itulah masa yang ditunggu oleh syaitan!
RasuluLlah s.a.w bersabda :
"Hendaklah kamu berada di dalam jamaah kerana sesungguhnya berjamaah itu rahmat sedangkan perpecahan itu adalah azab"
Satu kisah yang mungkin benar dan mungkin juga tidak.
Pada waktu cuti akhir semester, X ialah seorang manusia biasa tetapi bagus agamanya, tahu hukum hakam tetapi dilanda kesunyian dan kebosanan kerana suka menyendiri dan kurang bergaul dengan ahli keluarga dan juga terputus hubungan dengan teman seperjuangan lantaran hebatnya kuasa cuti. Tiba-tiba, satu hari 1 sms telah muncul di skrin handphonenya. Sms yang menggugat dasar pendiriannya selama ini, sms yang meyebabkan hatinya terumbang-ambing dilambung ombak nafsu. Dek kerana tiada kawan dan ahli keluarga yang menegur, maka terjerumuslah X tersebut di dalam kancah zina hati.
Maka, ketawalah syaitan berdekah-dekah kerana berjaya menjerut seorang lagi umat nabi Muhammad s.a.w. [naudzubillah min zalik]
Sekadar pesanan kepada semua sahabat yang dikasihi, jagalah hati kita! Jangan biar ia luka di waktu cuti, takut-takut makin bernanah bila mula semester baru nanti.
Maka, pergunakanlah anugerah cuti ini sebagai masa untuk kita memperkukuhkan ikatan jamaah antara kita dan keluarga, dan carilah sahabat yang boleh menegur kitatatkala alpa supaya tidak alpa. Contohnya :
1 perbualan telah berlaku di dinding YM pada pukul 9.32 pagi antara 2 orang manusia.
F : D, mandi tak lagi ni?
D : ...............
F : Hehe..same ar..D, smayang dhuha tak lagi hari ni?
D : Ops..tak sedar la dah pukul 9 lebih.. ralit sangat.. huhu.. ok. tq tolong ingatkan.jom!
* Bagus kan kalau ada kawan macam F? ^_*

Maka, pergunakanlah anugerah cuti ini sebagai masa untuk kita memperkukuhkan ikatan jamaah antara kita dan keluarga, dan carilah sahabat yang boleh menegur kita

Post a Comment