kisah anak murid 1


posted by radhiahsyahida

No comments











AlhamduliLlah..berkesempatan jugak akhirnya untuk kembali menjejak bumi La Salle2 selepas hampir 5 bulan meninggalkannya. Tadi, ada hari kecemerlangan sekolah kat sana. So, alang-alang baru habis exam dan menunggu 16 November untuk pulang ke gagang [bawasir], maka saya pun mengambil keputusan untuk menziarahi bekas anak-anak murid La Salle 2 yang tercinta.

Anak-anak murid saya

Hmm.. mereka masih macam dulu, yang comel masih comel, yang hampir matang terus matang, yang nakal sikit-sikit dah nakal banyak sikit je. Tapi, tak kisah siapapun mereka. Yang penting, mereka tetap dalam hati. Pelbagai peristiwa dalam kelas [gelak-gelak, kena marah, surprise dll] masih kekal dalam long term memory ini. InsyaAllah!

Anak murid saya

Dia seorang murid yang baik dan nakal sikit la. Selalu duduk depan dalam kelas. Bila saya mengajar, mesti dia suka menyampuk. Saya lagi suka, sebab boleh kenakan dia balik dengan tanya soalan yang susah-susah..hehehe~

Tadi, semasa saya tengok penyampaian hadiah, dia datang duduk sebelah saya. Dia macam nak cakap sesuatu. Saya tanya dia, nak bagitau apa? Dia keluarkan satu buku. Dia cakap buku tu diari dia. Uish.. saya terkejut! budak lelaki darjah 5 tulis diari. Saya ambik dari dia. Dia macam malu-malu kucing nak bagi. Saya ambik jugak..Saya baca..

"Aku ada 3 orang kekasih. A, K dan S. Aku keliru nak pilih yang mana satu. 3 orang semua cantik. Dia sayang kat aku dan aku sayang kat dia."

A

Aku sayang dia. Dia sangat cantik. Kalau kami keluar bersama-sama, dia selalu malu-malu nak cakap dengan aku. Dia suka cubit pinggang aku bila aku kenakan dia...................

K
Dia baik jugak. Tapi aku pelik kenapa setiap kali aku tak ada, dia selalu keluar dengan kawan-kawan aku. Dia suka pakai baju lengan panjang. Tapi takpe la.. aku tak kisah. sebab dia sayang kat aku...............................

S

kekasih aku yang ini gelap sikit tapi dia comel. Sebab tu aku suka kat dia. Tapi, kenapa A dan K tak suka kat dia. Aku selalu defend bila A dan K marah kat dia. Aku tak suka orang kutuk S. Sebab dia baik dengan aku........................................

Saya tutup buku dia. Terkejut. Ish..biar betul dia macam ni. Tak sangka betul dengan kisah cinta monyet zaman sekarang. Teringat saya dengan post umy baru-baru ni, bezanya kisah kanak-kanak zaman dahulu dengan sekarang.

Dulu, nak keluar bersama pun tak berani.. Apa lagi nak pegang-pegang tangan macam tu.
Dulu, nak kenal-kenal mesti pas surat bawah meja atau kirim kat orang tengah..tapi sekarang??huh!

Saya cuba untuk bersangka baik dengan menganggap ini sebagai proses untuk mendewasakan seorang manusia. Namun, dengan keadaan zaman sekarang, saya tidak mampu untuk bersangka baik lagi. Saya masih terfikirkan cara yang terbaik untuk menasihati mereka memandangkan satu hari nanti saya juga bakal mendidik. InsyaAllah.. Dan mad'u itu bukan budak sekolah rendah tapi sekolah menengah! huh, lagi berat tugasnya!

benarlah kata Saidina Ali r.a :
" Zaman kamu dididik tidak akan sama dengan zaman kamu mendidik"

Selepas itu, seorang lagi murid menegur saya dari belakang [murid tahun 6].

" cikgu..cikgu ada facebook? "
" ada je.. tapi tak selalu bukak. kenapa? "

" nak add boleh? tapi cikgu ambil email saya boleh? saya tak bawak kertas sekarang ni.."

" boleh aje.. "
[sambil memikirkan satu strategi baru untuk mengenali jiwa budak sekolah..huhu]

Sebenarnya ada satu lagi kisah pada malam ini. Kisah yang lagi mengejutkan saya sebagai seorang bakal pendidik..huhu. Nanti saya sambung ye...

[fellow followers]