Penyakit 'Ain


posted by radhiahsyahida

13 comments


Tahun Dua Kosong Satu Kosong. Entri pertama. Moga apa yang ditulis hanya kerana mengharapkan redha Allah untuk manfaat saya dan kalian!

Semalam, selepas maghrib, kami meneruskan kelas Usul Fiqh yang diajar oleh Dr.Ariffin. Pelbagai ayat Al-Quran dan hadis dikupas oleh beliau. Sangat menarik. Secara tiba-tiba, beliau menceritakan tentang kematian seseorang yang masih sihat tetapi di awal usia tanpa apa-apa penyakit. Biasa saja bagi saya. Kematian itu pasti bukan? Dr. masih meneruskan cerita beliau sehingga terkeluar satu perkataan yang membuatkan saya terus teruja..

..PENYAKIT 'AIN?

"Selepas kematian si fulan ni, saya dan kawan-kawan terus membuka blog beliau. Kami mendapati blog beliau banyak dipenuhi dengan kisah-kisah hidupnya yang bagi saya tak patut diceritakan kepada orang..Dan kami terus membuat kajian dan merasakan beliau meninggal mungkin disebabkan oleh penyakit 'Ain.." [lebih kurang macam ni la ayat Dr. Ariffin semalam]

Selepas bertanya, dijawab, bertanya dan dijawab lagi. Maka inilah yang dapat saya simpulkan daripada cerita penyakit 'ain ini...

Sebenarnya 'Ain diambil dari kalimah arab yang bermaksud mata dan penyakit ini disebabkan oleh pandangan seseorang pada sesuatu dengan perasaan kagum bercampur dengan perasaan hasad yang menyebabkan terjadi kemudharatan terhadap apa yang dilihat itu..

Macam mana penyakit 'ain mungkin boleh terjadi kepada si fulan?

Bila mana beliau mungkin terlalu asyik menceritakan keseronokan dan kemasyhuran hidupnya kepada masyarakat umum sehingga tanpa disedari ada mata yang memandang kehidupannya dengan perasaan kagum tetapi turut terselit perasaan cemburu atau hasad dengki.
Sebagaimana hadis RasuluLlah s.a.w :

"Al-'Ain adalah benar yang didatangkan oleh syaitan, dan oleh kehasadan anak adam"-Imam Ahmad

"Al-'Ain itu benar, seandainya ada sesuatu yang boleh mendahului takdir, tentu akan didahului oleh Al-'Ain" -Riwayat Muslim

Dr. juga sempat berpesan kepada kami.. dan saya sampaikan kepada kalian juga..
"Sesiapa yang ada blog dan facebook tu, elakkanlah meletak gambar dan menceritakan kejayaan dan kehebatan diri yang boleh membuatkan segelintir manusia berasa kagum tetapi terselit dengki kepada anda.."

Dalam hidup ni, manusia itu tidak sama pemikiran mereka. Mungkin si A sentiasa berbaik sangka tetapi mungkin tidak bagi si X. Walaupun begitu, tidak salah untuk kita berkongsi, tetapi mungkin boleh ditapis dulu agar apa yang ingin diceritakan boleh menghalang manusia luar untuk berasa iri dengan kita.

Peringatan terbaik untuk saya dan kalian. Sebagai pengguna tegar blogger dan pengguna jarang-jarang facebook, saya turut terkena tempiasnya. Dan sedikit perkongsian yang saya ambil dari seorang penulis hebat, iaitu beliau sentiasa memulakan dan menutup setiap penulisan beliau dengan istighfar supaya beliau tidak syok sendiri dan mengharapkan redha Allah dan manusia bagi setiap penulisan beliau. Jom kita buat macam tu!

13 comments

  1. iryanie ismail
  2. UDM student

[fellow followers]