Jumpa lagi tahun depan..


posted by radhiahsyahida

5 comments


Sebab tahun ni saya nak balik terengganu! Tahun depan saya datang balik gombak yee.. ;D

p/s utk budak-budak losong : sape rajin study je dapat ni ye! hehe~

Balik, seronok bukan?


Akhir-akhir ini, status hidup asyik seronok, gembira dan suka saja.
Namun..kadang kala manusia itu sering lupa, setiap kegembiraan itu pastikan terselit kedukaan. Setiap kesenangan itu pastikan diselangi kesusahan. Itu janji Allah dalam surah Al-Insyirah, ayat 5 & 6. Saya mula akur..walau hati masih basah.

Maaf kawan..

Lisan senang menipu, tapi riak sesekali tidak! Memang saya suka untuk cuba berlagak tenang~


Dan saya terharu kerana kalian merupakan scanner hati yang terbaik!

GG, Kak Nuha, Syifa > Terima kasih untuk hadiah malam kegembiraan dari kalian. comel kan baby tu!

Ecah > Terima kasih meminjam pagimu untuk esakan itu. Terharu~
Sungguh!
Umy, Grah, Ana > Terima kasih atas setiap langkahan hingga ke muka pintu dan kalian dah macam detektif conan! serius tak tipu!

Mira, Aisyah, Sheika > Terima kasih kerana perasan dan sudi teman. Saya belajar mengenal kelemahan diri dari kalian. Tenggelamkan diri ini dalam dunia tawa dan semangat!

Intan > Terima kasih tak putus-putus bertanya! Saya tahu kamu memang teman terbaik~

Farah > Terima kasih panggilan yang tak diduga. Farah, hadirmu memang menggembirakan insan!

Dayah > Malam-malam tak sangka masih punya tetamu. Terima kasih sudi jenguk!

Kisah itu, biarlah saja saya dan kalian yang tahu. biarkan...biarkan..saya mahu saja ia ditiup angin. Tapi angin pula tak larat nak bawa! oh..

Apa-apapun, doakan saya sekuat Irfan Hakimi, seorang Remaja Mulia yang membesar tanpa ibu, menghadapi kematian ayah di depan mata, dituduh pula mencuri sehingga dibuang sekolah, disaat sendu bertandang, kehilangan pula Haji Makruf yang menjadi penjaganya. Yang menggembirakannya dikala ujian bertimpa-timpa itu siapa?
Penulis Remaja Mulia menjawab: Allah sahaja penawarnya!

Ok! saya cuba untuk tidak cuba berlagak tenang lagi~ ^__^

Teringat semula janji Allah swt : Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Bukti?
2 minggu lepas, Kak Mar dan Abang Imran diuji dengan kemalangan jalan raya. Luka sikit je tapi kereta rosak teruk. Diorang macam sedih jugakla.. Tiba-tiba kan, semalam Allah datangkan berita gembira! KAK MAR PREGNANT ADIK TOCIM!! alhamdulillah! kenapa adik tocim? oh..itu hal sesama adik beradik je. yang pastinya, sangat teruja nak tengok gaya kak mar mengandung..waha.macam tak percaya je makcik tu dah nak jadi mak orang~ apapun, syukur sangat! terima kasih Allah! ^__^

Balik cuti ni, saya tinggalkan satu hadiah untuk kalian.Kot-kot la malam tahun baru nanti ada yang rindu [perasaan!ehe~], maka..tatap la gambar ini dan hayati kata-katanya ye...


Aku kagum dengan pencipta kapal terbang! Tapi aku lagi kagum pada Pencipta burung kerana Dia mencipta burung dan mencipta pencipta kapal terbang! -radhiahsyahida

-moga Allah redha-

5 comments

[fellow followers]