sekali air bah, terus sekolah berubah!


posted by radhiahsyahida

No comments

Tadi petang saya baru habis training netball untuk Karnival Sukan Belia Islam [KASBI] dan tadi malam saya baru habis training kawat kaki untuk Karnival Sukan Inter-Mahalah. Oh..penat2. tapi part kawat sangatla best.. Alhamdulillah, selepas hampir 3 tahun meninggalkan ia di arena persekolahan, akhirnya peluang tu muncul jua malam ni!

Tiba-tiba, tengah kawat tadi fikiran saya asyik berlegar-legar teringatkan zaman sekolah. Terngiang-ngiang suara Cik Lan sebut "Skuad! dari kirik cepat jalan!" dengan suara brutal beliau. Latihan demi latihan dari waktu saya form 1 yang tak tahu apa-apa sampai jadi senior yang berkuasa..haha! Teringat masa perbarisan hari kemerdekaan peringkat negeri, kawat kaki antara daerah, PPI menang kawat kaki! [waha..seronok!]

~dalam kenangan~

Tu intro je..sebenarnya nak letak gambar banjir! ehehe.. lepas teringat sekolah, teringat plak dulu saya pernah janji nak letak gambar banjir kat terengganu kan? Sebenarnya, tak sempat nak ambik tapi bila buka website sekolah, cikgu ada letak gambar banjir kat sekolah. So, curik jela..hehe.


Sekolah ni dah biasa dengan banjir sebab kedudukan geografi yang terletak di kawasan Hulu Terengganu iaitu Kuala Berang [dekat je dengan air terjun sekayu ;D]


sekali air bah, habis rosak meja sekolah!


.pondok guard.
tempat kami lepak petang2 selepas stress study sambil usya kereta cikgu keluar masuk.

~heheh~

TM 5454 [kereta lama cikgu mokhtar.. ;p]



Depan : Encik Yus [Pegawai Tadbir]
Belakang : Pok Burn [Technician]

[..seronoknya naik bot..]


tahap kedalaman melebihi tinggi seorang pakcik arab 190 cm..huhu


Sekolah ni ada 1 blok je..dikenali sebagai blok akademik.
sebabnya..student ada lebih kurang 350 orang je.

masa saya form 5 dulu, batch kami ada 36 je. form 4 dalam 40. form 3 dalam 120. form 2 dalam 100. form 1 dalam 60. sikit kan? huhu~ redha je.



pandangan dari atas..[tiba-tiba rasa sayu..huu!]

"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi bagimu dan langit sebagai atap. Dan Dia menurunkan air [hujan] dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu menyekutukan Allah padahal kamu mengetahui"

[Al-Baqarah : 22]

-seniority 2006- the only 36 =)

[fellow followers]