Nak kahwin awal ke lepas belajar?


posted by radhiahsyahida

15 comments

* sila tekan ctrl bersama + untuk bacaan yang lebih jelas.



Wah, soalan yang agak sensitif di kalangan pelajar especially budak-budak UIA la kot. Kan?

Saya selalu jugak la bersembang dengan kawan-kawan pasal kahwin. [ngehee~]
Maka timbullah beberapa persoalan…

“Tak boleh ke nak cop dulu?”
“Kalau dah ada, tapi dah janji nak kahwin lepas belajar macam mana..”

“Kalau tak boleh couple, habis tu bila nak kenal pasangan tu? Takkan bila jumpa, terus kahwin..”


...dan banyak lagi persoalan-persoalan yang selalu bermain di minda mereka ni.

Kahwin awal…

Siapa la yang tak nak.. Dah tak perlu nak takut bila jalan berdua, boleh elak maksiat mata, hati, teliga dsb., ada tempat bergantung bila ada problem dalam pelajaran dan yang paling penting, punya ‘sayap’ dalam perjuangan.

Bagi saya, kahwin awal tak salah! Bagus! Sangat digalakkan.. tapi, layakkah dengan keadaan kita pada masa itu.

Ok, saya bagi satu cerita. Mungkin sebagai pengajaran bersama..

Ada seorang sister, pelajar tahun ketiga di oversea. Telah berkahwin disana dan mendapat seorang anak. Tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan terpaksa tumpu pada keluarga. Akhirnya, dia balik ke Malaysia dengan suami dan anak tapi tanpa ijazah. Ok, fine, di Malaysia, suami kerja dan dia suri rumah. Selepas anak ke-3 lahir, dia diuji oleh Allah swt dengan kematian suami secara mengejut. Sister tadi mengalami masalah untuk menyara anak-anak yang masih kecil disebabkan dia tak ada kelulusan + tak ada kemahiran.

Tidak menyalahkan takdir Allah, tapi perkara-perkara macam ni perlu di ambil berat juga. Nak kahwin masa belajar boleh.. Tapi perlu ada kekuatan la! Yang penting, suami dapat, ijazah pun dapat! haa…baru hebat~

Tapi, jangan pula kata kahwin masa belajar berisiko!! Jom, layan lagi satu cerita..

Ada seorang sister ni. Belajar di oversea juga. Aktif dalam kerja dakwah. Umur 21 tahun dah berkahwin melalui orang tengah [fuh..hebat la..sangat kagum!]. Belajar beberapa tahun dan akhirnya pulang ke tanah air dengan seorang suami dan 1st class degree. SubhanaLlah, hebat kan?

Nilailah dua cerita ini dengan mata hati, pengajarannya cari sendiri ;-)

Tapi…kalau tak nak kahwin lagi masa belajar macam mana pula?


Oh, macam tu senang je. Tak perlu pening-pening kepala. Tak payah la nak risau sangat dengan jodoh. Kita kan ada Allah! Kita dan ‘jodoh kita’ pun milik Allah. Berdoa la mintak Allah satukan kita dan ‘si dia’ dengan ikatan yang sah pada satu masa yang paling sesuai nanti. Mencari jodoh itu tak salah tapi biar ada matlamat la. Ok. Saya bawak satu cerita lagi..

Hari tu, ada sorang membe ni mintak saya carikan seorang sister dari UIA untuk dijadikan calon isteri beliau. Maka saya tanya.. “Mu nak kahwin bila?”
Dia pun jawab “Aku dah sign contract, tak leh kawen lagi. Takpe, mu cari je, boleh aku kenal-kenal dulu”
“Tak boleh[2x], aim dulu bila nak kawen, setahun sebelum mu nak kawen, kabo ke aku. baru aku tolong carikan.”
Noktah! [err..sori kalu ade yang terasa..ni contoh je oke..]

Maksudnya kat sini, kalau tak ada niat untuk berkahwin dalam masa terdekat, tak payah la nak berkeinginan untuk mencari pasangan. Bertunang pun bukan salah satu penyelesaiannya kalau hati masih tak mampu nak kawal lebih-lebih lagi bila ikatan tu sampai 2, 3, 4 hatta 5 tahun lamanya..huh!

Tapi, kalau kita tahu ada orang suka kat kita macam mana? [kot-kot la ada orang tanya soalan ni..]


Cuba jauhkan diri! itu saja penyelesaiannya. Kalau kerap berhubung..cuba kurangkan. Tidak perlu sampai perubahan yang mendadak. Mungkin dia akan pelik dengan perubahan anda. Kalau mampu berterus terang, silakan. Kuatkan diri! Jangan risau dengan jalan yang anda pilih. Jika kita turut sayang padanya, maka itulah jalan terbaik! Agar si dia dan anda tidak terus-terusan melayan jiwa yang tidak keruan sehingga mengundang murka Allah. Ingatlah redha Allah itu utama!

Kalau tengok kepada yang bercouple lama-lama, kalau berakhir dengan perkahwinan, alhamdulillah! Tapi, kalau yang akhirnya berkahwin dengan orang lain. Tak ke membazirkan topup, duit dan segala macam hadiah?

Buat apa nak kenal lama-lama dengan pasangan, bercinta lepas kahwin lagi seronok! InsyaAllah.

Kesimpulan : kahwinlah cepat atau lambat, tapi jagalah hubungan sebelum kahwin. Ingat, niat tak menghalalkan cara. Bertunang bukan bermakna kita sudah menjadi hak dia secara mutlak!

Sekadar berkongsi satu du’a, selalu la amalkan du’a ni setiap hari lepas solat…

ربَّنَا هبْ لنا مِنْ أزْوَاجِنَا وذُرِّيَتنا قُرَّة أَعْيُنْ واجْعَلنا للمُتَّقين إِمَامَا

Du’a ni ustazah kat KIST yang kasi dulu, dia suruh amalkan even masa tu kami baru form 5. Alhamdulillah, berkat amalan du’a ni juga, ustazah ni dapat seorang suami yang sangat hebat dari segi akademik dan agamanya dan anak-anak yang sangat comel dan pandai. SubhanaLlah! Allah memang Maha Adil.

** Ini hanyalah pendapat peribadi dari seorang manusia yang belum berkahwin dan suka belajar dari pemerhatian. Nak bangkang, boleh, nak setuju, silakan~

p/s : tahniah untuk senior KIST yang bakal bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga senior KIST. fuh, mantap! cepat-cepat kahwin ye! moga Allah redha kalian. Dua-dua bakal guru.ehem..nanti bolehla posting ke sabah atau sarawak sama-sama ye! ehee~

15 comments

  1. Anonymous

[fellow followers]