satu dari infiniti


posted by radhiahsyahida

4 comments


Terima kasih itu utama pada Allah
Hadirnya kusangka sedang diuji
Rupanya silap, kasih sayang yang sebenarnya ingin diberi

Cerminku,
Izinkanku terus menatapmu
Sehingga aku benar-benar menjadi diri
Walaupun kadang-kadang pandangan ini lari
Namun, ku harap cermin itu masih setia berdiri di situ.
Kerana kini aku sedar
Itu bukan cermin biasa yang aku mudah ketemu dimana-mana.

Cerminku,
Bukanku ingin memuja,
Kerana pujaan hanya selayaknya pada Pencipta
Tidak juga ingin memuji,
Kerana aku tidak mahu dikasihi kerana puji yang kuberi
Namun, menghina mengeji tidak sesekali
Kerana Allah dan Rasul sendiripun tidak begini.
Cuma,
Aku sekadar melontarkan rasa hati.
Supaya sinar pantulanmu tidak surut
Agar aku mampu mengotakan apa yang telah dijanji
Sehingga aku dan kamu
Kita mampu mengenggam tangan kembali di taman yang dinanti-nanti.
Aku mahu menjadi saksi di atas jasamu di akhirat kelak.

Dari hati, di pagi hari..
12 Rabi’ul Awwal 1431

Allahumma solli ‘ala saidina Muhammad wa ‘ala aalihi wa sohbihi ajma’in..

“Ya Allah, jadikan lisan kami, anggota kami dan fikiran kami teguh dalam mengikuti sunnah kekasihMu. Agar kami upaya untuk turut mendapat kasih dan sayang dariMu seperti mana kasih dan sayang yang telah Engkau berikan kepada kekasihMu”



4 comments

[fellow followers]