Archive for June 2010

Jom ke Karnival Larian Islami, Kesihatan & Kekeluargaan (KLIKK)!


posted by radhiahsyahida

No comments



Insha Allah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Gombak dengan kerjasama Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) cawangan KL dan Masjid Rahimah, Jalan Greenwood akan menganjurkan Karnival Larian Islami, Kesihatan & Kekeluargaan. Tentatif adalah seperti berikut:

Hari : Sabtu
Tarikh : 17 hb Julai 2010
Jam : 8 pagi hingga 5 petang.

Penyertaan adalah percuma. Antara aktiviti menarik ialah acara larian, pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah. Hadiah-hadiah berjumlah RM5000 menanti para pemenang peserta larian.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi
Saudara Lufti (019-5058793) atau Saudari Farah (013-3105613) .

Bawalah kawan-kawan serta ahli keluarga untuk turut sama memeriahkan Karnival Larian Islami, Kesihatan & Kekeluargaan kita. Jumpa di sana ya! :)

Untuk maklumat lebih lanjut, sila klik di website ini www.klikk2010.info

syahadah terakhir


posted by radhiahsyahida

6 comments


Tazkirah melalui pengalaman. Itulah yang saya perolehi tatkala bersiang selama beberapa hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pengalaman yang tenang bersemadi dalam lubuk hati.

Suram!

Satu perkataan yang layak digambarkan tentang keadaan wad tersebut. Entah di mana silapnya, kebanyakan manusia berwajah muram. Dingin dalam bahang matahari! Seingat saya, antara adab-adab melawat pesakit, tetamu hendaklah melemparkan senyuman kepada pesakit. Tapi, berlainan pula yang terjadi~

Saya memerhati sekeliling wad. Melihat riak-riak duka menghiasi wajah penghuninya. Hanya secebis senyum dan doa yang mampu dilemparkan. Moga masih ada sedikit bahagia di sudut hati mereka di situ.

Saya memerhatikan lagi. Pelbagai adegan dapat dilihat. Kisah kasih seorang anak pada ayah, kisah cinta antara isteri dan suami, juga pelbagai adegan kasih sayang sesama makhluk. Tanda akur dengan ujian yang ditempuhi.


Pakcik di atas. Entah berapa kali menggamit pandangan saya. Setiap layanan anak lelakinya saya perhatikan dan saya potretkan. Subhanallah! penuh kasih sayang dan kesabaran. Khabarnya, pakcik tersebut sakit usus dan telah dibedah. Namun, Allah Maha mengetahui.. selepas beberapa jam dibedah, arwah telah terlebih dahulu menemui sang Pencipta. Patutla hati meronta-ronta untuk terus tekun memandang pakcik tersebut. Rupa-rupanya, arwah sedang memberi lambaian terakhir pada dunia. Pertama kali saya melihat seorang manusia sedang tenat bertarung nyawa terakhir di depan mata sendiri sepanjang 20 tahun ini.

Ya Allah, sesungguhnya kematian sangat memberi tazkirah kepada yang masih bernyawa. Alfatihah untuk arwah! Moga roh pakcik bersama-sama hambaNya yang beriman. InshaAllah.


p/s : Masih lagi dalam kerisauan. Hanya Allah swt Maha layak menyembuhkan. Maka, sembuhkanlah dia ya Allah! [dia-manusia yang tabah menumpahkan keringat]

Walimah Norihan & Syafiee


posted by radhiahsyahida

6 comments

****


****


-Cerita Cinta Raja Sehari-
Kasih dan Cinta saling diberi

Matlamat utama redha Ilahi

Berpimpin tangan hingga ke syurga-Nya nanti









بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير


Mabrouk untuk sahabat kami, Norihan dan suaminya Syafiee. Kedua-dua mereka ialah pelajar tahun 1, Jurusan bahasa Arab, UIAM. Semoga rumahtangga kalian yang dibina dengan asas keimanan akan dipenuhi dengan cahaya ketenangan dan kedamaian. ameen.

Perkahwinan bukan sekadar ingin bahagia di dunia, tetapi sebenarnya merupakan jambatan untuk menikmati indah di rumah akhirat.

Lelaki mengimpikan seorang isteri yang mampu menjaga kehormatan keluarga dan mendidik anak-anak dalam tarbiyyah islam yang sebenar. Wanita mendambakan seorang suami yang mampu memimpinnya dan anak-anak bukan semata-mata di dunia tetapi yang paling utama untuk menjejak syurga cinta yang hakiki. :)

p/s : walimah di rumah pie tadi sangat meriah walaupun simple. sangat suka! che'he pun sangat-sangat cantik. inshaAllah yang simple tu sebenarnya lebih barakah. siapa-siapa yang nak ikut jejak langkah mereka lepas ini, bolehla.. (^^,

update dr K.L.


posted by radhiahsyahida

No comments

Gambar sumbangan orang Kampung Losong.


p/s : syafakallah untuk adik [Muhammad Tajuddin Ihsan] yang baru operate mengejut semalam kerana apendiks pecah dan bernanah. Mohon doa dari semua. Allah Maha Mengetahui semua perancangannya terhadap setiap hamba. Kafarrah dosa mungkin~

selamat ulang tahun sayang...


posted by radhiahsyahida

2 comments


Acece.. macam dah banyak tahun je bunyinya. heheh! padahal baru je setahun jagung budak tu. Hari ni, *15 Jun 2010* genaplah setahun umur nawwar. Sekejap je masa berlalu, daripada
dulu yang hanya reti menangis sampailah sekarang dah boleh jalan terkedek-kedek macam itik sekati [haha.. ummi beliau, sila jangan marah~] Ya Allah, seronoknya jadi nawwar, baru setahun hidup, suci tak kenal dosa lagi. Moga dirimu menjadi mu'minah yang terpelihara sayang..

Alhamdulillah, tadi baru habis paper BM.
complete satu subjek! Berkat doa dari ummi, semoga dipermudahkan semuanya. ameen. Balik exam, terus buka YMessenger. heheh! ya Allah, syahdu..syahdu. Tadi kak mar beritahu semua orang sekarang ni sedang berkumpul kat rumah. Macam raya je tadi. Saudara-saudara pun ada datang. Bestnyee.. Ni yang rasa nak balik sampai tahap 270 darjah ni. Namun kerana paper ungs 2030 pada 20 JUN ini, maka saya redha dengan segala-galanya.. :(



p/s : saja letak gambar budak ni banyak-banyak sebabnya nak bagi hint yang kamera dah ok! heheh! alhamdulillah.. tak sangka, lepas koma selama seminggu, cik
olympus dah sedar semula. syukur.. syukur.. :)

Gambar-gambar lain ada di sini juga..

1 Amanah dari Allah


posted by radhiahsyahida

No comments

Align Center

1 Malaysia!
1 Ummah!
1 Amanah!


Dengan Bismillah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untukMu
Harap dunia hanya di tangan

Bukannya di hati ‘tuk dicintai


Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untukNya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dariNya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cintaNya
Oh cintaNya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasihMu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
DariMu..”

Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Munsyid : Hijjaz

kredit untuk intan sebab bagi lagu ni :)


Lirik dan muzik yang sangat menyentuh hati.. Ditambah pula munsyidnya ialah kumpulan hijjaz. Saya bukan
hard die fan nasyid tapi kumpulan nasyid yang paling saya suka ialah hijjaz dan raihan. Lagu-lagu mereka sentiasa mempunyai mesej yang boleh menyentuh hati saya. Mendengar lagu mereka boleh buatkan hati merintih mengingatkan dosa juga mampu merefleksi diri.

Inilah saham mereka untuk akhirat sana. Semakin ramai yang mengambil manfaat, semakin bertambah pahala mereka. Semoga Allah rahmati perjuangan kalian.


entri ini untuk 'korang'


posted by radhiahsyahida

2 comments

p/s : Bukan semua yang memahami entri ini. Sekian.

Saya masih ingat kenangan kita bermula di satu tempat yang ramai orang tak suka iaitu SMAWP. Bukan senang tuh! Dalam orang kata tempat tu panas, kita boleh lagi gelak-gelak, kenakan orang kan? Mula-mula memang malu-malu sikit, tapi sebab semuanya jenis kecoh je, kenal dua tiga hari dah boleh kamceng sampai sekarang. Ya Allah, so sweet.. Korang ingat kan Ustaz 'Alaa? Macam tipu je kalau tak ingat..heh! Hari pertama kelas arab tu habis dengan taaruf nama saja.. ha..ha.. [macam kelakar pun ada.. jenuh nak menunggu pun ye jugak] Tapi itulah yang jadi kenangan :)

p/s : rasanya boleh tak kita bagi trademark 'taaruf 1 hari' untuk ustaz? wahaa.. suka hati je! ;D

-----

Bila dah besar sikit, kena pindah pulak masuk kelas ustaz Zamakh. Yang ni sure lagi ingat kan? Setiap hari, duduk dalam group untuk siapkan latihan arab level 3. Siapa datang kelas lambat, tak boleh masuk sebab kita kunci dari dalam. nakal.. nakal.. termasuklah ustaz sekali jadi mangsa keadaan. Masa tu, semua sekepala je kan, tak kiralah sama ada yang pendiam [macam saya! ;p] atau yang nakal-nakal [macam..err? ;p]

-----

Paling takkan saya lupa, masa hari 'no tension-tension' tuh! Berhimpit dalam kereta merah pergi taman tasik demi menuntut hak hati kita supaya sedikit tenang. Almaklumlah, masa tu semua dah serabut dengan assignment. Saat tangan digenggam tu paling manis. Tanda ukhuwwah kita digenggam rapi. [padahal nak tunjuk siapa yang dah ada cincin *wink2*]

-----

Di bumi Gombak, kita disatukan kembali walaupun korang dah jadi kakak senior [saya memang suka jadi adik pun :D]. Lagipun semua yang berlaku tu Allah dah susun cantik-cantik. Walaupun kita tak lagi bersatu di bawah jurusan yang sama, namun pengikat kita ialah ukhuwwah. Saya jauh nun di utara, korang pulak, semua nak duduk kat mahalah yang ada cafe paling murah ye.. ces! [protes tanda jeles..hehe]

-----

Dan 2 hari lepas, 31 Mei 2010. Tarikh yang tercatat dalam sejarah dunia. Dan tarikh tu jugak tercatat dalam sejarah kita kan? Ishh.. macam mana PC, Treasurer, Prep Tech and Special Task boleh buat surprise kat PM pulak nih? Kita buat kat VVIP 'yang basah lencun' tu dah la..hehee. Tapi sangat seronok sebab baru teringin nak makan kek pisang, tapi rupa-rupanya Allah nak bagi blackforest yang lagi sedap dengan perantaraan korang. maashaAllah.. :)

-----

Korang ingat lagi sambil bual-bual, kita keluarkan isu serangan terhadap LL4G tu kan? Sape ntah cakap, Israel nak tawan Palestin pun perlukan perancangan 100 tahun lebih. Tapi kita kat Malaysia ni, apa persediaan yang kita dah buat andai apa-apa kemungkinan berlaku.. Persoalan tu menjadi tanda tanya kan? Semua macam kelu sebab termuhasabah balik apa yang kita dah prepare sebenarnya.. [termasuklah saya..huhu]

Dan..

kemudian saya ada terfikir, kita ni muslimah.. paling besar peranan kita sebenarnya. Saya percaya, dengan izin Allah suatu hari nanti korang semua bakal bergelar ibu. Maka, persediaan kita untuk menegakkan kembali agama Allah di dunia ni bukan dengan sekadar mengangkat senjata. Itu mungkin kita tidak mampu. Tetapi, sebenarnya kita mampu untuk mendidik generasi pemuda yang akan mengangkat senjata suatu hari nanti, inshaAllah. Percayalah korang, tidak mustahil kalau Allah nak semua itu berlaku! :)

Untuk korang juga, saya tak ada pun hadiah istimewa. Sebab korang sendiri pun dah sangat istimewa. Tapi, saya cuma ada satu link untuk korang. Sila klik kat sini. Bacalah entri ni. Tulus dari hati untuk korang supaya kita semua dapat persiapkan diri untuk buat reunion lagi di syurga-Nya nanti..ameen. Dengan izin Allah :)


Point utama nak beritahu yang part last tu je, tapi ter'flashback' semua story.. hihi. Sayang korang sangat-sangat kerana Allah.. ^^

tragedi semalam dalam perancangan-Nya


posted by radhiahsyahida

2 comments



satu dunia buka mata!


Itulah hikmah yang Allah janjikan disebalik apa yang terjadi terhadap misi kemanusian ke Gaza semalam.

31 Mei 2010.

Tarikh keramat yang telah Allah rancang. Satu dunia bergabung dalam 1 misi membantu muslim palestina. Dengan perancangan Allah juga mereka diserang oleh israel laknatullah. Sungguh indah perancangan Allah bagi mereka yang melihat dengan pandangan hikmah.

Pandanglah dengan hikmah

Tragedi 31 Mei 2010 menyebabkan seluruh dunia tersentak.

Yang sedang bergelak-tawa di starbuck menggigil takut
Yang sedang menggigit burger McD menangis hiba
Yang sedang membancuh milo terketar-ketar jadinya

Manusia mula menyumpah zionis laknatullah yang sah-sah bukan manusia itu. Mahu disamakan dengan haiwan pun tidak boleh. Masakan mahu disamakan dengan harimau, harimau pun kadang-kadang tahu erti perikebinatangan.

Israel Laknatullah

Sungguh tidak malu mereka. Datang ke rumah orang katanya ingin menumpang sehari dua sahaja. Tiba-tiba, tinggal berbulan-bulan pula. Selepas beberapa tahun, dihalaunya tuan rumah tadi keluar dari rumah itu. Bila sahabat-sahabat tuan rumah tadi datang ingin melawat, diserang pula sahabat-sahabat tuan rumah itu. Memang sungguh tidak malu mereka!

Namun, siapakah kita untuk menyalahkan takdir Allah.

Subhanallah, semuanya telah berlaku dan manisnya pasti kan tiba. Perancangan Allah memang hebat. Mungkinkah jiwa-jiwa di luar sana akan tersentuh andai tragedi ini tidak berlaku?

Manusia yang bergelar manusia yang sebenar lumrahnya berhati lembut tatkala saudara muslim mereka sendiri diserang dan dibunuh. Allah swt sendiri telah membuktikan bahawa setiap muslim itu bersaudara. Maka, inilah perancangan Allah dengan mengorbankan yang sedikit untuk mengetuk jiwa-jiwa yang ramai.

Indahnya yang syahid, kalian masih hidup di sisi Allah.

Kalau anda perasan, setiap tragedi yang berlaku merupakan signal kepada sesuatu. Mungkin dengan tragedi ini, golongan manusia yang semakin hanyut dapat dirawat kembali. InshaAllah. Ummah dapat dipulihkan. Kesedaran terhadap islam dan tanggungjawab 'aku seorang muslim' makin bertambah-tambah.

Generasi baru menjadi harapan. Sudah ramai memperkatakan tentang semakin banyak bayi-bayi yang baru dilahirkan terdiri dari kaum adam. Mungkinkah generasi mereka yang bakal menongkah dunia? Mungkinkah golongan mereka yang bakal terlahir pejuang umpama Solahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh, Khalid Al-Walid dan ramai lagi? Mungkinkah? MashaAllah. Semoga ianya bakal menjadi kenyataan.

Ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, didiklah putera-putera kalian dalam tarbiyyah dan iman. Dunia memerlukan mereka!


Allahuma yassir umuronaa. Ameen.

[fellow followers]