syahadah terakhir


posted by radhiahsyahida

6 comments


Tazkirah melalui pengalaman. Itulah yang saya perolehi tatkala bersiang selama beberapa hari di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Pengalaman yang tenang bersemadi dalam lubuk hati.

Suram!

Satu perkataan yang layak digambarkan tentang keadaan wad tersebut. Entah di mana silapnya, kebanyakan manusia berwajah muram. Dingin dalam bahang matahari! Seingat saya, antara adab-adab melawat pesakit, tetamu hendaklah melemparkan senyuman kepada pesakit. Tapi, berlainan pula yang terjadi~

Saya memerhati sekeliling wad. Melihat riak-riak duka menghiasi wajah penghuninya. Hanya secebis senyum dan doa yang mampu dilemparkan. Moga masih ada sedikit bahagia di sudut hati mereka di situ.

Saya memerhatikan lagi. Pelbagai adegan dapat dilihat. Kisah kasih seorang anak pada ayah, kisah cinta antara isteri dan suami, juga pelbagai adegan kasih sayang sesama makhluk. Tanda akur dengan ujian yang ditempuhi.


Pakcik di atas. Entah berapa kali menggamit pandangan saya. Setiap layanan anak lelakinya saya perhatikan dan saya potretkan. Subhanallah! penuh kasih sayang dan kesabaran. Khabarnya, pakcik tersebut sakit usus dan telah dibedah. Namun, Allah Maha mengetahui.. selepas beberapa jam dibedah, arwah telah terlebih dahulu menemui sang Pencipta. Patutla hati meronta-ronta untuk terus tekun memandang pakcik tersebut. Rupa-rupanya, arwah sedang memberi lambaian terakhir pada dunia. Pertama kali saya melihat seorang manusia sedang tenat bertarung nyawa terakhir di depan mata sendiri sepanjang 20 tahun ini.

Ya Allah, sesungguhnya kematian sangat memberi tazkirah kepada yang masih bernyawa. Alfatihah untuk arwah! Moga roh pakcik bersama-sama hambaNya yang beriman. InshaAllah.


p/s : Masih lagi dalam kerisauan. Hanya Allah swt Maha layak menyembuhkan. Maka, sembuhkanlah dia ya Allah! [dia-manusia yang tabah menumpahkan keringat]

6 comments

  1. Anonymous
  2. Kak Nad

[fellow followers]