tragedi semalam dalam perancangan-Nya


posted by radhiahsyahida

2 comments



satu dunia buka mata!


Itulah hikmah yang Allah janjikan disebalik apa yang terjadi terhadap misi kemanusian ke Gaza semalam.

31 Mei 2010.

Tarikh keramat yang telah Allah rancang. Satu dunia bergabung dalam 1 misi membantu muslim palestina. Dengan perancangan Allah juga mereka diserang oleh israel laknatullah. Sungguh indah perancangan Allah bagi mereka yang melihat dengan pandangan hikmah.

Pandanglah dengan hikmah

Tragedi 31 Mei 2010 menyebabkan seluruh dunia tersentak.

Yang sedang bergelak-tawa di starbuck menggigil takut
Yang sedang menggigit burger McD menangis hiba
Yang sedang membancuh milo terketar-ketar jadinya

Manusia mula menyumpah zionis laknatullah yang sah-sah bukan manusia itu. Mahu disamakan dengan haiwan pun tidak boleh. Masakan mahu disamakan dengan harimau, harimau pun kadang-kadang tahu erti perikebinatangan.

Israel Laknatullah

Sungguh tidak malu mereka. Datang ke rumah orang katanya ingin menumpang sehari dua sahaja. Tiba-tiba, tinggal berbulan-bulan pula. Selepas beberapa tahun, dihalaunya tuan rumah tadi keluar dari rumah itu. Bila sahabat-sahabat tuan rumah tadi datang ingin melawat, diserang pula sahabat-sahabat tuan rumah itu. Memang sungguh tidak malu mereka!

Namun, siapakah kita untuk menyalahkan takdir Allah.

Subhanallah, semuanya telah berlaku dan manisnya pasti kan tiba. Perancangan Allah memang hebat. Mungkinkah jiwa-jiwa di luar sana akan tersentuh andai tragedi ini tidak berlaku?

Manusia yang bergelar manusia yang sebenar lumrahnya berhati lembut tatkala saudara muslim mereka sendiri diserang dan dibunuh. Allah swt sendiri telah membuktikan bahawa setiap muslim itu bersaudara. Maka, inilah perancangan Allah dengan mengorbankan yang sedikit untuk mengetuk jiwa-jiwa yang ramai.

Indahnya yang syahid, kalian masih hidup di sisi Allah.

Kalau anda perasan, setiap tragedi yang berlaku merupakan signal kepada sesuatu. Mungkin dengan tragedi ini, golongan manusia yang semakin hanyut dapat dirawat kembali. InshaAllah. Ummah dapat dipulihkan. Kesedaran terhadap islam dan tanggungjawab 'aku seorang muslim' makin bertambah-tambah.

Generasi baru menjadi harapan. Sudah ramai memperkatakan tentang semakin banyak bayi-bayi yang baru dilahirkan terdiri dari kaum adam. Mungkinkah generasi mereka yang bakal menongkah dunia? Mungkinkah golongan mereka yang bakal terlahir pejuang umpama Solahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh, Khalid Al-Walid dan ramai lagi? Mungkinkah? MashaAllah. Semoga ianya bakal menjadi kenyataan.

Ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, didiklah putera-putera kalian dalam tarbiyyah dan iman. Dunia memerlukan mereka!


Allahuma yassir umuronaa. Ameen.

2 comments

[fellow followers]