kisah satu, dua, tiga dan empat


posted by radhiahsyahida

2 comments



Banyak benda yang mahu dikongsikan. Cerita hidup yang masih belum tamat. Kisah cinta halal antara manusia yang benar-benar mengharapkan biarlah iman yang menoktahkan nafas terakhir mereka di dunia.


Satu : Kalau yakin dengan sepenuh hati bahawa setiap sesuatu kerana Allah dan dari Allah, inshaAllah pasti setiap duka tidak akan berterusan menjadi luka.

Mengabdi diri di Mukhayyam Khoriji Akhowat semalam benar-benar menguji tahap iman dalam diri. Sungguh tak dapat dilupakan tatkala terkesima melihat olympus kesayangan terjatuh dalam air lantas terus mendiamkan dirinya dengan serta merta sewaktu aktiviti river trekking semalam. Dibuka sekejap, namun tanda-tanda untuk mati muncul pula. Kalau ikutkan nafsu, memang sedih. Sebab jiwa yang sudah sebati dengannya. Nak beli lain? Alamak saya tidak kaya untuk buat semua itu.. Namun bisikan iman terus memujuk, redha.. redha.. pasti ada hikmah! Lagipun, olympus tu bukan saya punya, saya tak ada apa-apa pun. Semua hak Allah. Memang kena redha, sebab 'Tuan dia' nak ambil semula :)


Dua : Kita dan sahabat umpama batu-bata. Andai disatukan, mampu tersergam indah hingga menggegarkan dunia. Namun, kerana ukhuwwah kerana Allah itu umpama simen. Maka, tanpa simen yang benar-benar bermutu, runtuhlah bangunan yang baru dibina sekejap cuma itu.


Analogi yang mudah difahami dan diserap dalam minda. Betapa ribaatul ukhuwwah kerana Allah itu penting. Ramai mana manusia yang berkawan dan berpisah, berkawan lagi dan berpisah lagi. Semuannya kerana diuji Allah. Bersahabat kerana Allah bukan mudah dan tidak payah! Cuma satu bahan penting yang perlu ada dalam secret recipe persahabatan iaitu bersangka baik! bersangka baik dan sentiasa bersangka baik! Payah tapi sebenarnya mudah :)

p/s: ermm.. sedapnya secret recipe cake! tapi sedap lagi kek pisang.hee~ [tiba-tiba..huhu]


Tiga : Antara kita dan burung pipit. Siapa yang paling laju menjawab pertanyaan Allah swt?


Saya melihat dari hati, seekor burung pipit yang ditertawakan oleh kawan-kawannya yang lain kerana usahanya untuk memadamkan api yang marak membakar nabi Ibrahim a.s. dengan hanya beberapa titisan air yang jatuh dari paruh. Lantas, burung pipit itu menjawab, "Andai di akhirat kelak ketika ditanya oleh Allah swt, APA USAHA KAMU untuk menyelamatkan nabi Ibrahim dan agama Allah? alhamdulillah aku sudah punya jawapan untuk itu".

Maka antara kita dan burung pipit, siapakah yang lebih tergagap-gagap menjawab pertanyaan Allah? Adakah kerana kita terlalu hanyut dengan ideologi 'ana nafsi' dan 'tidak mahu jaga tepi kain orang' menjadikan kita manusia normal yang bisu, buta dan cacat. Andai tidak mampu menjadi air yang memadam, maka janganlah menjadi petrol yang memarakkan lagi api.

'Boikot' isu lapuk mungkin? Saya juga hampir terhanyut. Tatkala dulu sangat bersemarak jiwa ingin memboikot, tetapi sejak akhir-akhir ini, syaitan berjaya menghasut untuk menutup sebelah mata tatkala membeli barang-barang keperluan. Namun kerana burung pipit itu, saya tersedar semula. Andai tidak mampu menjadi air, berusahalah untuk tidak menjadi petrol. Andai tidak mampu berjuang selamatkan muslim, janganlah menolong mereka yang memerangi muslim. Andai tidak layak menyertai misi bantuan keamanan, jangan pula mempersenda-sendakan usaha mereka. Andai tidak berdaya mengajak kawan ke arah kebaikan, jangan mewujudkan peluang untuk mereka ke jalan kemunkaran. Kalau mampu, jadilah seperti burung pipit, walaupun usaha yang kecil namun mendapat pandangan Allah swt.


Kisah empat : Tolong! saya mahu berubah jadi manusia yang baik.

Membayangkan akhirat yang selama-lamanya nanti, rasa macam nak bertaubat dan terus mati. Takut!! Kalau diuji di dunia ni, esok sedih tapi lusa mungkin dah gembira. Tapi kalau di akhirat, tak mampu nak gambarkan seksa tak henti-henti. Nauzubillah. Tapi, apakan daya.. itu bukan tujuan manusia dijadikan semata-mata. Tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi nanti turut dipersoalkan. Apa yang kamu buat untuk agama Allah? Persoalan ini memerlukan jawapan yang bukan hanya satu, dua, tiga dan empat sahaja...

Allahu'alam.

2 comments

[fellow followers]