Kisah semalam masih lagi mencuri senyuman Diya. Benar-benar membuktikan betapa manisnya ikatan mereka. Walau syaitan cuba meretakkan pada mulanya, namun kerana iman...
***
Diya hanyut membaca Sinergi karya seorang penulis bernama Hilal Asyraf. Novel islamik garapan penulis muda itu sedikit membuat dirinya menjadi skeptik. Kisah kasih seorang Irfan Hakimi terhadap Rasyid Zakwan yang semata-mata kerana Allah itu sangat indah di matanya. Namun, masih wujudkah manusia yang benar-benar bersahabat berpaksikan iman di dunia nyata ini? Hanya iman, bukan rupa mahupun harta yang mereka pandang.
***
Memori semalam meniti di mindanya. Dia tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah sekadar doa. Namun, Allah itu Maha Pemurah. Bukan sekadar mendapat doa manusia-manusia di sisi, malah nilai iman dalam persahabatan juga diberi.
***
Mereka pada Diya.. bukanlah manusia hebat, tidak juga orang terkenal. Biasa-biasa saja. Namun tidak pada akal dan iman yang begitu luarbiasa. Walaupun datang dari suasana berbeza, prinsip juga tidak sama, namun kerana satu kalimah yang manusia sebutkan sebagai persahabatan, mereka mampu bersatu di bawah satu payung keimanan. Ya! payung keimanan yang Allah swt kurniakan!
***
Diya tersenyum puas. Sinergi sudah dia khatam dengan satu kefahaman yang jelas. Konsep tarbiyyah sebagai asas wajib seorang muslim serta keimanan yang tak boleh dipisahkan dari segenap perjalanan kehidupan bermain-main difikirannya. Cuma tinggal untuk dibumikan dengan amalan sahaja. Diya ingin sekali menjadi seperti Irfan. Tega terjun untuk menarik kembali sahabatnya yang terlorong untuk ke lembah neraka. Sungguh mulia watak itu!
***
Tok..tok.. ketukan pintu mengejutkan Diya yang sedang mengelamun itu. Sengihnya terukir, bukan kerana teringatkan ketukan dua kali dalam adegan yang tidak diduganya semalam. Tidak dan tidak sama sekali! Tetapi, sengih kerana teringat manisnya persahabatan mereka ketika saat saling usik-mengusik dan saling mengenakan antara satu sama lain itu. Hanya Allah dan mereka yang tahu.
"Ya Allah, jagalah sahabat-sahabatku supaya sentiasa dalam redhaMU". doanya di dalam hati.
"Ya Allah, jagalah sahabat-sahabatku supaya sentiasa dalam redhaMU". doanya di dalam hati.
Post a Comment