ketika memandang ujian, pasti manusia akan nampak kepada kesedihan, kesulitan dan kepasrahan.
ketika menerima ujian, teman disisi memujuk hati "sabar ye.. inshaAllah pasti ada hikmah disebaliknya.."
Manusia suka memandang ujian sebagai perkara yang buruk-buruk sahaja. Silap tu! Dapat perkara yang menggembirakan pun dikira sebagai ujian. Dapat kejayaan pun ujian. Pendek kata, hidup ini ujian. Ujian itu tanda kasih sayang dari Dia yang Maha agung.
Antara ujian dan hikmah, manusia pasti memandang kedua-duanya sebagai satu ikatan yang tak boleh dipisahkan. Kata mereka "setiap ujian pasti ada hikmah.."
Kenapa setiap ujian pasti ada hikmah?
Kerana hikmah itu jelas-jelas di depan mata mereka. Contohnya :
1. Ujian terlambat pergi kelas = Tiba-tiba dapat sms, kelas cancel.
2. Ujian dapat hadiah = Semakin bersemangat nak teruskan hidup
3. Ujian tak sempat beli makanan kat cafe sebab dah habis = Dapat tahu ramai orang keracunan sebab makan kat cafe.
> "wahh..syukur terlambat pergi kelas"
> "alhamdulillah, bestnya dapat hadiah"
> "huhu..syukur tak makan kat cafe tadi.."
Itu yang manusia nampak. Maka dengan senang untuk kita bersyukur. Bagaimana dengan ujian yang memang kita tak nampak hikmah disebaliknya. Dapat ujian yang berat untuk dipikul, kemudian tidak nampak pula apa kebaikan disebaliknya. Lantas, apakah kita tidak bersyukur?
Wahai teman,
Percayalah, setiap ujian memang ada hikmah. Antara kita nampak atau tidak je. Antara hikmah itu jelas di depan mata atau hikmah itu hanya dalam pengetahuan Allah yang tak mampu untuk manusia ketahuinya. Hikmah yang mana Allah sahaja Yang Tahu dan memang tidak akan sampai pada pengetahuan kita, manusia biasa.
Dan tidaklah Allah menciptakan setiap perkara dengan sia-sia. Allah ciptakan ujian. Ujian pasti bersama hikmahnya.
Maka, tidaklah Allah mencipta hikmah disebalik ujian itu secara sia-sia.
Percayalah.. ^^
Post a Comment