Archive for July 2010

menunggu..


posted by radhiahsyahida

1 comment


..Ramadhan

Bulan yang mana..

  • Kalau pegang Alquran dimana-mana sahaja itu bukan satu keajaiban..
  • Kalau nak mengumpat atau cakap berlebih-lebihan, tiba-tiba tersentak malu..
  • Masjid tiba-tiba jadi penuh especially malam..
  • Jemaah subuh mungkin semakin bertambah safnya..
  • Semua orang ingat waktu maghrib pukul berapa..
  • Kebarangkalian untuk ter'subuh gajah' adalah berkurangan..
  • Makanan sunnah nabi iaitu kurma mula jadi amalan..
  • Semua orang tiba-tiba sangat ambil tahu tentang tarikh dalam bulan islam..
  • Kekerapan berdating mungkin semakin berkurang..
  • Kes mencuri juga mungkin semakin berkurang..

...dan lain-lain lagi.

hee. itulah keunikan bulan ramadhan ^^


Saya tak bermaksud untuk memerli atau apa-apa jela. Jangan salah faham keh!

Dengan pelbagai ancaman luar dan kemodenanisasi yang melanda ummat islam sekarang, sangat kena bersyukur dengan kehadiran ramadhan, at least dalam setahun manusia still boleh recharge iman mereka. inshaAllah.. [tapi sepatutnya nak recharge iman bukannya kena tunggu setahun. bateri hp pun tak tahan seminggu. Hati manusia, lagi ah kan? Kalau bateri hati dah berkarat, letak charger saja jela nampaknya..huhu]

So, jom get ready tunggu ramadhan! buat persiapan meriah jom? nak dapat kemanisannya nanti..inshaAllah

p/s :

1. Menunggu dik tocim juge.. ^^ [my third nephew/niece for this coming ramadhan] Rabbi Yusahhil. Ameen.
2. Tahniah untuk kak ya. Maaf tak dapat balik dan join geng sepupu-sepupu buat kerja belakang tabir untuk walimah hari ni. huhu... terkilan ni tapi nak wat guane.. :(

jumpa mutiara di PD :)


posted by radhiahsyahida

2 comments


Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dari Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) di Port Dickson. Jaulah yang penuh nikmat dari Allah. Perancangan diri yang jauh berbeza dengan perancangan Allah pasti terselit hikmah. Secara jujurnya, saya sangat-sangat kagum dengan semangat yang ada pada kakak-kakak yang bersungguh-sungguh menguruskan transport untuk kami menjejak ilmu. Nampak kecil, tapi bukan semua yang boleh berkorban seperti itu. Banyak yang dipelajari. Semangat mereka. Pemurahnya mereka. Ukhuwwah mereka. Solehahnya mereka. MashaAllah. Sangat beruntung 'sayap kanan' kerana punya mereka. :]

kredit untuk kak aishah, kak pupu, kak tasnim, kak fhadi dll. sayang akak semua! Baarokalluhi fiikunna..

Woo..Saya kutip mutiara di PD!

Mutiara yang bertemakan 'Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden' sangat-sangat merawat hati. Seolah-olah graf iman tiba-tiba naik melonjak. wuu.. Semua kertas kerja yang dibentangkan alhamdulillah masih berbekas tapaknya dalam hati dan inshaAllah akan diserap dengan sabar. Walaupun pernah mengenal alam jahil, saya percaya itu semua ujian dari Allah. Kerana hidayah itu kan manis. ^^

InshaAllah, mahu menghasilkan jiwa rabbani. Mahu hubungan yang terus dengan Allah supaya segala ilmu mudah sampai.

"ya Allah, musuhkanlah diri ini dengan maksiat kerana aku dambakan ilmu. Sedangkan ilmu itu cahaya dan CAHAYA TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA HATI YANG BERBUNGAKAN MAKSIAT." naudzubillah..


Jom anda yang bergelar wanita muslim! Lihat mereka..

Ummu Sulaim hanya menjadikan keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan mereka. Subhanallah. Sangat mantap iman ummu sulaim!

Saidatina Khadijah
yang mendapat berita gembira oleh Allah dengan dijanjikan hadiah syurga kerana tidak pernah sesekali meninggikan suara kepada suaminya [Rasulullah saw]

Maryam ummu Isa. Wanita suci dipilih Allah yang tabah dengan segala caci manusia.

...dan raaaamai lagi serikandi islam terhebat!

Jom contohi mereka! Walaupun secara logiknya macam tak mampu, tapi kita boleh berusaha untuk menjadi seperti mereka. Dengan izin Allah dan kemahuan dari diri sendiri..


Banyak benda yang perlu
recheck! a.k.a resolusi diri~

>> malu yang tak bertempat [tidak campur tangan pada urusan yang tidak perlu, menahan pandangan, rajin, TIDAK meninggikan suara dll.]

>> ikhtilat [pergaulan lelaki dan wanita] -mohon dijauhkan untuk urusan yang tidak perlu. kalau saya berlebih-lebih, sila tegur kerana saya ialah manusia sejati [mudah terdorong untuk lalai]

>> matlamat hidup [wanita muslim, matlamat hidupnya mesti jelas. planning is important-luv it!^^]

>> berwibawa [dalam semua aspek yang diceburi. inshaAllah]

>> keazaman untuk berkorban [huh, sangat-sangat mudah goyah. esp. antara program atau rumah.. waaa., kena improve untuk mudah korban duit, masa dll. Ingat, semua tu Allah punya. saya tak dop mende-mende!]

>> prinsip hidup [banyakkk tapi yang paling kena ingat, 'say never to cinema'. takut mati kat situ... huhu. su'ul khatimah la jawabnya..]

>> kena bersifat kepimpinan [
at least untuk diri sendiri keh! tapi serius kena improve lagi.. sebab suka sangat-sangat dependent. huhu]

Tugas pertama : Aplikasi islam dalam diri sendiri dahulu. Rabbi yusahhil wasodiqaati sa'idnii...



p/s : tegur saya kalau saya tak lalu kat jalan mustaqim neh! :)

hati paksa untuk buat entri baru


posted by radhiahsyahida

3 comments



Huhu.. tangan kalah dengan hati. Dah lama hati meronta-ronta nak tekan new post tapi laju je jari melarikan dirinya. dan... akhirnya hari ini 'dia' kalah dalam erti kata mengalah. Bukan tak mahu tapi terasa dunia yang terang seperti diselaputi sesuatu. Saya teringat kata seseorang suatu hari dulu..

"kalau hati kotor, memang rasa berat untuk menulis"

...dan saya mengakui, sesungguhnya ia memang betul :[

Perjalanan hidup yang masih belum berakhir dan banyak benda yang terjadi sampaikan tak termampu nak diluahkan. Manis pahit masam masin semua dalam satu adunan. Kalau buat biskut raya ni, tak tahu la laku ke tak.. huu..

Hampir 2 minggu menjenguk semester baru. Alhamdulillah, nikmat Allah sampai sekarang masih tak putus-putus. Tak mampu nak
list kan dah. Banyak sangat-sangat sampaikan tak tahu lafaz syukur tu boleh lawan ke tak. Allah Maha Mengetahui.

dunia, jangan singgah dalam hati. please!


kitaran hidup manusia.

amal, lagho, taubat, iman.. taubat, taubat, taubat! never ending please..! jannah is the ultimate~


p/s: rasa macam pendek je menaip.. huhu [dalam usaha meringkaskan perasaan diri yang selalu sangat TERlagho, pastu malu dengan perbuatan sendiri dan menyesal sangat-sangat. Nak jadi sebenar-benar hamba...tulung!]

[fellow followers]