hati paksa untuk buat entri baru


posted by radhiahsyahida

3 comments



Huhu.. tangan kalah dengan hati. Dah lama hati meronta-ronta nak tekan new post tapi laju je jari melarikan dirinya. dan... akhirnya hari ini 'dia' kalah dalam erti kata mengalah. Bukan tak mahu tapi terasa dunia yang terang seperti diselaputi sesuatu. Saya teringat kata seseorang suatu hari dulu..

"kalau hati kotor, memang rasa berat untuk menulis"

...dan saya mengakui, sesungguhnya ia memang betul :[

Perjalanan hidup yang masih belum berakhir dan banyak benda yang terjadi sampaikan tak termampu nak diluahkan. Manis pahit masam masin semua dalam satu adunan. Kalau buat biskut raya ni, tak tahu la laku ke tak.. huu..

Hampir 2 minggu menjenguk semester baru. Alhamdulillah, nikmat Allah sampai sekarang masih tak putus-putus. Tak mampu nak
list kan dah. Banyak sangat-sangat sampaikan tak tahu lafaz syukur tu boleh lawan ke tak. Allah Maha Mengetahui.

dunia, jangan singgah dalam hati. please!


kitaran hidup manusia.

amal, lagho, taubat, iman.. taubat, taubat, taubat! never ending please..! jannah is the ultimate~


p/s: rasa macam pendek je menaip.. huhu [dalam usaha meringkaskan perasaan diri yang selalu sangat TERlagho, pastu malu dengan perbuatan sendiri dan menyesal sangat-sangat. Nak jadi sebenar-benar hamba...tulung!]

3 comments

[fellow followers]