jumpa mutiara di PD :)


posted by radhiahsyahida

2 comments


Alhamdulillah, selamat pergi dan balik dari Konvensyen Wanita Islam Nasional (KONWANIS) di Port Dickson. Jaulah yang penuh nikmat dari Allah. Perancangan diri yang jauh berbeza dengan perancangan Allah pasti terselit hikmah. Secara jujurnya, saya sangat-sangat kagum dengan semangat yang ada pada kakak-kakak yang bersungguh-sungguh menguruskan transport untuk kami menjejak ilmu. Nampak kecil, tapi bukan semua yang boleh berkorban seperti itu. Banyak yang dipelajari. Semangat mereka. Pemurahnya mereka. Ukhuwwah mereka. Solehahnya mereka. MashaAllah. Sangat beruntung 'sayap kanan' kerana punya mereka. :]

kredit untuk kak aishah, kak pupu, kak tasnim, kak fhadi dll. sayang akak semua! Baarokalluhi fiikunna..

Woo..Saya kutip mutiara di PD!

Mutiara yang bertemakan 'Wanita Mendepani Cabaran Sosial Pasca Moden' sangat-sangat merawat hati. Seolah-olah graf iman tiba-tiba naik melonjak. wuu.. Semua kertas kerja yang dibentangkan alhamdulillah masih berbekas tapaknya dalam hati dan inshaAllah akan diserap dengan sabar. Walaupun pernah mengenal alam jahil, saya percaya itu semua ujian dari Allah. Kerana hidayah itu kan manis. ^^

InshaAllah, mahu menghasilkan jiwa rabbani. Mahu hubungan yang terus dengan Allah supaya segala ilmu mudah sampai.

"ya Allah, musuhkanlah diri ini dengan maksiat kerana aku dambakan ilmu. Sedangkan ilmu itu cahaya dan CAHAYA TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA HATI YANG BERBUNGAKAN MAKSIAT." naudzubillah..


Jom anda yang bergelar wanita muslim! Lihat mereka..

Ummu Sulaim hanya menjadikan keislaman Abu Talhah sebagai mahar perkahwinan mereka. Subhanallah. Sangat mantap iman ummu sulaim!

Saidatina Khadijah
yang mendapat berita gembira oleh Allah dengan dijanjikan hadiah syurga kerana tidak pernah sesekali meninggikan suara kepada suaminya [Rasulullah saw]

Maryam ummu Isa. Wanita suci dipilih Allah yang tabah dengan segala caci manusia.

...dan raaaamai lagi serikandi islam terhebat!

Jom contohi mereka! Walaupun secara logiknya macam tak mampu, tapi kita boleh berusaha untuk menjadi seperti mereka. Dengan izin Allah dan kemahuan dari diri sendiri..


Banyak benda yang perlu
recheck! a.k.a resolusi diri~

>> malu yang tak bertempat [tidak campur tangan pada urusan yang tidak perlu, menahan pandangan, rajin, TIDAK meninggikan suara dll.]

>> ikhtilat [pergaulan lelaki dan wanita] -mohon dijauhkan untuk urusan yang tidak perlu. kalau saya berlebih-lebih, sila tegur kerana saya ialah manusia sejati [mudah terdorong untuk lalai]

>> matlamat hidup [wanita muslim, matlamat hidupnya mesti jelas. planning is important-luv it!^^]

>> berwibawa [dalam semua aspek yang diceburi. inshaAllah]

>> keazaman untuk berkorban [huh, sangat-sangat mudah goyah. esp. antara program atau rumah.. waaa., kena improve untuk mudah korban duit, masa dll. Ingat, semua tu Allah punya. saya tak dop mende-mende!]

>> prinsip hidup [banyakkk tapi yang paling kena ingat, 'say never to cinema'. takut mati kat situ... huhu. su'ul khatimah la jawabnya..]

>> kena bersifat kepimpinan [
at least untuk diri sendiri keh! tapi serius kena improve lagi.. sebab suka sangat-sangat dependent. huhu]

Tugas pertama : Aplikasi islam dalam diri sendiri dahulu. Rabbi yusahhil wasodiqaati sa'idnii...



p/s : tegur saya kalau saya tak lalu kat jalan mustaqim neh! :)

2 comments

[fellow followers]