bila izrail datang memanggil...


posted by radhiahsyahida

2 comments



Alhamdulillah petang tadi Allah izinkan saya untuk mendapat satu tazkirah yang sangat bermakna. Sebagai orang bawahan kak mimi, saya turut diajak oleh beliau bersama-sama wakil BEDSA, Ma'ruf Club dan MRC Mahallah Ali untuk menyertai misi ziarah keluarga arwah Nik Hafreez yang baru meninggalkan kita di dunia yang penuh tipu daya ini pada 2 syawal yang lalu.

Melihatkan keadaan keluarga arwah yang cukup tabah dan redha dengan pemergian anak sulung mereka itu, rasa kagum sangat-sangat. Mungkin mereka tahu perginya arwah bukan dengan sia-sia. Perginya arwah meninggalkan banyak kebaikan untuk mereka sekeluarga.


Saya tidak terlalu mengenali arwah memandangkan beliau ialah senioritas. Tetapi mendengarkan cerita-cerita manusia di sekeliling tentang beliau. Mendengar cerita ummi dan jiran arwah petang tadi. Saya percaya, arwah pasti tenang di persemadian sana. inshaAllah.
:)

Cerita kematian.


Sejak akhir-akhir ni, memang ia selalu bermain-main di fikiran saya. Selalu sangat! Hampir meragut tenang juga.


Antara kematian dan hubungan dengan manusia.


Saat terakhir nafas diragut oleh izrail itu sangat-sangat rahsia. Tiada lambat dan tiada cepat walaupun sesaat.
..

...dan saya selalu terfikir. Kalau sahabat kita atau sesiapa sahaja yang meninggal dunia, pastinya keluarga dan teman-teman meredhakan pemergian dan memaafkan segala salah silapnya supaya arwah tenang di dunia baru.


TAPI..


Macam mana dengan dosa keluarga dan teman-teman arwah yang masih hidup tu? Andai kata, arwah pernah terasa hati pada seseorang dan meninggal dunia sebelum sempat beliau memaafkan orang itu.. ataupun, andai kita ada terbuat dosa pada arwah sebelum sempat meminta maaf darinya. APA AKAN JADI PADA KITA YANG MASIH HIDUP? TAK ADA PELUANG DAH NAK MINTA MAAF... :(

Sampai saat ni, perkara macam ni lah yang terus bermain-main dalam minda. Ini soal hablun minannas (hubungan sesama manusia). Yang mana, kalau tak setel kat dunia, pasti akan berjumpa kembali di padang mahsyar nanti. ya Allah.. takutnya...

MENJAGA


Sangat-sangat perlu. Hubungan dengan manusia. Kalau ada silap, cepat-cepat minta maaf. Kalau ada terasa dengan sesiapa, cepat-cepat delete dari inbox hati. Campak ego jauh-jauh. Bakar terus pun takpe. Sangat-sangat tak mahu jumpa sesiapa kat padang mahsyar nanti. Jumpa-jumpa pun inshaAllah biar di dalam syurga terus. ya Allah, ameen!


p/s : Alfatihah untuk arwah. Doakan beliau tenang di sana. Semoga ada orang lain pula yang akan mendoakan kita bila izrail datang memanggil nanti..




..err...maafkan saya! kalau ada pernah terasa, tolong bagitau yek..huhuhu.

2 comments

  1. Anonymous

[fellow followers]