jaulah recharge iman


posted by radhiahsyahida

1 comment

"Kehidupan ini adalah satu perjalanan, singgahlah di R&R solat untuk mendapatkan rehat yang secukupnya, sebelum meneruskan perjalananmu ke destinasi akhirat yang kekal abadi"


Alhamdulillah, hujung minggu lepas saya berpeluang untuk menyertai jaulah ke Negeri 9 anjuran Persatuan Belia Islam Nasional yang bertemakan 'Menyelusuri Islam di bumi Adat Perpatih'. Pengisian program yang amat menterujakan hati melalui siri ziarah ke muzium tentera dan istana seri menanti yang terkenal dengan bangunan menggunakan pasak bagi menggantikan paku itu.

Selain itu, kami juga disajikan dengan makanan ruh yang sangat mencaskan kembali iman dari pada tokoh-tokoh ikhwah dan akhawat di sana. Antara yang ditekankan ialah tentang peranan pemuda pada zaman sekarang, kepentingan menjaga solat dan masa, serta pemantapan dakwah fardi *sangat sangat penting! melihat generasi sekarang yang semakin tenggelam dengan nikmat dunia.. sedihnya.. :[

1 perkara yang paling terkesan ialah mendengar bekas murabbiyahku iaitu ustazah zaimah mengolah maksud surah al-asr. Perkara yang selama ini saya selalu amal tapi jarang sangat sampai dalam jiwa. Ustazah terangkan dengan gaya seorang ketua kepada orang bawahan.
Contohnya macam ni la kan...

Ketua : Wahai manusia! kamu semua ialah orang-orang rugi..

Manusia : *kita la manusia yang rugi tu*

Ketua : kecuali...

Manusia : *ada nada pengharapan..*

Ketua : Orang yang beriman..

Manusia : Aku beriman padaMu ya Allah..

Ketua : bukan sahaja beriman, tetapi kamu mesti beramal soleh!

Manusia : Alhamdulillah, aku mengerjakan segala suruhanMu ya Allah..

Ketua : Tidak cukup sekadar beriman dan beramal soleh, kamu mesti berpesan kepada kebenaran [menyeru sahabat kepada kebaikan=berdakwah] dan kamu mesti menasihat manusia supaya sentiasa bersabar [dengan segala ujian dari Allah]

U got the meaning? huhu.... maknanya.. 4 aspek tu kita mesti cukup barulah boleh declare yang kita sudah merdeka dari title 'orang-orang yang rugi'. Sebab tu la kat akhirat nanti, antara orang-orang yang rugi ialah orang kafir sebab kat dunia, mereka banyak beramal soleh tapi sayangnya tak beriman... dan untuk orang muslim juga, tak cukup dengan sekadar menjadi soleh, kita mesti jadi muslih untuk menjadi orang yang beruntung di akhirat sana.. inshaAllah.

wallahu'alam..

1 comment

[fellow followers]