Saya redha dengan qadha' dan qadar Allah. Saya tahu tok ayah bukan milik kami semua, bila-bila masa je Allah boleh ambil semula tok ayah dari kami. Dan Allah dah ambil pun tok ayah semalam. Kami semua redha sebab tu yang terbaik untuk arwah.
Tapi, saya terkilan............... sangat-sangat-sangat! Saya nak balik! Sepanjang hidup saya, saya ada seorang je atuk iaitu tok ayah. Tokki belah ummi dah lama meninggal masa ummi tak kahwin lagi. Walaupun arwah dah tak ada, tapi saya nak balik......... saya nak tatap wajah tok ayah untuk kali terakhir kat dunia ni.. Kalau boleh, saya teringin nak tolong dalam pengurusan jenazah arwah tok ayah. Sepanjang hidup saya juga, ini kali pertama saya berdepan dengan kematian sanak saudara yang dekat. Saya nak rasai suasana tu.
Tapi, saya tak dapat balik kampung. Akak cakap kalau balik pun tak sempat jumpa sebab nak simpan pagi ni. Ummi suh amek tiket flight, tapi tak berani balik sorang-sorang :'(
Hakikatnya, pagi dah menjelma. Nak tak nak, kena redha je memang tak de rezeki nak balik dan tolong uruskan jenazah arwah. Hanya doa yang mampu saya hadiahkan untuk arwah dari jauh. Moga arwah tok ayah tenang bertemu yang Esa. Moga dilapangkan dan diterangkan kubur untuk arwah, inshaAllah. Allahumma ameen.
Saya percaya, arwah pergi dengan tenang. arwah dah lama sakit. InshaAllah sebagai pengampunan dosa sebelum kembali pada Allah. Arwah tok ayah bertuah, hidupnya dengan agama. Dulu arwah seorang tok siak masjid, guru mengaji dan tukang buat songkok. yaAllah, betapa banyak pahala yang mengalir disebabkan kerja-kerja yang mulia tu. Arwah bertuah sebab meninggalkan isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah dan inshaAllah cucu-cucu dan cicik-cicik yang soleh dan solehah juga. InshaAllah kami akan sentiasa doakan tok ayah.
*masih terasa hangat sentuhan tangan arwah tok ayah pada 3/2/2011. Kali terakhir tatap wajah arwah yang sentiasa tenang. Moga dia damai di sana...dan kita pasti menyusul sama suatu hari nanti.
اللّهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه ووسع مدخله واغسله من الخطايا بالماء.. اللّهم آمين