Archive for June 2008

menCARI @ menJADI ??


posted by radhiahsyahida

No comments

Buat sahabat yang dikasihi kerna-Nya,ku lampirkan di sini secebis coretan dari seorang hamba Allah buat m’islahkan diri kita semua terutamanya diriku sendiri….in sya Allah…




“Ana memang tak sebagus Ali sebab itu ana perlukan seorang isteri sesempurna Fatimah.. ana tak mampu nak memFatimahkan seseorang yang bukan fatimah!” Tegas seorang mahasiwa. “saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan seorang suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya!” Kata seorang mahasiswi.

Semua sibuk mencari..Adakah mudah untuk mendapatkannya? Jika berjumpa pula, mudahkah untuk mengekalkannya? Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, munculnya dia dengan imej yang solehah dan menyejukkan mata. Tapi mampukah kita mengekalkan isteri kita dengan ‘benchmark’ solehah seperti itu disepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan di ubah oleh suasana kerja, dia juga mungkin di ubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau yang paling utama kerana dia memang boleh berubah…..

Maka, mampukah kebahagian dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, ada ataupun tidak ada? Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita ingin menemuinya dalam suasana yang manusia nampak sempurna…jika kebahagiaan itu terletak pada apa yang pasangan itu miliki,maka…kita akan terus hidup dalam suasana pencarian ~pencarian yang tidak berkesudahan….

Oleh itu, jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si soleh, tetapi berusahalah untuk menJADI solehah…jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah…tetapi berusahalah untuk menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya belum tentu kekal.. bertemu yang soleh, solehnya dia mungkin boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah juga adalah insan biasa. Tapi, jika semua orang fokus untuk JADI dan bukannya CARI..maka, ramailah calon dan mudahlah sedikit kehidupan.. ~beiznillah Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupaun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) kita mengenalinya…

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian proses untuk MENJADI, bukannya MENCARI…wallahu’alam

:: mencari cinta yang Maha Satu ::

tutur hamba itu...


posted by radhiahsyahida

No comments

... bertawakkallah kalian selepas ijtihad...

Alangkah indahnya wahai Tuhan
Andai tiap gerak tubuhku....adalah ketaatanku padaMu
Andai tiap lafaz kataku....adalah zikir memujiMu
Andai tiap detik hatiku...adalah tafakur buatMu

Lebih indah lagi wahai Tuhan
Andai bisa kunikmati kasihMu
Andai tetap kudamba cintaMu
Andai terus kuhayati kalimahMu untuk kuisi lompang fuadku
Agar diriku dalam dakapan redhaMu

Pasti terlalu indah wahai Tuhan
Andai Kau membalas cintaku....
dengan kebesaran kasihMu dengan kesucian sifatMu Wahai Tuhan...

tentulah paling indah
Jika cintaku mendapat perhatian
dan Kau janjikan dengan pertemuan...
di syurga idaman

'abd lirabbil izzat...rabbul 'alamin..khaliqun wahdahu la syarikalah..

:: bersujud pada Allah yang Maha Esa, tanda pengabdian seorang hamba ::

..harapan kalian..


posted by radhiahsyahida

No comments

salam kerinduan.....


ba'da fasl sorful 'arobi
12:31 pm/20 jun 2008

assalamualaikum kakakku k.lah...happy birthday ler...
25 tahun dh umo die...
.....................................................................................
..........................................................................
smg pnjg umo,murah rezki n bahagia hingga akhir hayat..

1 message sent...

message delivered

....alhamdulillah....^_^

on de bed
12:37 pm/20 jun 2008

calling....
my soul (",)

" assalamualaikum abah..."
"waalaikumussalam...ho..guane yah.. ape khbar?"
"alhamdulillah sihat je..hehe..abah, selamat hari lahir!!...semoga pjg umur...abah apa khbr?"
"sihat, alhamdulillah......"
...........................................................
...........................................................
" yah, kalau ikut kan nabi wafat, abah ade 9 tahun lagi ni....." ku terkedu seketika dgn kata2 abah...
" bah..jangan ah kate gitu...!! cepat2 ku memintas kata2 beliau...
" doh kalu gitu..doa lah abah panjang umur biar dang tgk yah berjaya dulu..dapat ijazah..kalau ada rezeki abah nak tgk yah sampai phd...." ku terkedu lagi....itulah ayat yg sering abah ulang2 setiap kali berbual dgnku...
ya Allah,betapa tingginya harapan abah....setinggi itulah jugalah aku berharap padaMu untuk terus menguatkan pancangku, memberiku kekuatan untuk meneruskan perjuangan yg baru di peringkat akar ini...

" okey lah...abah nak siap gi smayang jumaat dah kan?...nanti yah call mase lain ah plop neh...abah kem salam ah blake2 kat umah oo..."

" hum..blajar sungguh yah deh...assalamualaikum"
" ok bah! jaga diri... waalaikumussalam wmt wbt.."

hati ini tiba2 menjadi hiba... terfikirku sendiri... akan mampukah untukku menyempurnakan tanggungjawab yg ummi dan abah telah amanahkan ini...juga yang utama amanah dr Khaliqku itu... ~ku bermonolog lagi.................

study room
8.50 pm/20 jun 2008

ternampak handout Intro to HS...tibe2 hati terpanggil2 untuk menyelak helaian demi helaiannya...tak sabar rasenye nak mulakan subject ni...sem lepas fully lughatul Qur'an...rindu ah plak nk blajar subject yg pelbagai ni...hehhe...insyaAllah dipermudahkanNYa..ameen

rindu punya hal...tibe2 wajah ummi plak terbayang2...aduhai..sdey..=(
long time no see...huhhu..

9.30 pm/20 jun 2008

" dhiah, nanti jom la gi bilik 2-2...akak2 dr gombak ada dtg..." tiba2 ecah menjenguk
" ok..beres2...nk mule nnt miskol eh.."

room 2-2
10:50 pm/20 jun 2008

my soul (",)
calling.....

" assalamualaikum...."
" waalaikumussalam...yah, ummi ni.."
" la...ummi..ingatkan abah sakni..bakpe mi?"
" hehe...saje je guna hp abah..kan free 7 hari...saje ah tepon ni....yah ade keje ke?
..................................................................
..........................................................
.............................................................................................
" ok....jg diri....mula2 plop la...."
" ok mi...krm slm sumer...esk luse tepon ag ummi eh?hehe...free kan...assalamualaikum"
" waalaikumussalam...."

hmm..betapa Allah Maha Mendengar keluhan hamba2Nya... alhamdulillah rindu pada suara kedua-dua mereka sudah terubat.... namun, tidak lengkap andai hambaMu ini tidak menghadirkan rindunya padaMu...

lantas...ku kembali ke halaqah cintaNya dengan seulas senyuman......peace!! ^_^


:: tunaikan kewajipan pada ibubapa, jgn lupa kewajipan pada Pencipta ibu bapa ::

suatu kisah...


posted by radhiahsyahida

No comments

salam kedamaian buat kalian....di pagi yang sgt damai di bumi berNILAI ini...ingin sekali ana kongsikan 1 cerita yg sgt memberi pengajaran terutama kpd kita kaum hawa..insyaAllah..sama2 kita mengambil iktibar dan pengajaran...semoga kisah yang ringkas tp padat dan bermakna ini dpt memandu kita ke jalan yg lurus... ~ihdina sirotol mustaqim

Sesuatu yang cukup menarik di dalam majalah manar Islam keluaran terbaru tentang citer bagaimana seorang gadis iskandariah menaiki mikrobas (bas kecil) atau bas mini untuk menuju ke sebuah destinasi di dalam wilayah iskandariah

Pakaiannya agak keterlaluan dan menjolokkan mata bagi setiap pandangan manusia. umurnya dalam lingkungan 20 tahun.
Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di tempat duduk di sebelah pintu mikrobas, seorang tua yang rambutnya telah dipenuhi uban menegurnya.....

“ Wahai pemudi... alangkah baiknya jika kamu berpakaian dengan pakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu....daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar lelaki..”

Lalu gadis itu menjawab.... “siapakah kamu hai orang tua? apakah di tangan kamu ada anak kunci atau sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

-astaghfirullahal’azim….

Lalu dia ketawa mengejek panjang. Lantas cuba memberikan handphonenya kepada si tua itu sambil berkata.....

"ambil handphoneku ini dan hubungilah ALLAH SWT serta tolong tempahkan sebuah bilik di jahannam untukku.." lantas ketawa lagi..

Si tua dan penumpang2 bas itu terdiam. Mereka tak menghiraukan lagi kerenah gadis yang tak mengetahui hukum hakam itu. 10 minit kemudian mikrobas itu sampai ke perhentian... lalu penumpang mula mengejutkan gadis tersebut yang tertidur di muka pintu mikrobas.. puas di kejutkan, gadis tersebut tetap tidak sedarkan diri....rupa-rupanya dia telah pulang menemui Tuhannya dalam keadaan yang tak disangka2. Para penumpang hanya menggelengkan kepala sambil beristighfar kepadaNYA
petikan dari Manar Islam Jumadal Awwal...nihayat fatat el-sekenadari..pengakhiran hidup gadis iskandariah

begitulah sedikit coretan sebagai muhasabah untuk diri kita sendiri... ingin di bawa ke mana segala keangkuhan kita itu??....hingga terlupa bahawa apa yang kita ada pada hari ini bukanlah hak mutlak kita semata2...bangkitlah kita dari lena yang panjang!!...semoga hidayah Allah tak serik mengunjungi hamba-hambaNYa...insyaAllah..^_^

:: 'aabidatullah fil ardh ::

...matlamatku...


posted by radhiahsyahida

No comments


salam mujahadah fillah....buat mereka yang tak jemu2 berjuang di landasan ini hnya krnMu Rabb...


nahmadu lillahi Rabbil 'Alamin 'alal yusr ba'dal 'usr...tak kusangka...tak kuduga rupenya dah setahun lebih ku bersemadi di lembah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ini....hari ni merupakan hari pertamaku menatap ilmu2 Allah untuk sem 1 / 2nd year..huhu...dah jadi senior la ni...dh nmpak muke2 ke'senior'an dikalangan students 2nd year ni...hehe..apepun perubahan yang berlaku pada kita semua, pastikan hadaf utama belajar lillahi taala takkan bergoyah insyaAllah...jangan lupa pada harapan ibu bapa yang menggunung di rumah....semoga kita semua dapat menjadi qudwah dan sumber inspirasi buat adik-adik yang masih cuba mengenal erti sebuah kehidupan...beiznillah...^_^


hmm..mengenangkan sem baru ni...bebananku sedikit bertambah..semoga core courses [ nahwul 'arobi + sorful 'arobi + asalibul kitabah + intro 2 Human Science + Compt1 ] yang bakal ku tempuhi ini dpt mematangkan lagi diriku... "Ya Illahi...tabahkan hati,kuatkan diri...dakaplah aku dengan rahmahMu yg x pernah berkesudahan...ameen"


syukran lil ustaz maad wa ustazah mazlina 'ala nasihatukuma...memg benar2 bersemangat kami ingin meneruskan mujahadah ini...yeye...!! ^_^


p/s: thanx djah 4 ur help...hehhe..peace!


:: sabar atas ujian,pastikan senang kemudian ::

....pesan ini....


posted by radhiahsyahida

1 comment

TOLONG SAMPAIKAN HAJATKU PADA SI DIA YG KU CINTAI SEPENUH HATI KU INI .

"Tolong sampaikan pada si dia!
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
Moga kita sama-sama mengislahkan diri kerna yang pasti kita pasti ketemu Rabbana
cintaNya itu yang pasti...
:: asytaaqu biRafiiqil 'ala ::

taaruf week IIUM


posted by radhiahsyahida

No comments


salam seindah suria pagi buat kalian yang bergelar sahabat...sudah lama agaknya ana tak mencoret dalam blog ni...almaklumlah dh sminggu asyik sibuk ngan ta'aruf week je....hehhe...apepun pgalaman menjadi committee 4 taaruf week ni amat2 la berguna untuk memandu diriku ini kearah kebaikan...beiznillah

masing2 menumpukan kpd kerja..xsempat nk posing..hehhe


alhamdulillah...before taaruf week tu...geng2 kami (registration la..hehhe) berjaya menyiapkan taaruf kit sbyak 1600 unit dari petang hngga malam...syukran lillah..kesian 1st year students,beg2 kali ni nmpaknye cm kureng b'kualiti je...apepun,smg sgala kecacatan dan ksilapan pd tahun ini dpt diubah untuk event seterusnya...n moga2 masing dpt mengambil iktibar ats ape yg terjadi...k?

...jilul lughatil 'arobiah,Allahu yubarik 'alaina...


'ala ma'alumatik,taaruf week ni bermula dr 10-14 june 2008...mule2 tu,of course la registration day kn...hehhe..kelam kbut sket la kami time tu...mgkn dsebabkn bbrpa ksilpn yg kurg disedari...insyaAllah akn dprbetulkan untuk yg akan datang... 'ala kulli hal...i'm proud to arif and alyaa to lead us for everything...don't care about all ea...we'll always support both of you...only we know what we did...!

:: saf registration bureau committee ::

hmm..ape lg nk habaq ea..ha...tak lupa jazakallah li akh faris 'ala to'amil qolb... skalung tahniah jugak kat ikhwah BAR ni...nmpaknya antum mantap2..alhamdulillah...teruskan perjuangan kita dengan barakah dan redha drNya...

santapan minda dr kump kashfi and madani masa cultural night...

ngan Hawa Omari and Oulfa..

last but not least,
sahabatku sekalian,ape saja yang kita semua lakukan...sehebat mana pun event yang kita rancang..sama2 lah kita ingat dan muhasabah bahawa kita hanya merancang dan Allah swt juga turut merancang...namun ingatlah! se'gah' manapun perancangan kita, perancangan Allah itulah yang paling utama...se lagi, semoga kita semua dapat mengambil iktibar atas segala yg berlaku spnjg m'handle' taaruf week ni...phm2 sendiri la ye..sume dh besar...jgn lupe sgala pesanan yg diberikan oleh madam and our great manager,bro.azharul amin....kita semua 1 family ^_^
semoga ukhuwwah ini berkekalan.........ameen


:: hanya padaMU ::

lelaki yang ditarik wanita ke neraka


posted by radhiahsyahida

No comments

salam kedamaian buat sahabat-sahabat sekalian....tiada apa yang nk dicelotehkan sangat malam ni...almaklum baru balik dari PJ kena urus taaruf kit..huuu~ nak kata letih tu dop la sgt tapi penat la jgk..kui3...dop same kan...??
hmm..duk saje-saje ni tringat plak pada satu risalah yg pernah dhiah baca..risalah ni pernah je dhiah share kt multiply dulu..tp ape slhnya share kat sini jgk kn...ilmu ni kalu dop kongsi n amalkan nk wat ape lagi....semoga ia nya dapat dijadikan iktibar buat semua..insya Allah...actually..nd ni bukannya utk kaum adam saje,kaum hawa jugk musti amek tau pasal ni agar hidup ni tak lari dr landasan yang lurus...ameen

lelaki yang ditarik wanita ke neraka....na'uzubillah min zalik...

Ayah

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

Suami

Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Abang

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM…Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Anak Lelaki

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak…nantikan tarikan ibunya.

Kepada golongan lelaki, cuba lah sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kalian.

Kepada golongan wanita, sama-sama lah meringankan bebanan yang ditanggung oleh golongan lelaki.Bukankah kita diciptakan untuk sama-sama membantu dan nasihat-menasihati??
:: sayap kiri ::

perjuangan mesti diteruskan


posted by radhiahsyahida

No comments

assalamualaikum sahabat yang dikasihi kerana Allah.....

pertemuan kita kembali bersatu di alam teknologi ini..
alhamdulillah...syukran lillahi rabbil 'alamin....akhirnya misi untuk menyebar ilmu masih dapat kuteruskan....hmm..kalau diikutkan blog ini bukanlah laman pertama bagi ana berkongsi pengalaman suka duka serta ilmu dunia dan akhirat...sebelum ni,ana dah join multiply pun tapi melihatkan blog ini lebih menarik..hatiku menarik-narik tangannya untuk menjelajahi blogger ini...wah..bukan sekadar jelajah,malahan tangan ciptaan Allah ini dah mula nak melakar satu lagi wasilah tarbiah terutamanya untuk empunya blog sendiri...hehhe...peace!

ntahla..malam ni pun sebenarnya tak terfikir pun nak menitip kalam ape for my 1st post ni....ikutkan hati banyak je kalam bisu ni nak berbicara tapi dah banyak sgt berfikir hari ni (fikir nd dop au...kui3 :) inilah akibat ke'boring'an duk kat bilik...huhhu...sahabat-sahabat lain semua dah pulang ke kg halaman masing2...tringat plop ecah kate "ha..sape suh jd committe taaruf week..." jawab dhiah plop "saje...nak tambah pengalaman...hehhe..peace! inilah akibat nak tambah pengalaman...~orang kate pengalaman mematangkan seseorg (orang kate la....) apepun ana takkan berganjak dari hadaf yg satu ni....masyarakat trg,jgn rindukan daku...kui3...kekgi balik ah....

duk kelek file ni je sokmo lening....


apepun..kuharapkan setiap langkah ini sentiasa di atas jalan yang lurus...sama-sama kita doakan agar matlamat dan halatuju kita semua diberkati yang maha Esa...akhirul kalam minni....salam ukhuwwah fillah...kita bertemu dan berpisah hanya kerana-NYa...
:: sesuci embun pagi ::

[fellow followers]