Cerdasnya orang yang beriman adalah dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat yang sekajap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup…
Pertama, Tahajjud
Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua, membaca Al-Quran sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh
Sebelum malangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan mu’adzin tetapi panggilan ALLAH yang mencari orang yang beriman untuk memakmurkan masjid ALLAH.
Keempat, jaga solat dhuha.
Ini adalah kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima, jaga sedekah setiap hari
ALLAH menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat ALLAH selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam, jaga wudhuk terus menerus
Kerana ALLAH menyayangi hamba yang berwudhuk. Menurut kata khalifah Ali bin Abu Talib,” orang yang selalu berwudhuk sentiasa akan merasa selalu solat walau pun ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa iaitu ampunilah dosa dan sayangilah dia ya ALLAH..”
Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat
Dengan beristighfar, segala masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh ALLAH.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada ALLAH. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu setiap waktu kita harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran islam lainnya.
Post a Comment