terima ke??..insyaAllah..


posted by radhiahsyahida

No comments


Alhamdulillah..selawat dan salam ke atas kekasih Allah

Sempena midbreak ni, sempat ana menghabiskan 1 novel motivasi+agama yang berjudul ‘Aku Terima Nikahnya’ by Us. Hasrizal b. Abd Jamil a.k.a Abusaif yang begitu terkesan dalam diri ini dan amat2 berguna terutamanya buat sahabat-sahabat seangkatan denganku…~tak rugi bagi yang memiliki…insyaAllah

Sedikit coretan yang sempat di ambil dari penulisan beliau untuk dikongsikan bersama, moga-moga ia dapat memberi manafaat..insyaAllah….

“pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan sms?”

….Kpd adk2 remaja, khususnya mereka yg berada di bangku menara gading, jauhilah maksiat bercouple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kpd Allah bahawa kalian amat berani menderhakai Allah. Rumah tangga dibina bukan sahaja dibina atas dasar cinta, tetapi juga pada saling mempercayai. Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan??.... pg 12

….Namun, bagi pasangan yang berkenalan di sekolah men. atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun, mereka masih belum berumah tangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya proses itu berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja 1 perasaan pelik akan datang dan dengan mudah mereka akan memutuskan hubungan tersebut.Jemu, itu sahaja! Pg 16

….Sebab itulah saya sering memberi dorongan kpd adik2 bahawa, kita tidak perlu memulakan hubungan jika dalam masa terdekat, tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan….. pg 17

Sabda Rasulullah s.a.w: “ Apabila datang khitbah(lamaran) kepadamu seseorang yang kamu redha agamanya dan akhlaknya, maka kahwinlah. Jika tidak kamu laksanakan, maka akan timbul fitnah di muka bumi atas kerosakan yang luas” Riwayat Tirmizi

Cinta yg sebenar ialah cinta yg ada ‘sense of begin with the end of mind’

“Tidak masuk syurga bagi sesiapa yang didalam hatinya ada sebesar zarah sekalipun sifat ego.” Riwayat Muslim

nak tau lebih lanjut, dapatkan buku ni ea..!! eish,promote lak..hehe..takpe2..promote untuk kebaikan ummah..insyaAllah...

:: Qobiltu..^_~ ::

[fellow followers]