Archive for November 2008

hakikat itu memang membahagiakan (^_~)


posted by radhiahsyahida

No comments

sambungan dari Hakikat Bahagia III
untuk mendapatkan bacaan yang lebih jelas, sila press ctrl dan + secara serentak =)

malam itu


" betapa sukarnya menyusun bicara..meluahkan rasa..menuturkan sayang..kasih yang terlimpah..hanya sekadar tinggal...."

humaira asyik di meja study mendengar lagu kegemarannya dalam program carta nasyid radio IKIM itu. memang tiap2 minggu, mesti dia tak ketinggalan menjadi salah seorang pendengar setia celoteh ustaz Irwan.
" amboi...dah naik 1 anak tangga lagu favourite die ye..suke la tuu" raihana yang baru siap menjemur kain di ampaian menyapa humaira yang sedang khusyuk membuat assignment yang di beri oleh madam Razlina petang semalam.
" mestila..org suke sangat2 tau lagu lafaz yang tersimpan ni..cube rai hayati betul2 lirik lagu tu..mendalam maksudnya..lagipun,bila dengar lagu ni..boleh jugak jadi pengubat rindu ya kat arwah ummi..hihi.." selamba humaira melontarkan perasaan hatinya. kagum benar raihana dengan temannya yang begitu tabah dengan pemergian umminya 2 tahun lalu itu.
" ha'ah la kan..tapi lafaz ya kat arwah ummi tak tersimpan kan? alhamdulillah..bertuah arwah ummi dapat anak yang solehah macam ya ni kan? dah la berkawan plak ngan orang yang cute macam rai ni..hehe..kan..kan?" raihana cuba mengusik kawannya.
" elele..nak masuk boat jugak die ni...ye la, cute..comel..cun..cantik..wah 4C tu..mesti influenced by nurul humaira mohd hazim kan? " humaira cuba membalas balik.
" ha..dah start dah..udah2 le tu cik ya..den nak wat kerja plak ni. awak tu, siapkan assignment cepat! " raihana berlagak memberi arahan.
" ye madam...baikkk!" tergelak mereka berdua. sedikit demi sedikit bisa menanggalkan sendu yang berbekam di hati raihana.

" hmm..baik aku setelkan hal tadi " note pad yang terletak di atas rak dicapainya, halaman kedua diselak. lantas mata penanya mula rancak meluahkan bicara hati. bicara yang perlu diselesaikan seberapa segera yang mungkin agar bunga-bunga di taman hatinya itu kembang mekar kembali.

assalamualaikum wm wbt

bro. hakeem,
pertamanya maaf andai surat ini berkunjung tidak tepat pada masanya..juga terima kasih atas lamaran yang tak terduga dek akal saya petang tadi.
sebenarnya, untuk perkara2 yang baik ni, saya tak ingin nak panjangkan bicara..melalui kak amalina, saya tau awak berniat baik untuk menjaga syariat islam dengan niat untuk membina bait almuslim..tapi, bila mana cinta yang Hakiki belum lagi saya nikmati dengan rasa tenang dan puas, mana mungkin saya bisa menerima cinta seorang makhluk..

maafkan saya..
mungkin bukan saya sayap kiri yang Allah swt telah ciptakan untuk awak.. saya masih seorang hamba yang begitu dahagakan cinta Allah..bukan saya menolak cinta manusia..tapi, sekarang ini bukan lagi masanya. semoga awak faham.

saya tahu seorang lelaki beriman seperti awak akan memilih bakal zaujahnya juga kerana iman.. andai niat awak untuk mendirikan masjid ini kerana Allah, saya rasa ade seorg ukht yang mungkin sesuai untuk awak, insya Allah. maklumatnya ade pada kak amalina.

semoga niat yang ikhlas kerana Allah bakal mendapat pemerhatian dan perlindunganNya..ameen

Allahu'alam

sis. Nik Raihana bt Nik Mohd Hisham
09.50 pm
24 November 2006


............................................................................

6 bulan berlalu

seseorang sedang memerhatikan raihana yang sedang melayan perasaanya di taman. Niat asalnya untuk bersiar-siar bersama humaira terbantut apabila dia tibe2 mendapat ziarah mengejut dari keluarga bakal suaminya. sedang memerhatikan keindahan alam maha agung kuasa sang Pencipta, dia merasakan gerak-gerinya turut diperhatikan. dari jauh, dia ternampak seseorang memandangnya dengan pandangan sayu. tapi, wajah itu kabur dek pandangan matanya..raihana memberanikan diri mengikuti jejak itu..tibe2, dia merasakan bahunya ditepuk.. " rai..rai..bangunlah..ckp nak qiam semalam." humaira mengejutnya dari mimpi itu. "ya Allah..aku mimpi lagi.." dia meraup mukanya sambil mengingati apa yg telah berlaku.bingung raihana memikirkan mimpinya yang pelik itu..sejak 2,3 minggu ni..dia asyik bermimpikan perkara yang sama. " petunjuk apakah ini ya Allah?" raihana lantas bangkit.

malam itu, sekali lagi manik-manik jernih tumpas mewarnai pipinya. raihana merasakan ruhnya akrab sekali dengan sang pencipta..dia girang mengadu segala cerita hati yang terselindung di lubuk yang dalam itu..jauh dari santapan mata manusia..segalanya terlahar bersaksikan rembulan dan bintang-bintang yang tenang menemaninya saban malam.


............................................................................

10 jun 2007

" amboi...awalnya mak cik raihana bersiap nak pergi tesco..bersemangat betul rai eh.biasanya orang yg tunggu dia. ade ape2 ke cik rai? "
" mesti la..orang kan nak pergi dating hari ni.." raihana buat2 muka serius. padahal dalam hati nak tergelak je rase..bukannya dia pernah dating pun sebelum ni even kat dalam campus sendiri.
" orait gak idea tu kan, hee..tak sabar nak pergi..bleh dating ngan mamat2 bangla yg kerja kat sana kan? "
" ewah2..lebih2 plak dia...nak letak kat mane en.hakeem tu syg? 2 bulan lagi tau.. dh2..cepat bersiap, nanti terlepas bus plak kan."
" en. hakeem letak kat kerusi la..hehe..ye la mak bos..nak siap dah pun ni.." humaira cepat- cepat menyarungkan sandalnya.

" ramai jugak eh students uia outing ari ni...almaklumlah awal2 sem.."
" cakap kat orang plak..yg kita ni tak gi outing? " raihana membalas kata-kata humaira.
" kita outing sebab nak beli barang tutttttt..hehe..tu kes lain "
" iye2 je cik kak ni..ye la demi mu sahabatku yg bucuk..akanku patuhi segala pemintaanmu cyg.. " raihana berlagak romantik.

" assalamualaikum...kak rai, kak ya " tibe2 mereka di sapa dari belakang
" waalaikumussalam" serentak humaira dan raihana menjawab.
" la..kamu rupenye izzah..akak ingatkan siapa la yg tegur kami yang famous ni..hehe " humaira mengusik izzah nadhirah, junior yang tinggal selang beberapa bilik dari bilik mereka.
" tu la kak ya, awat famous sangat..dari jauh lagi dah nampak..segak kak ya ngan kak rai hari ni " izzah membalas dengan loghat utaranya yang pekat itu.
" amboi hang, puji2 ni ade makna ke ? hang mai sorang2 ka? " rai cube mengajuk loghat kedah yang tak berapa menjadi.
" tak eh.. cheq mai ngan angoh tadi..tak tau dia pi mana..ok la, cheq pi dulu na..kan sesat angoh nanti..tak dok orang nak bayaq barang cheq beli ni..hehe.."
" ok...jumpa lagi na..assalamualaikum "
" waalaikumussalam "

........................................................................

" hoi! buta ke ape? kau tak nampak ke barang2 aku ni? "
" maafkan saya, saya tak sengaja tadi " jawab seorang pemuda yang tidak jauh dari mereka. rupa-rupanya pemuda itu terlanggar seorang lelaki yang berada di situ dan menyebabkan beberapa barangnya jatuh.
" apa maaf- maaf? kalau dah tau kaki kau tu tempang, jalanlah elok2..jangan jalan ikut kepala lutut kau tu!! " biadap lelaki berusia 30-an itu menjawab.
" encik, saya betul2 tak sengaja tadi..saya mintak maaf sekali lagi" pemuda itu cuba mengutip barang-barang lelaki yang bertaburan itu.
" argh! bak sini barang aku! " tanpa mengucapkan terima kasih, lelaki itu berlalu dengan angkuh meninggalkan pemuda tadi.

adegan yang berlaku secara spontan tidak beberapa jauh dari raihana dan humaira..terpana mereka menyaksikan adegan yang menyakitkan mata itu. mata raihana masih tidak berganjak..ade sesuatu yang menarik-narik hatinya dengan adegan sebentar tadi..hatinya tibe-tibe gelisah..fikirannya melayang mengingatkan sesuatu yang terasa dekat dengan jiwanya.

tibe-tibe...

" angoh, angoh pi mana tadi? awat ni? " izzah terkejut dengan abangnya yang terkial-kial mancari sesuatu.
" tak dok papo eh...angoh terlanggak orang tadi...saloh angoh jugak, tak tengok depan..." saiful cuba menyembunyikan perasaan hatinya.
" betui ni? risau adik cari angoh tak jumpo tadi.." izzah meluahkan kebimbangannya.
" ingat angoh budak kecik ko apo nak risau..dah siap pilih barang ka? meh pi bayaq...." saiful mengangkat sebelah tongkatnya yang terjatuh tadi dan terus berlalu bersama adik bongsunya itu.

raihana bertambah kaget dengan adegan yang baru sahaja berlaku di depan matanya itu..itukah angah izzah yang dimaksudkannya sebentar tadi? pemuda yang begitu tenang hatinya menghadapi kerenah manusia, tabah dengan penghinaan yang baginya amat menyakitkan. sukarnya dapat menyaksikan keindahan sikap seperti itu pada zaman sekarang. Raihana memendam rasa...

..........................................................................

11 jun 2007

" ya...org nak mintak tolong sket bleh? " kebisuan bilik 2-3-8 dipecah dengan pertanyaan raihana.
" boleh...insya Allah. maa? " humaira memalingkan wajah ke arah raihana yang sedang melipat baju di atas katilnya.
" em...camni.............................." raihana memulakan bicara sambil menunjukkan sehelai kertas kepada humaira.

selepas membaca kertas itu..

" okey..esok jugak bakal puan humaira akan bertindak! hehe " humaira mengenyitkan matanya tanda nakal.
" thanx ya, semoga Allah membalas jasa baik kawan rai yang cun ni.." raihana membalas dengan senyuman tanda lega...
"semoga Allah mempermudahkan segala-galanya.." bisik raihana di dalam hatinya.


..........................................................................

natijah telah ditemui, hanya tinggal pelaksanaannya sahaja.."ya Allah, bantulah setiap langkah hambaMu yang sedia lemah ini". dengan berbekalkan maklumat yang diperolehi dari izzah melalui pertolongan humaira, raihana mula mengorak langkah..pena di atur dengan penuh berhati- hati..agar niatnya tidak disalah erti.

assalamualaikum wm wbt.

ketenangan hanya bisa terpancar oleh manusia yang hatinya itu dekat padaNya

saudara saiful..
semoga warkah ini dinilai seadil-adilnya..maaf kiranya saya melanggar adat. tetapi insya Allah syariat itu masih dijunjung tinggi.

salahkah seorang manusia biasa itu andai suatu perasaan indah telah singgah di hatinya? perasaan yang suci sebagaimana Allah ciptakan buat nabi Adam a.s untuk Hawa juga buat Rasulullah s.a.w. untuk Ummul Mukminin. Dan itulah juga yang diciptakan oleh Allah untuk saya, hambanya yang lemah. Dan salahkah jika kata hati saya mengiakan bahawa awaklah sayap kanan yang dicipta Allah untuk melindungi sepanjang perjalanan hidup saya?

setiap manusia tidak lari dari kelemahan.. baik yang disedari ataupun tidak..begitu juga dengan saya dan awak..semoga ketenangan yang terpancar dari diri awak bisa melengkapi kelemahan yang ada pada diri saya. jika itu bisa terjadi...

cinta manusia yang mencintai Allah bisa dimiliki oleh manusia yang mencintai Allah melebihi cintaNya kepada manusia yang mencintai Allah dari segenap ruang hidupnya. sukarnya mencarinya, tetapi insya Allah kita bisa untuk menjadinya. jika itu bisa terjadi...

semoga mengerti..agar nafsu tidak menguasai diri.

Nik Raihana bt Nik Mohd Hisham
IIUM, Gombak.


.........................................................................

20 julai 2008

malam ini,
sekali lagi hati ini terusik pilu,
pilu yang mendamaikan,
pilu yang begitu syahdu,
terima kasih teman abadan,
hadirmu bukan sekadar teman,
hadirmu bukan sekadar rakan,
tetapi pelengkap kepada kekurangan,
pengorbananmu yang tiada bertepi,
demi kebahagiaan hati yang tak pernah puas,
kau korbankan segalanya,
mengizinkanku untuk memiliki dia,
cukup besar pengorbananmu,
dengan memberiku kasih sayang dari seorang lagi insan
yang bergelar perempuan,
semoga dia bakal mewarisi akhlakmu,
sebagai puteri yang dipenuhi cahaya keimanan..

Saiful Aliff b. Zahari
10.40 pm

diarinya itu ditutup kemas. saiful berpaling ke arah katil di hujung biliknya. tongkat yang disandarkannya pada kerusi itu digapainya ke sisi.. saiful lantas bangun menuju ke arah Ameera Nurul Iman bt. Saiful Aliff..bayi yang baru berusia 2 minggu itu dipangku dan dicium dengan penuh kasih sayang..

" ya Allah, hidupku kini telah sempurna dilengkapi.semoga aku bisa menjaga Raihana dan Iman sebaik-baiknya..inilah amanah Allah untukku..Robbana hablana min azwajina wazurriyaatina qurrata a'yun..wa ja'alna lilmuttaqiina imamaa.."

=TAMMAT=

rasyaqiera22@yahoo.com
kholas fi sa'ah 11.04 pm
27 november 2008

hakikat bahagia III


posted by radhiahsyahida

No comments

sambungan dari hakikat bahagia II
* untuk mdapatkan bacaan yg lebih jelas, sile press ctrl dan + scr serentak..=)

selepas study circle

5.38 pm

" emm..rai, petang esok rai ade kat bilik tak?" tanya kak Amalina, pelajar jurusan TASL merangkap naqibah usrahnya.
" petang esok?? insyaAllah ade kot. kenapa kak na?"

" oo..insya Allah, petang esok akak ingat nak ziarah rai..sebenarnya akak ade hal sket..tapi esok je la eh? boleh tak?"

" la kak na ni, ape plak tak bolehnya..tu..pintu bilik rai tu terbuka luas utk kak na tau..air bujang pun ade lagi..hehe" raihana cuba bersoloroh.
" ok la mcm tu, kite jumpe esok ye...thanx rai..jangan lupe buat air best2..assalamualaikum" kak na cuba membalas sambil mengenyitkan matanya yang bundar itu.
" waalaikumussalam kak na comey.."
masing2 meneruskan destinasi sendiri.

hm...abah! tibe2 fikiran raihana terarah kepada tujuan semalam. lantas hp sony ericson k530i miliknya itu dicapai. beri aku kekuatan ya Allah!
" Assalamualaikum abah...apa khabar semua kat rumah?
" waalaikumussalam...ha along, panjang umur...baru mama sebut nama along tadi..alhamdulillah kami sihat je kat sini..study macam mane?ok?"
"
alhamdulillah, stakat ni ok je..emm..bah, pasal hari tu...em..sebenarnye...along nak mintak maaf sgt kat abah dan mama...along mintak ampun..along tak dapat terima lamaran abang azrai.. " raihana tidak dapat menahan sebak lagi..nasib baik ketika itu dia sudah sampai di hadapan biliknya.
" along dah fikir masak2 ke sebelum buat keputusan ni?"
suara abah masih lagi tenang walaupun raihana tahu abahnya agak terkilan mendengar keputusannya itu.
" ye bah.. along rasa abang azrai bukan jodoh utk along...along dah mintak petunjuk Allah..maafkan along ye bah..along dah hampakan abah"
bertalu-talu raihana meminta maaf dari abahnya. perasaan bersalah terus menguasai diri namun petunjuk Allah semalam telah menidakkan segalanya.

semalam, selepas solat istikharah..di dalam mimpinya raihana melihat sendiri begitu banyak ular dan kala jengking di hadapannya..ketika itu, muncul pula wajah abang azrai yang hanya memandangya dari jauh..begitu jauh.


jelas! tanpa berpaling lagi dia mengambil keputusan itu..mungkin bisa menyakiti hati dan perasaan sesiapa tetapi raihana rela dan terpaksa...baginya, petunjuk dari Allah itu yang paling utama.

"
Along jangan la cakap macam tu..abah dan mama tak pernah paksa along..kami pun nak along bahagia dengan cara along. jangan bimbang, insya Allah, nanti abah akan cakap baik2 dengan pak cik manan ye..along rehatlah dulu." seperti biasa, abah tidak pernah berkeras dengannya dan adik2 nya yang lain...berkat didikan abah dan mamalah yang membuatkan raihana dan adik2 nya begitu hormat dan sayang kepada mereka. Abah dan mama yang tidak pernah putus mendidik mereka untuk sentiasa bergantung harap kepada Allah s.w.t
" terima kasih bah sebab faham keadaan along..abah pun jaga diri.kirim salam kat mama,angah dan adik..assalamualaikum"
" along pun sama..yang penting..jaga diri, iman dan amal.ade ape2 call abah..waalaikumussalam"
seperti biasa, itu lah pesanan yang tak lekang dari seorang insan yang bergelar abah..raihana berteleku di hujung katil.

.........................................................

Mahalah Halimah
2-3-8

" hmm..lambatnya kak na datang, dah pukul 5.30 ptg ni..cik ya sorang ni plak entah ke mana2 tak balik2 lagi.."
bebel raihana sambil memandang ke arah jam tangan kesayangannya itu. "boring la plak duk sorang2 kat bilik ni.." raihana memandang sekeliling biliknya yang baru siap dikemas..ha..hari2 dalam hidupku!!..tiba2 matanya tertancap ke arah buku karya Zainab al-Ghazali itu.. bila lah nak khatam ni..baik aku baca...lantas raihana terus menggapai buku berwarna purple itu...detik semakin berlalu..dia terus hanyut dalam pembacaannya...

"Assalamualaikum...rai...assalamualaikum.."
" ye..ye..waalaikumussalam..kak na ye? masuklah.."
buku ditangannya itu diletakkan di tepi bantal.
"apa khabar adik akak hari ni? lantas tangan mereka berpaut, pipi mereka bertaut..seutuh ikatan tasbih..bersatu kerana mengingatiNya yang maha Esa..
"alhamdulillah..macam ni la..macam kak na jugak tak gemuk2 lagi..hihi" raihana berseloroh sambil memeluk naqibahnya itu...
"ee...nakal eh adik akak..mane air bujang nye? cakap nk buat best2 untuk akak." amalina cuba membalas..
" tu ha...dah terhidang pun ats meja..nak tunggu tuan dia minum je..hehe..kak, de hal ape kak na nak bagitau semalam?"
"emm..hal tu agak penting la jugak..rai jangan terkejut tau.."
amalina memulakan bicara sambil buat2 muke suspen
" yela2..cepat la kak..berdebar rai ni..kut2 la rai ade buat salah...kena kompaun ke..huhu..nauzubillah min zalik"
"ha..tau berdebar..ade wat salah ee?hehe..rai ni..takde la, akak main-main je..hmm..hal ni lebih besar dari kompaun tu la rai..sebenarnya macam ni..rai kenal kan bro hakeem, Presiden PERKIM tu? hmm..akak diamanahkan untuk jadi org tengah dia, sebenarnya...em.. bro. hakeem tu nak lamar rai sebagai zaujahnya..."

seperti terlepas mulut buaya termasuk mulut singa...raihana terkedu lagi mendengar perkhabaran itu..hatinya yang baru mulai tenang kini bergolak lagi..ujian apakah lagi yang menimpanya ini...bukan dia tidak senang dengan hal2 seperti itu tetapi ade sesuatu yang menghalangnya untuk mengiyakan syariat islam yang sangat suci itu..sesuatu yang pasti disebalik perjalanan fantasinya, tetapi dia sendiri keliru dengan kata hati yang sering berbisik itu..

raihana cuba menenangkan dirinya.."aku mesti kuat! ya Allah, bantu aku!" lantas dia teringat dengan sepotong ayat dari surah al-baqarah ayat 286
" sesungguhnya Allah swt tidak akan membebani seseorang hambaNya itu melainkan apa yang terdaya baginya "


"akak, rai ucapkan terima kasih banyak2 atas pertolongan akak.insya Allah rai dah punya keputusan, tapi bukan sekarang..esok, segala-galanya akan rai khabarkan melalui surat kepada dia..maaf ye kak na sebab dah nyusahkan akak"

" ala rai ni...kak na tak kisah pun. ni kan tanggungjawab akak untuk sampaikan amanah orang. lagipun.. bro hakeem tu kan ketua akak. dia tahu yang rai ni ahli usrah akak..sebab tu dia mintak tolong sampaikan niat baik dia ni..mungkin dia tak nak timbul zina hati dan menjaga syariat agama kita. sebab tu, dia nak tamatkan zaman bujangnya cepat2..
"hmm..ok la..rai pun dah yakin dgn keputusan rai ni..tapi esok lah ye.."
raihana mengenyitkan matanya...tapi di dalam hatinya, hanya Allah yang tahu.

.................................................................

malam itu....

hmm..apekah yang berlaku malam itu?? benarkah 1 konflik bakal berlaku antara mereka? humaira+hakeem+raihana= mumkin am la? nantikan...ngee~ (*_*)

sila click disini ok..=)

* hakikat itu memang membahagiakan

hakikat bahagia II


posted by radhiahsyahida

2 comments

sambungan dari hakikat bahagia I

" kenapa bah?"
raihana terus menapak di sebelah mamanya.

" along, minggu lepas..kawan abah, pak cik manan tu ade datang rumah kita..along ingat tak anak pak cik manan yang tengah belajar kat australia tu? yang selalu datang rumah kita masa along kecik2 dulu tu.." abah memulakan bicara.. namun bicara itu bisa menggusarkan jiwa seorang anak yang bernama raihana.namun didiamkan sahaja.
" ingat kut..abg azrai kan..kenapa bah?
" ha'ah..sebenarnya..bulan depan azrai nak pulang ke malaysia.. pak cik manan bagitau kat abah, dia nak melamar along sebagai isterinya yang sah..sebenarnya azrai tu dah lama berkenan kat along..cuma dia nak tumpu pada pelajaran dulu sebelum ni.. sekarang, dia dah buat keputusan sebaik-baiknya..lagipun along pun tinggal setahun lagi kat UIA kan?" abah cuba menyakinkan..walaupun begitu, raihana merasakan dirinya seperti dihempap batu besar pabila mendengar bicara abah yang sangat dihormatinya itu.

mama di sebelah memegang erat tangan raihana..mama yang sedari dulu sangat memahami perasaan anak sulungnya itu seolah-olah dapat merasakan apa yang dirasai oleh raihana pada saat itu..namun, mungkin disebabkan oleh rasa hormat pada abah menyebabkan mama turut diam seribu bahasa.

raihana kelu..Ya Allah, maha berat ujian yang Kau timpakan pada ku di saat ini..kurniakan kekuatan untuk hambaMU yang sedia lemah ini" raihana bermonolog sendiri sambil memohon petunjuk dari Allah.

" along..abah tak berniat nak membebankan along untuk fikir pasal ni, tapi abah rase azrai tu seorang pemuda yang baik..lagipun abah tak sampai hati nak tolak permintaan dari pakcik manan tu...along faham kan?" abah seolah-olah memohon pengertian darinya.
"hmm..bah,ma,beri along masa utk fikir boleh? along perlu istikharah dulu sebelum bagi jawapan ni" raihana cuba berdalih walaupun dia tahu betapa besarnya harapan abah dan mama padanya untuk menerima lamaran itu.
" baiklah...abah dan mama tak kan memaksa along, kami bergantung penuh dengan keputusan along nanti...tapi...takpe la, along buat istikharah dulu ye.." begitulah abah..tetap seperti dulu. bagi abah, kebahagiaan anak-anak merupakan perkara paling utama dalam hidupnya. Mungkin keadaan menyebabkan abah tersepit untuk menyatakan perasaannya itu.
"terima kasih abah, mama" hatinya sebak berbaur serba salah mendengar berita yang baru disampaikan oleh abahnya itu. baginya, cinta untuk manusia bukan segala-segalanya. sebab itu, sejak dari bangku sekolah lagi dia cuba mengelakkan diri dari terjebak dengan budaya 'couple' ini. tanpa berkata apa-apa lagi, raihana terus meluru masuk ke biliknya. tanpa dia sedari, beberapa titis air putih mengalir di pipinya.. Argh!! aku keliru...perlukah aku terima lamaran abang azrai?? hatinya bermonolog lagi... hatinya sebak. air matanya semakin lebat persis hujan yang tidak henti-henti di luar rumahnya itu. bukan dia punya sesiapa, tetapi hati kecilnya tetap menidakkan lamaran itu..raihana semakin keliru..keliru dengan kata hatinya yang masih bisu.

...................................................

selesai fiqh talk
on the way

"rai..ya rase ya dah jumpa la calon suami impian ya...hehehe.." humaira tersengih seperti kebiasaan.
"ye ke? alhamdulillah... maknenye dapat makan nasi minyak free la tak lame lagi ek? siapa bakal zauj kawan rai ni ye? " raihana cuba mengacah humaira untuk memanjangkan bicara.
" hehe... tak de la..ya main2 je..tapi...bro.hakeem tu baik kan..dah la best student, presiden PERKIM CLUB plak tu.. untungla zaujah dia nanti" humaira cupa menyelindungkan perasaan hatinya itu..raihana tahu sahabatnya itu telah lama menyimpan perasaan terhadap MC talk yang mereka hadiri tadi. Mungkin disebabkan untuk menjaga syariat Islam, kepada raihana sajelah tempat dia meluahkan isi hati.
" yela2, rai doakan zaujah bro.hakeem tu nanti ialah sahabat baik rai..ameen" raihana cuba mengusik lagi..usikan manja yang tak putus2 di antara mereka berdua. Hanya mereka yang tahu, hanya mereka yang merasai, dan hanya mereka yang menghargai...indahnya dunia mereka berdua.

.......................................................

malam hari

" Ya Allah kuatkan aku! hanya kepadaMu aku berserah dan memohon petunjuk...Berilah aku kekuatan utk mendapatkan kebenaran..Kau ilhamkan kepada hambaMu yang lemah ini...."
titisan air jernih menyimbah lagi..Esok, akan dikhabarkan kepada abah dan mama tentang keputusannya itu..Sudah 3 kali dia memohon petunjuk dari Allah s.w.t. tentang lamaran abang azrai itu. Semoga Allah mengurniakan petunjuk kepadanya..doa Raihana di sudut hatinya kecilnya.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
.......................................................

alamak..bersambung lagi kut (^_*)

sila click disini ok..=)

* hakikat bahagia III

* hakikat itu memang membahagiakan

hakikat bahagia I


posted by radhiahsyahida

No comments


tok3..."assalamualaikum.."

"waalaikumussalam..ha..rai, baru ingat bilik ye..sampai ati rai tau..padahal dah janji ngan ya tadi.." humaira pura-pura merajuk.

"ala ya...sori la ek..bukan rai tak nak balik awal..tapi,tibe2 je ade meeting tadi...sori ye cayang." beberapa file di genggamannya di letakkan di atas meja studi. keletihan jelas tampak di sebalik raut wajah yang sentiasa tenang itu. "Nanti rai blanje kue tiaw kungfu makcik nak? " raihana cuba memujuk teman sebiliknya itu.
"hmm..kue tiaw kungfu makcik? iye ke rai? hehe.. mestila nak.. rizqun minallah..hihi best jugak merajuk ni kan? lantas humaira memeluk sahabat baiknya raihana. "caayanng rai tau.."
"ha..dah2..cayang2 ni jangan ade makne lain dah ler. ok la ya, rai nak bersihkan diri dulu ni..kita siap2 dulu, lepas solat maghrib nanti, kita turun cafe makcik ye.."

Begitulah kehidupan 2 sahabat baik ini.. bagi mereka, seindah ikatan yang terjalin ialah ikatan persahabatan..dan tidak sempurna ikatan mereka tanpa keikhlasan dan kasih sayang yang sejati. Raihana dah Humaira merupakan antara akhowat yang sama2 melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas menamatkan pengajian di Kolej Islam Sains Terengganu. Memang sejak di bangku sekolah lagi, mereka berazam untuk melangkahkan kaki ke taman ilmu dan budi itu.

5 tahun dulu..
dalam dorm as-syaimaa
5.00 pm

"rai, nanti rai nak further study kat mane? ya tengah confuse ni..tak tau nak pilih sama ada nak further kat UIA atau UM."
"hm..kalau ikutkan hati, rai memang nak apply kat UIA..tapi tak muktamad lagi, tunggu result keluar dulu la..ya pun jangan pening sangat fikirkan tau..yang penting buat istikharah.Allah kan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita"
"betul jugak cakap rai tu, k la..jom kita turun, petang ni sir khalil suruh bawak adik2 riadhah kat sekeliling blok akademik." begitulah Humaira yang begitu komited dengan amanah yang diberi sebagai ketua biro sukan dan rekreasi.
.............................................................................

suatu petang

pandangan raihana kabur...terasa gelap seluruh kawasan di sekelilingnya itu..tiba2, dia melihat kawasan tersebut dipenuhi dengan lubang seperti kawah2 besar, serta duri2 yang berselingkar di sekelilingnya. Raihana bingung. Kat mana aku ni? monolognya sendiri..di saat kecemasan menghadapi situasi aneh tersebut, tiba2 dia terasa seolah2 seseorang telah menariknya ke atas. Seseorang yang berpakaian putih..Arghh!!..Raihana menjerit kerana terkejut.
tiba2..Ya Allah, aku bermimpi rupanya...Astagfirullahal 'Azim..raihana beristighfar berulang2 kali..namun detik hatinya masih lagi terfikir..seolah cuba mengingati seseorang..."Ahh..biarkan la..mainan syaitan ni" raihana cuba mengingatkan dirinya.
..............................................................................

selepas tutorial

Ringtone handphone raihana berbunyi riang dengan irama nasyid Hakikat Bahagia dendangan kumpulan UNIC. tertera perkataan My Soul pada skrin hp tersebut.
" Assalamulaikum along..apa khabar?
" waalaikumussalam..alhamdulillah, along sihat je.Abah?ade ape call along ni bah?
"alhamdulillah..abah dan family semua sihat..along, weekend ni balik trg eh? abah ade hal sket nak bincang ngan along" nada abah yang selama ini suka bergurau tibe2 menjadi serius.seolah-olah ade hal yang sangat penting telah berlaku.
" ok la bah, nanti along terus pergi beli tiket" Raihana terus menjwab tanpa bertanyakan apa-apa. Dia pasti apa yang ingin dibincangkan oleh abahnya agak penting. Jarang benar abahnya serius seperti tadi.
" bagus la macam tu, ade ape2 hal call abah k..assalamualaikum"
"ye bah..waalaikumussalam"

"kenapa rai? macam hal serius je? rai ok tak ni?" humaira bertanya bertalu-talu selepas melihat sahabat baiknya itu diam terkelu selepas menjawab panggilan tersebut.
"ni..tibe2 abah suh balik rumah weekend ni..tak tau sebab ape..ya, teman rai bleh?
"ok2..jangan risau..nanti kita pulang sama2..jom pergi cari tiket dulu" begitu mudah humaira menghulurkan tangan menolong sahabatnya itu..bagi mereka, tiada guna andai kegembiraan melanda diri sendiri sahaja sedangkan seorang dari mereka di dalam kesedihan.

Taman Koinsaf, K.Trg
ruang tamu
9.00 pm

"along datang sini jap..mama dan abah ade hal nk bincang ngan along ni.." raihana yang baru melabuhkan diri di hadapan televisyen bersama angah dan adik selepas mengemas ruang makan tersentak dengan panggilan abahnya.

bersambung men.....

sila click di sini ok..=)

* hakikat bahagia II

* hakikat bahagia III
* hakikat itu memang membahagiakan

new mission..smg kita kuat ye teman


posted by radhiahsyahida

No comments

salamullahi 3alayk..

pengalaman hidup mengajar manusia erti ketabahan yang sebenaq..huhu..berfalsafah lak ye pagi ni..alhamdulillah..ku jejaki lagi dataran ini..moga2 semester ini membawa 1001 makna dalam mengejar de true life..

الاستماع والمحادثة...الأدب والنصوص..البلاغة..BMW..CCT
ini perjuanganku..ingat lagi tazkirah ustazah Mazlina utk 1st meeting..antunna blaja ni btulkan niat.Ingat..carilah ilmu utk membantu kita di dunia dan akhirat..ehem2..ustazah cakap kita ni punya keyakinan tinggi...sama2 kita buktikan ye teman..


ni ust maad tgh .... dengaq lagu arab
syukran jazeelan juga buat seorang teman yg byk membantu selama bertapak di bumi CFS ini..
"kuatkan persediaan fizikal,rohani dan mental untuk sem 2 ni.Gandakan semua jenis usaha yang baik..Jaga hati, sebab ilmu masuk ke hati n tinggal kat hati yang bersih..kalau tak,ilmu akan keluar balik..2 yang kita banyak lupa..Allahu a3lam,fi ri3ayatillah"

dalam lab time class istima3..kami 1st batch ma..hehe..

lastly..perkongsian utk teman yg juga ambil takhassus ni, aidhon min ukhtina khairunnisa..semoga kita K.U.A.T dan T.A.B.A.H..

Adab wannusus senang kalau hafal, ingat semua dan faham sebab semuanya fakta..kena banyak ingat syair,qosidah,nusus dll..Tuk Istima3 walmuhadathah..kena byk hafaz n amali,stiap minggu kena takallam arab kat depan kelas..Ada taqdim,munazoroh,hiwar,qissoh,tamsiliyyah&muqobalah. Tamsil tu 1 kelas, hiwar 2 org, taqdim sorg2, munazoroh 3-5 org, muqobalah 2-3 org. Muqobalah tu kite kna jumpa lecturer arab n interview beliau..rakam skali.lepas tu. taip skrip interview n copy kat cd. PAS tu, Balaghah plak kna faham & ade assigment, taqdim. BMW kna faham konsep dan teori.Ade amali-research..carrymark 70.final 30..de Last..CCT kena byk ingat konsep dan fakta..soalannya byk KBKK dan fakta.

:: moga ALLAH tak lekang merahmati kita..ameen ::

best wishes untuk kakok..


posted by radhiahsyahida

No comments

salamullahi 3alayk..


hmm..dah lame kot x mencoret kat sini..niat di hati nak berehat la sbetor memandangkan sem baru dah bermula..letih muet pun x hilang lagi.. tapi, pagi tadi tak semena2, ade 1 number calling.."biar btul makcik ni, nak call org pagi2 gini" huh..rupanya dapat free call 7 hari...patut pom~
dah la siap buat request lagi..yela kakok, demimu kuturutkan..~adik yg soleh(ah) katekan..=p


marko+tat+.........

First and foremost,,,
SANAH HELWAH ILA UKHTIEL MAHBUBAH
*SITI MARDHIYAH SYAHIDA BT MOHD HAMDAN*
alhamdulillah, Allah telah mengurniakan 1 lagi nikmat merasai hari tua kepada beliau..ahaks~

~ siti mardhiyah syahida + mohd hamdan ~

ni la feberet die sokmo2 nye..
ucapan dari adik die yg ....... ini :

1. Prangai tu biar koho matured sket..padahal umo 22 dos ( buleh nikoh dh tu =p )
2. Bittaufiq wannajah fi imtihanik..
اللّهم يسّر ولا تعسّر ..اللّهم آمين
3. Selamat bakal berTENANG..hihi ( org mls sponsor nape2..harap maklum )
4. last but not least.. nanti raye tahun depan, jgn lupe htr msg kat family awal2..kan dok pasal2 kena panjat krusi..muahaha =p

watever happened..thanx 4 being my naughty sis..and also a nice elder sis to me and tat..haha ~mengembang dos =p

:: dok sabo nk g jalan nge ank2 wet nex wik..yeye ::

seikhlas yang kutahu..


posted by radhiahsyahida

No comments




[fellow followers]