hakikat bahagia I


posted by radhiahsyahida

No comments


tok3..."assalamualaikum.."

"waalaikumussalam..ha..rai, baru ingat bilik ye..sampai ati rai tau..padahal dah janji ngan ya tadi.." humaira pura-pura merajuk.

"ala ya...sori la ek..bukan rai tak nak balik awal..tapi,tibe2 je ade meeting tadi...sori ye cayang." beberapa file di genggamannya di letakkan di atas meja studi. keletihan jelas tampak di sebalik raut wajah yang sentiasa tenang itu. "Nanti rai blanje kue tiaw kungfu makcik nak? " raihana cuba memujuk teman sebiliknya itu.
"hmm..kue tiaw kungfu makcik? iye ke rai? hehe.. mestila nak.. rizqun minallah..hihi best jugak merajuk ni kan? lantas humaira memeluk sahabat baiknya raihana. "caayanng rai tau.."
"ha..dah2..cayang2 ni jangan ade makne lain dah ler. ok la ya, rai nak bersihkan diri dulu ni..kita siap2 dulu, lepas solat maghrib nanti, kita turun cafe makcik ye.."

Begitulah kehidupan 2 sahabat baik ini.. bagi mereka, seindah ikatan yang terjalin ialah ikatan persahabatan..dan tidak sempurna ikatan mereka tanpa keikhlasan dan kasih sayang yang sejati. Raihana dah Humaira merupakan antara akhowat yang sama2 melanjutkan pengajian mereka ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas menamatkan pengajian di Kolej Islam Sains Terengganu. Memang sejak di bangku sekolah lagi, mereka berazam untuk melangkahkan kaki ke taman ilmu dan budi itu.

5 tahun dulu..
dalam dorm as-syaimaa
5.00 pm

"rai, nanti rai nak further study kat mane? ya tengah confuse ni..tak tau nak pilih sama ada nak further kat UIA atau UM."
"hm..kalau ikutkan hati, rai memang nak apply kat UIA..tapi tak muktamad lagi, tunggu result keluar dulu la..ya pun jangan pening sangat fikirkan tau..yang penting buat istikharah.Allah kan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita"
"betul jugak cakap rai tu, k la..jom kita turun, petang ni sir khalil suruh bawak adik2 riadhah kat sekeliling blok akademik." begitulah Humaira yang begitu komited dengan amanah yang diberi sebagai ketua biro sukan dan rekreasi.
.............................................................................

suatu petang

pandangan raihana kabur...terasa gelap seluruh kawasan di sekelilingnya itu..tiba2, dia melihat kawasan tersebut dipenuhi dengan lubang seperti kawah2 besar, serta duri2 yang berselingkar di sekelilingnya. Raihana bingung. Kat mana aku ni? monolognya sendiri..di saat kecemasan menghadapi situasi aneh tersebut, tiba2 dia terasa seolah2 seseorang telah menariknya ke atas. Seseorang yang berpakaian putih..Arghh!!..Raihana menjerit kerana terkejut.
tiba2..Ya Allah, aku bermimpi rupanya...Astagfirullahal 'Azim..raihana beristighfar berulang2 kali..namun detik hatinya masih lagi terfikir..seolah cuba mengingati seseorang..."Ahh..biarkan la..mainan syaitan ni" raihana cuba mengingatkan dirinya.
..............................................................................

selepas tutorial

Ringtone handphone raihana berbunyi riang dengan irama nasyid Hakikat Bahagia dendangan kumpulan UNIC. tertera perkataan My Soul pada skrin hp tersebut.
" Assalamulaikum along..apa khabar?
" waalaikumussalam..alhamdulillah, along sihat je.Abah?ade ape call along ni bah?
"alhamdulillah..abah dan family semua sihat..along, weekend ni balik trg eh? abah ade hal sket nak bincang ngan along" nada abah yang selama ini suka bergurau tibe2 menjadi serius.seolah-olah ade hal yang sangat penting telah berlaku.
" ok la bah, nanti along terus pergi beli tiket" Raihana terus menjwab tanpa bertanyakan apa-apa. Dia pasti apa yang ingin dibincangkan oleh abahnya agak penting. Jarang benar abahnya serius seperti tadi.
" bagus la macam tu, ade ape2 hal call abah k..assalamualaikum"
"ye bah..waalaikumussalam"

"kenapa rai? macam hal serius je? rai ok tak ni?" humaira bertanya bertalu-talu selepas melihat sahabat baiknya itu diam terkelu selepas menjawab panggilan tersebut.
"ni..tibe2 abah suh balik rumah weekend ni..tak tau sebab ape..ya, teman rai bleh?
"ok2..jangan risau..nanti kita pulang sama2..jom pergi cari tiket dulu" begitu mudah humaira menghulurkan tangan menolong sahabatnya itu..bagi mereka, tiada guna andai kegembiraan melanda diri sendiri sahaja sedangkan seorang dari mereka di dalam kesedihan.

Taman Koinsaf, K.Trg
ruang tamu
9.00 pm

"along datang sini jap..mama dan abah ade hal nk bincang ngan along ni.." raihana yang baru melabuhkan diri di hadapan televisyen bersama angah dan adik selepas mengemas ruang makan tersentak dengan panggilan abahnya.

bersambung men.....

sila click di sini ok..=)

* hakikat bahagia II

* hakikat bahagia III
* hakikat itu memang membahagiakan

[fellow followers]