hurm..
semalam awal muharam...
luse awal januari...
ada anjakan paradigma kah??
hari ni..result PmR kluar..
entah bila duit pun kluar..
tapi yg pasti..akan keluar! huhu~ (^_^)
janji tetap janji...
jangan jadi golongan munafik ok..
akhirul kalam..
congrats tuk yg berjaya!
Archive for December 2008
posted by radhiahsyahida
posted by radhiahsyahida
SAIMEN
on9 YM..
status bdk2 BAR..'busy', 'i hv lots of assgmnt' n many more..
pi maktabah CFS..
venue : GF
aish!ramai dak2 BAR duk saling mengintai antara rak..terdongak2 ke atas..membelek2 kitab baru mahupun usang..
huh! cuti yg membuatkan kami tidak bercuti.. plus U.J.I.A.N
" ujian adalah tarbiyyah dari Allah..apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya... " lirik yg xpernah asing dari kotak fikiran ni..sebagai syifa' dikala laraaaa...
semoga kita saling memperingati bahawa dikala kita hanya ditimpa sedikit ujian.. sedangkan orang lain mungkin lebih hebat lagi ujian Allah terhadap mereka..
REDHA itu PENTING! SYUKUR itu PERLU!
*buat anda yg burn tiket balik kg, semoga Allah memberkati pengorbanan anda (^_^)
DEBATE
premis : Lelaki lebih layak untuk menjadi pemimpin..adus! saya jadi mu'arodhoh maa..
dengan kosa-kata 'penguasaan ilmu',memang enak utk saya menyampaikan hujah..rase mcm nk tambah jadik 3 jam je..hehe..saje nak bagi cth terdekat sket : kemasukan pelajar ke CFS,IIUM sessi 08/09, nisbah brothers kpd sisters ialah 1:3..so, gimana nak cari pemimpin terbaik nih?
erm..satu lagi, dengar cite majmuah 4..mu'arodhoh yg menang..tapi YB-YB pembangkang ini terdiri dari kaum adam?? huhu..kaum mereka pun bangkang dis premis~nasib2..
kesimpulan : bab penguasaan ilmu ni memang tak dinafikan lebih didominasi oleh kaum nisa'.. pihak berwajib @ mana2 ceramah motivasi memang slalu bagi nasihat kat kaum adam ni..tapi masalahnya, yg menyebabkan lelaki tak dpt mendominasi kebanyakan aspek penting ini disebabkan oleh mereka2 yg 'melalut siang mlm', 'kaki melunjur tak kenal orang', 'hisap dadah hisap gam', 'merompak mencuri siang malam'..ye!mereka inilah!! jadi..kesian jugak kalau yang asyik kena perli ialah kaum adam yg sudah bermotivasi dlm erti kata yg mempunyai semangat untuk memajukan diri..fikir2..
se lagi nak relate dgn 1 isu yg saya seringkali terfikir..
" talk @ forum @ ta'lim @ ape2 jela yg berkaitan dgn pengajaran agama yg sering dianjurkan..."
tujuan sebenarnya?? nak islahkan manusia kan?? especially nak tujukan untuk yg masih 'kurang berilmu pengetahuan agama' (bukan xberilmu lansung!jgn slh faham..), paling utama nak baiki 'akhlak2'..
tapi kan..tibe2 terfikir.. kenapa bila dibanci akan kehadiran pendengar..kebanyakan mereka bukan dari golongan target ini? (bukan bermaksud yang hadir tu hebat2 dan berilmu agama tahap dewa)phm2 sendirik la yek..so..macam mana mesej berjaya untuk deliver?~asyik pending aje...dan target untuk mengislahkan golongan ini sampai ke sasarankah @ sipi2 sajekah @ tak kena lansungkah?
musti compulsory kah? huh..habisla ade org mengamuk!
Allahu'alam..
" semoga Allah memudahkan apa yang susah, menyenangkan apa yang payah "
..kullu syai minHu..
posted by radhiahsyahida
Alhamdulillah..pagi damai dinikmati syukur kerana masih punya kesempatan untuk menghirup suapan-suapan yg bisa membekali ke hujung usia..terima kasih Tuhan kerana memperantarakan seorang murabbiah jua sebuah liqo' untukku terus mendamba tarbiahnya..agak malu bila ustazah zaimah sempat menyelitkan nasihat yg sgt berhikmah...
"jika berada dipersimpangan utk mendapatkan tarbiah dan pulang ke rumah?yg mana patut diawlakan sedangkan proses pentarbiahan itu amat2 diperlukan?" persoalan yg bisa menyentap hati pagiku..tenang itu pasti! aku bersalah walaupun aku tau aku tak salah! ~tidak menerima hakikatkah? hehe (sebenarnya sude 2kali dhiah tak pi prog ustzh..alasan=balik rumah!)
kenapa Rumaisa'?? Apa Rumaisa'?? dan Siapa Rumaisa'?? jiran pakcik sebelah rumah abang saya kah?? ~drag aje ape yg anda tekan dgn jari telunjuk ke bawah ok?
menyelami kehidupan seorang sohabiah..kerdilnya aku! menyelusuri lagi qissoh Rumaisa' a.k.a Ummu Sulaim ini..act..dah familiar sgt dgn nama ni sebab Ummu Sulaim ni nama dorm dhiah masa form 1 dulu kat KIST,tapi sbb kekurangan ilmu lagi masa tu+tak ambik tahu, so..tatau pun latar belakang tokoh hebat ni..(teruk kan? ok2..brubah!). Berbalik pada tokoh muslimah ni, rupe2 nye beliau merupakan ibu kepada Anas bin Malik (perawi hadis,sohabat,khadam Rasulullah s.a.w slama 10 tahun)
Ape yg menarik sgt ni??
sebenarnya..beliau pernah berkahwin dgn Malik bin Nadhr tetapi bercerai krn suaminya enggan memeluk agama islam sewaktu islam tersebar di Madinah..nak dijadikan cite..selepas tu, ada seorang rupawan, hensem guy, kaya lagik walakin kafir (on dat time) iaitu Abu Talhah telah melamar Ummu Sulaim ni..lantas, dengan jiwa seorang muslimah sejati beliau menjawab.. "cukuplah keislamanmu sebagai mahar buat ku.." ~dikhabarkan bahawa mahar ummu sulaim merupakan mahar termulia..lihat bukan..senang ke nak jumpa wanita misluha pada zaman sekarang ni?huhu..payah!susoh!so'bun!hakaza...
last2..dgn hidayah Allah+kemuliaan akhlak ummu sulaim ni, Abu Talhah akhirnya pelukla islam n kahwin ngn ummu sulaim..then,dikurniakan anak iaitu Abu Umair tetapi Allah kan syg kat org yg bertaqwa..Beliau diuji lagi dgn penyakit anak beliau iaitu Abu Umair yg agak teruk..
dipendekkan cite..
Abu Umair diambil nyawanya oleh Allah ketika Abu Talhah tiada di rumah kerana keluar utk urusan bisnes slma bberapa hari..dengan tenang, Ummu Sulaim memandikan, mengafankan etc. after that, suaminya pulang dan beliau menyambut dgn gembira..sewaktu sedang makan suaminya bertanyakan tentang keadaan Abu Umair. dengan tenang beliau menjawab.. "anak kita berkeadaan baik dan saya berharap keadaannya semakin baik dan tenang"
beliau diam je n tak ganggu mood suami die yg stil penat..n mlm tu ummu sulaim berhias diri dgn secantik2nya utk suaminya..keesokan pagi..ummu sulaim dengan penuh berhikmah memulakan bicara dari hati ke hati..lebih kurang gini ar dialog ye..
U.S : abg, kalau ada seseorang itu meminjam barang kepunyaan jirannya..adakah layak jirannya itu menuntut kembali barang yg dipinjam tersebut?
A.T : semestinye sebab itukan hak jiran dia..
U.S : Untuk pengetahuan abg, Allah pinjamkan Abu Umair kpd kita dan Dia dah ambik kembali hakNya itu...
ginila lbh kurg crite die..hebat bukan? sekali lg..bleh ke jumpa isteri yg begini akhlaknya,berhikmahnya cara dia berbicara dgn sang suami tatkala kita berpijak pd zaman serba hebat ni? payah!susah!so'bun!hakaza..yg plg patut dicontohi..tabahnya beliau menghadapi ujian maha berat itu!
sambung lagi siket..
berkat beliau melayan suaminya dgn baik ketika baru pulang pada malam tu, mereka dikurniakan lagi zuriat yg soleh2 serta menjadi antara ilmuwan, cendekiawan etc fi hazal 'alam..Maha bijaksanakan Allah?
inilah hikmah bile baca qissoh sohabat, sohabiah ni...perasaan nak jadinya mcm mereka tu bukan main lagi tapi bab perlaksanaanya tu Allah je yg lebih tahu..Apepun,azam itu penting..gantunglah azammu yg baik setinggi mungkin di langit agar kita sentiasa menyedari akannya tika syaitan2 mula menjadi teman rapat! auzubillah minhu..
hurm..byk lagi siroh yg musti dibaca! 1 jalan untuk compare cara hidup sendirik ngn tokoh2 agung zaman Rasulullah saw..compare utk cube mencontohi! jika diizinkan Allah...
p/s : bersyukur sbb dapat hari ni n hari ni brmkna wlaupun ade sumting yg tersmbunyi di hati kck ni..wahai Tuhan,dengarin prmntaan itu!
posted by radhiahsyahida
Mungkin benar juga ye…mungkin masanya sudah tiba..aku mesti berani! Aku kan pejuang agama Allah..takkan aku nak mengaku kalah dengan nafsu dunia semata.
Muneera Al-Hikmah, indah nama itu.. seindah tuannya yang sentiasa menjadi igauan mimpi Iskandar saban malam walaupun dia sudah punya kekasih hati.
Ish…tak boleh jadi ni..aku mesti dapatkan email dia..Sampai bila aku nak memendam rasa macam ni..aku tak nak hati aku lalai dengan nafsu dunia.
Ha..jumpa pun..nasib baik file maklumat ahli ada dalam markaz ni. Iskandar mula meneliti maklumat di dalam file itu satu persatu.
Malam itu dengan bertemankan Acer kesayangan..
Iska_alhaq : salam..
Moon_era : wa’alaik..
Iska_alhaq : emm..ana nak tnya sumting bleh?
Moon_era : InsyaAllah..ade ape?
Iska_alhaq : erm..enti dh brpunya kah?mtk maaf klau soaln ana agk pribdi..
Moon_era : tkpe2..erm..blum lagi..knp ustz?
Iskandar menarik nafas lega….
Iska_alhaq : em..kalau ana nak melamar enti?
Lame menunggu…….
Moon_era : hmm..ana ni layakkah dgn org sehebat enta?
Iska_alhaq : wanita yg baik utk lelaki yg baik…insyaAllah
Layak @ tak i2 x penting as long as enti bleh trime ana seadanya untuk jadi zaujah kedua ana.
Moon_era : zaujah kedua??
Iska_alhaq : ha’ah..
Moon_era : Kenapa semua llaki mcm ni ye? Ana pun xfaham..mintak maaf.
Ana xbleh trime lamaran enta.
Keluhan berat dilepaskan…ujian..ujian..mungkin die bukan teman yang selayaknya untuk aku..
Iska_alhaq : takpe lah kalau mcm tu..mtk maaf gnggu masa enti..anggp pkr td x berlaku ye..
Moon_era : ok..mintak maaf.salam
Iska_alhaq : waalaikumussalam
Sign out
Ahh..kuatkan hatiku ya Allah..tapi, buat apa aku nak fikir sangat pasal die..kan aku dah ade zaujah kesayangan aku..iskandar cuba menutup resah di hatinya.
1 message received
Slm, insyaAllah..esok ade meeting kat markaz utama. Agenda : isu kemunduran ummah dan perkara2 b'bangkit..
- Hanafi -
Di markaz utama
“Ustaz Luqman...ini laporan yang ustaz mintak semalam kan?” Sarah tiba-tiba masuk ke pejabat Luqman, teman seperjuangan Iskandar.
“ye..terima kasih banyak-banyak ye Sarah..ana baru nak mencarinya tadi.”
“sama-sama. Ana mintak diri dulu ustaz..assalamualaikum”
“waalaikumussalam”
Iskandar baru memasuki pejabat luqman...
“ eh, yang baru keluar tadi tu siapa? Ana tak pernah nampak pun sebelum ni kat markaz kita..”
“ tu la enta, 5 hari cuti tak datang markaz…Sarah tu setiausaha baru ana..adik kak kamaliah..graduan dari Universiti Yarmukh, Jordan..dia baru je 2 hari kerja kat sini. Aik..tanya ni ada apa-apa ke? Luqman cuba mengusik sahabatnya itu.
“ hai..ana nak letak kat mana zaujah kesayangan ana ni ustaz Luqman??”
“ haha..tak pe je..enta kan ade lagi kuota 3..kalau enta nak, ana boleh tolong”
“ ikut enta la, ana tak kisah…sebenarnya ana pun memang berhasrat nak bina masjid..nak cari pembantu zaujah pertama ana tu..banyak sangat kerja sekarang ni..tapi, enta jangan lupa bagitau kat dia ana dah ade zaujah tau”
“ no hal la macam tu..ok, insya Allah ana akan slow talk dgn kak Kamaliah tu..lagipun ana rasa Sarah tu belum berpunya”
“ Ok..terima kasih kawan…k lah, ana pun nak pergi bank Islam plak ni..nak bank in duit kutipan amal program kita baru-baru ni…alhamdulillah, ramai masyarakat Malaysia yang prihatin ”
“ ok..tapi jangan lupa plan gerak gempur kita petang esok ye..dekat dewan seminar masjid Bandar Baru Nilai”
“insyaAllah..assalamualaikum”
“waalaikumussalam..”
“ Iska…lamaran enta dah diterima la…Sarah setuju nak jadi zaujah kedua enta.”
“enta biar btul..dia tak kisah ke?”
“ha’ah…ana dah suruh kak Kamaliah tanya si Sarah tu..ha, ape lagi..cepat2 la masuk meminang”
“ terima kasih banyak2 man, ana hargai segala jasa baik enta” hati iskandar mula terukir senyuman..
“Sarah, terima kasih ye sebab sudi jadi zaujah abang…”
“ sama-sama, semoga abang dapat jadi pembimbing terbaik untuk Sarah..lagipun masih banyak lagi ilmu agama yang Sarah perlu pelajari..”
“ emm..boleh abang tanya..kenapa Sarah pilih abang? Sarah tau kan abang dah ade zaujah sebelum ni..”
“ sebab keimanan yg ade pada abg, lagipun Sarah memang dah berhasrat nak bantu perjuangan abang, perkahwinan kita kan kerana Allah..Sarah pun nak jadi pejuang agama Allah macam abang jugak..” Sarah menjawab tenang.
“ Alhamdulillah..tak sia-sia abang punya zaujah macam Sarah..Sarah, nak kenal tak madu Sarah?”
“ mestila nak, mesti orgnya cantik kan…nanti bolehlah Sarah selalu tolong dia…”
Iskandar lantas menuju ke almari untuk mengambil senaskhah album..halaman pertama di selak.
“ ha, ini lah zaujah kesayangan abang..” sambil menunjuk kepada sekeping gambar di dalam album itu.
“ mana dia? Semua gambar ikhwah je kat sini” Sarah cuba mencari seseorang yang dikatakan sebagai madunya itu.
“ ini la zaujah pertama abang, ni ha..perjuangan abang selama ni.." sambil menunjuk ke arah gambar2 program-program yg pernah beliau terlibat..itulah rupanya zaujah yg dimaksudkannya selama ini.
"Sarah kena tolong zaujah abang ni k..dah janji kan?”
Iskandar tersenyum melihat isterinya yang masih terpinga-pinga itu. Baginya, cukuplah dia mempunyai Sarah sebagai satu-satunya isterinya..penyejuk mata di kala hati dilanda gelisah..di kala perjuangan ditempa mehnah.
“Isteri cerdik yang solehah..
Penyejuk mata..penawar hati..penajam fikiran..
Di rumah dia isteri..di jalanan kawan..
Di waktu kita buntu...dia penunjuk jalan…”
-TAMMAT-
Rasyaqiera22@yahoo.com
9 Dzulhijjah 1429
2.35 pm
Bangi, Selangor.
posted by radhiahsyahida
semaian tanpa baja..
mekar tanpa musim berlalu..
tanpa mengharap siraman sekujur lalu..
senantiasa rebah membelai manja
sutera kasih ayahanda
hadirnya tanpa duga..
biar merangkak hingga akhir dunia
tetap melabuh tanpa sepi..
garisan halus tanda bahagia
mendakap ke hujung maya
sutera kasih ayahbunda
kesamaran senja tetap menjelma
biarpun acap dilanda ombak melanda
tetap teguh mutiara lautan digapai
demi dia..
ya..demi dia
bukan tak pernah rebah
azimat itu jadi pembawa
sutera kasih ayahbunda
kemelut menerjah lagi
membiarkan longlai dakapan riba
esak tak bisa lagi
kerna hadirnya sutera kasih mereka
ya Allah..
ampunilah dosa-dosaku serta dosa-dosa ibubapaku, rahmatilah mereka sebagaimana mereka menjagaku sejak dari kecil lagi..ameen
posted by radhiahsyahida
Nak dijadikan cerita... baru je sampai ke bumi berNILAI..mata terus tertancap pada 1 poster betul2 tertampal di depan tangga.. "AM I AN EXCELLENT MUSLIM??" cam best je forum ni..mata terus meneliti lagi...ha? Us.Hasrizal?? bestnye...(^_~)
8.40 pm
15/12/2008
"cah..tu macam us.hasrizal ngn saiful islam je..." sewaktu dlm kegelapan malam menuju ke venue yg ditetapkan. "ape kate kite jalan slow2 sket..hehe" langkah di atur dengan perlahan-lahan
sesampai di pagar masjid,
"Assalamualaikum ustaz...saiful islam tu kan?" " waalaikumussalam..ha'ah..dah rongak pun gigi dia" ustaz berseloroh pulak dengan kami..huhu tu muqoddimah je..alhamdulillah, semalam bumi berNILAI ini telah menerima kehadiran 2 tetamu istimewa iaitu Us. Hasrizal Abd. Jamil dan Us. Hasbi Abd.Rahman. Banyak sangat ilmu2 dan input yg bermanafaat diterima.. Tahniah kepada FRC dengan penganjuran yg amat bernilai buat penulis ini..(^_^)
Alhamdulillah, kerusi di barisan hadapan berjaya mendapatkan penulis dan sahabat2nya..sementelahan itu, penulis sempat memetik beberapa kata-kata dan pengalaman panelists yg dapat dikongsikan bersama, InsyaAllah..
as we already know, excellent yg kita semua nak cari sebenar-benarnya ialah kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w iaitu Dunia merupakan ladang akhirat..kadang-kadang, diri penulis sendiri terfikir bagaimana sikap muslim sendiri yang lebih meletakkan kecemerlangan dunia sebagai dasar utama..mungkin disebabkan oleh ikutan hawa nafsukah atau bagaimanakah?
"nature manusia tak suka dengan hasil yg ala kadar atau istilah lainnya cincai2.." begitu juga dengan Allah swt..sebagaimana firmanNya.."telah aku jadikan manusia itu dengan sebaik2 kejadian..." kerana itulah Allah s.w.t juga mengharapkan hasil yang terbaik dari hamba-hambaNya yg telah Dia ciptakan dengan sebaik2 keadaan..inilah konsep to be an excellent yg patut kita apply dlm kehidupan dunia fana ini untuk menghadapi yg baqa'..insyaAllah..
penulis juga berkenan dengan 1 kisah dari dari us.hasrizal sewaktu beliau belajar di Uni.Mu'tah, Jordan di dalam bidang syari'ah..pada mulanya, beliau di uji Allah dgn perasaan kurang suka dgn subjek yg dipelajari sewaktu itu..Namun, dgn 2 pkr ini, beliau telah menguatkan azam beliau..
pertama..kita mesti bersabar dengan perkara yg kita tidak suka untuk mendapatkan sesuatu yang kita pasti akan suka..same with de concepts of encouragement to thinking in Islam yg baru je penulis belajar dlm subjek CCT pagi tadi..' tolerate or accept a minor harm in order to gain a major benefit'
kedua..kisah cicak!
begini ceritenya..ada 1 ptndgn diadakan oleh kaum cicak untuk memanjat sebatang pokok pinang, pada mulanya..semua penyorak di bawah memberi galakan dan pujian kepada cicak2 yg sedang memanjat itu. tibe2..di pertengahan batang pokok, satu persatu cicak telah jatuh ke tanah..penyorak yg pada mulanya menyokong terus mengejek2 dan mengutuk cicak2 tersebut. cth ayat : "tak payah berangan nak sampai kat atas la..kamu tak dapatnya!" (yg ni penulis reka je =p). nak di jadikan cerita, last2, tinggal la seekor cicak lagi yg hampir sampai ke puncak pokok pinang..penyorak kembali bersorak dan akhirnya cicak itupun menang.. selepas menang, bermulalah sessi temubual oleh wartawan cicak(WC) dengan pemenang cicak(PC) tersebut..
WC : Tahniah dgn kemenangan tuan, apakah rahsia kemenangan anda?
PC : ..diam..
WC : lorgh...pekak rupenye!!!
moral : kadang2 untuk menjadi org yg berjaya, kite patut pekakkan telinga dari pujian ataupun kutukan =)
penulis tertarik dengan soalan audien iaitu, bagaimana pendapat ust tentang niat pelajar utk berkahwin sewaktu di alam belajar untuk mengelak ma'siat?..nak tau?? penulis ada terbaca didalam buku beliau iaitu 'Aku terima Nikahnya'..ms 58
penulis pulang ke MUSA dengan 'penuh gembira' dan '1bekas refreshment di tangan yg belum dibuang' dan '1tekad yg tak berkesudahan' insyaAllah,jadikanlah hambaMu ini hari esoknya lebih baik dari hari ini..taqabbal minni..
posted by radhiahsyahida
syukran jazeelan sis. umairah shafei..
1. Funny and happy go lucky eh?? ku terfikir, berfikir dan memikir... =)
2. Dorongan anda pasti jadi pemangkin semangat buatku..arigato!
3. Tak sangka kan..bukan kak mar sorang dapat cincin, orang pun dapat..hik3..
4. wish u congrat my sis aka M.. A.... :p
..Allahu'alam..
posted by radhiahsyahida
alkisah semalam bermula begini...
kan aritu kabo dh kan tak balik trg pun cuti ni..so, pagi raya tu dgn penuh semangat bertolaklah kami dari bangi ke bachang,melaka around 7am gtu ar..memang masa tu relax ar je even nak gi braye kat kg yg x dikenali orangnya..nak dijadikan cite, otw nk gi tu..ms tu kat highway kut..rahmat Allah sgt lebat membasahi bumi nogori 9 dan melaka, so..pak su pun tadop ah bwk laju sgt2 tapi laju gk sket..hehe cz nk kejar masa takut lmbt sampai masjid alor gajah..masa tu dah terfikir ah nk call familiku nk mintak maaf n wateve..tapi, di batalkan dulu hasrat tu cz pagi msih mude..suddenly, terkaget kami smua cz kereta pak su mcm terhoyong hayang gtu..dhiah ms tu duk blakang skali ngn mila (spupu) cengang + debar gop ah sposen cz tatau nde2 kan..ghupenye..dlm hujan lebat tu ade accident kat depan kami (dekat sgt2 dah) n pak su tak nampak cz dilindungi hujan lebat..
Alhamdulillah..nasib baik Allah still sygkan nyawa kami..pak su pun sempat elak (sikit lagi benonye nk langgar org tu..fuh! dhla dop call ummi lagi ni..huhu) dlm hati, Allah je tau..n tup2 pas 5minit, lagu antara 2 kasih bbunyik..abah call!hik2..sembang punye sembang..mintak maaf n etc..last,ummi tanye soalan cepu mas " sedih op dok raye ngan ummi tahun ni??" aloha..soalan apekah ini..nk jawab sedih kan, mesti ade makhluk2 Allah kat belakang tu gelakkan..ish..xleh jadik ni!
pas solat raya,perjalanan diteruskan til bachang..smpai je kat umah tu..jeng3..
huhu..memg cuak!yela..sume muke tak kenal..dalam hati, macam mane ni?? tapi, besh gak cz jd famous lar sume famili pak su yg ramai tu tanye "sape tu andak(pak su), kawan piqa ke ni?" n mcm2 lagi lar..ok..mule2 buat muke org asing la campur cam nak sedih2 sket..cu gi sini,ikut...cu gi sana,ikut..tanpa disedari..air mataku mula bergenang..huhu..malu2..tibe2 jadi pedih semacam.haha..potong bawang rupenye..bukan nangis la..hari tu, umah pak su wat kenduri..korban lembu 4 ekor..huhu.so,ikut jela ape yg cu buat..
tibe2..ilham mari.."ish..dop leh jadik ni..dop kan seharian aku nak gini.." n then,dgn wat muke slumber org pun gi la melilau-lilau kat kaw.dapur kawah tu..bajet tgk2 dorg masak (yg ni without cu la..),sblm tu, cu kate depa ni hoha sket, besela lain negeri,lain suasana..but dhiah xnk la be a part of sociocentrism..wa aidhon,assumption without verified..so,husnu zon je la..alhamdulillah..lepas buat2 mesra alam sket.. akhirnya org brjaya gak mengenali hampir 80% sdare mare sana..bila dah kenal tu, besh la sgt..siap diberi specific task lagi kat bhgn memasak tu..huhu..depa pun tak segan2 nk share resepi n anything bout melaka..
malam tu, de wat tahlil..macam biasa la kan..suasana yg sama with other places..so,pas teman amad makan..org pun join la skali..suddenly, masa tengah baca doa yg last tu dgn tak semena-mena pak lang ngn pak itam (kalau xsilap ar..bukan xkenal tapi xingat sape yg bangun) bangun n round bulatan besar tu...masa tu suare budak2 agak riuh la..trkejut gak mule2..ingatkan bakpe,rupe-rupenye depa duk bagi duit RM1 kat semua yg tgh b'doa time tu especially budak2..lorgh..budaya org melaka gitu rupenye..sori kmen, act bg duit time majlis2 gni sgtla bagus but on dat time,sgt la tak sesuai..tgh brdoa kan..bila tjadi kes tu, tringat kat ade sorg lecturer ana pnh kate "orang kite ni pelik, bile buat tahlil etc, dia yg sibuk2 urus bhgn mknan n so on..spatutnya, depa la yg kena bc yasin sm2..bukan tetamu je.." rite? nyway..pasl duit tu small matter la,cume trkejut cz depa bagi ms bc doa je yg m'buatkn org hiraukan duit than bacaan imam tu..yg pasti, org dpt 3 hinggit cz i'm the last yg dpt..hik2 =)
mlm tu jugak kami btolak balik sbb hari ini iera de class..ingat lagi semalam ms brsalaman ngan depa, sempat mak alang ngan kak yanie pesan "jangan serik datang!" hihi..insya Allah tak..i'm in love wif suasana kampung..besh maa..
p/s :ambik sikit je gmbr,hp tinggal dalam kete pagi tu+bateri nazak..dats y xreply msg org tu.biyaan ye :P
to my famili..sape la yg sebarkan the sms mlm tu..malu den..nak kena ni..
posted by radhiahsyahida
mabruk 'alaikum..insyaAllah..
posted by radhiahsyahida
masa on9 YM semalam, ade sorg senior ni tanya bakpe x balik raye haji...siap mcm nk marah2 lagi..huhu..ikut orang ah..yela sedih memg ar ade, tapi relax ah teknologi kan ade..pagi raya kekgi, orang call ah depa..lagipun last 2 wik, baru je my family datang sini..so, bleh lagi la tahan rindu sebab saya bukan homesick..hehe (^_^) ha..sebut pasal mari sini, tringat kak mar kate masa kitorg pi KLCC baru2 ni..
" ambik2 gambar nak wat masuk dlm blog ar tu.."
" ikut org ah...monolog orang..haha "
letok gop ah se wat ilang brase ati,hehe
kirenye balik rumah Cu kali ni besh gak ar..even tadop my lil sis n bros utk disakat, tapi nasib baik amad ade (cousin yg bongsu), leh gak tengok die main game (tgk je, main x suke sgt ), pastu tgk wonderpets..(ape yg penting K.E.R.J.A.S.A.M.A) haha..lagu die memg besh..nk sakat amad, tak berani lagi..tgk lah esok luse ke..tapi,kalo hanaa@aqeel anak Ude, layann jer..hihi..teruk kan? takpe, yg penting B.A.H.A.G.I.A =)
dari pagi tadi, rutin sedikit kontra..Cu kate ade students dari Indon mau datang, tak tau la relation gwane (mls nk tnye byk) lakin, maybe ade kena mengena ngan UKM kut, sebab tu Pak Su ajak mai makan kt umah, so..menu hari ni puding kuah, cream puff, desert, pasta, mee goreng basah..huhu~ waa..bab2 makanan ni..tibe2 tringat masakan ummi...hurm, dop aci org lain sume duk dumoh =(
huh..ntah hapehape entri kali ni kan...2 la sape suh bosan? padahal assignment ade je kena submit nex isnin, tapi malas agi nk dengar khutbah 43 minit tu..cu kate dakpe hari ni, relax2 dlu..ptg ni bersiap sdia layan tetamu. hadis "tetamu yg datang ke rumah dapt membawa keberkatan dan akn mengeluarkan dosa2 pemilik rumah itu" correct me if i'm wrong..tapi, rase cam betul dos..petg ni lagi meriah kut kat sini, iera dr UM balik, malam ni lak pi KLIA jemput kak Piqa balik dari Australia tuk final break..huh! meriah..
lastly..
tak lupa buat semua kenalan dimana jua anda berada.....
p/s : tahun ni insya Allah dapat pengalaman baru raye kat Melaka (kg Pak Su)..kalu dalam bhs arab sebut' ما لك شيء (tak de pape untuk kamu)haha, jgn marah ye org melaka.. :p
posted by radhiahsyahida
barriers that hinder tafakkur..
nineth..
ok people..de last
" the role of satan in influencing human perception..
but, sometime, we should follow their behavior n spirit" said bro. El..hehehe
"ha..really..biaq btoi.." masing2 tercengang2 kut..mazhab mana ni??
"we can c their spirit..wafa' bil 'ahdi, unity, n qiyam...etc.." de gud one la..haha..yaa..it's true..
so different wif us..
tgh syok2 blajaq CCT...
alang2 dh nk habis..buke jela..
lorgh..cik ulwan alhafiz ghupenye..
the contents shouldn't display bcz of sum words..haha..
nyway..congrat bro! today 3/12/08..u r independent...alhamdulillah..
i can feel wat u feel juz now..same like me 2 years ago..yela..SPM pun kat skul die..almaklumlah skul adik berjiran ngan skul kakak..tambahan lak, candidates KIST 36 orang jerk..hehe.so, we should thanx to SMA Mahmudiah...
ngan member2 die..
last but not least, sanah helwah tuk umy cayanng..
semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu..i luv all de memory dat u gave to me..umy kate besday die msti hari2 yg berbahagia tuk org lain..iye2 o je umy ni.hehe..yg pasti umy dah 19, dhiah stil maintain 18..hehe..lakin fil hakikat, maut tak kenal usia..kan?smg kita smua bkl m'dpt husnul khatimah..ameen ya Rabb
posted by radhiahsyahida
الله اكبر الله اكبر الله اكبر
time : lebih kurang kul 8 lebih semalam
venue : bilik study
mim : "eh, jom2 pi tepi tingkap, ade org bagitau ade nmpk bulan senyum la.."
nun : " ye ke? jom tengok.."
mereka terus meluru ke tepi tingkap yang mengadap rumah Allah itu..
min dan nun menyelak langsir yg tersedia tutup rapi...penutup dari gangguan mata-mata liar yg tersesat
wau : turut menyelak...(nak menyibuk jugak.....:p )
cari punya cari..tunggu punya tunggu..bulan pun tak nampak, senyuman apatah lagi..nasib baik senyuman wau manis, boleh gak jadi pengubat..hehe
time : 9pm lebih2..
alif dan ba' balik dari maktabah..
alif : " korang...tadi tau kitorang nampak bulan senyum..ramai gak ambik gambar tapi silau ar..x jelas sgt..bla...bla..bla.."( sambil menerangkan kedudukan bulan dan bintang tersebut)
mim, nun, wau : " (*_*), takpe la..tak de rezeki kite.. "
p/s: orang cakap scholarship dah kluaq, syukran lillah sebab dah bleh tengok muke bdk2 UIA senyum sedepa..maka, berderet2 la pengunjung jiran Pak Sheikh dan Post office tu..hehe..=)