Nak dijadikan cerita... baru je sampai ke bumi berNILAI..mata terus tertancap pada 1 poster betul2 tertampal di depan tangga.. "AM I AN EXCELLENT MUSLIM??" cam best je forum ni..mata terus meneliti lagi...ha? Us.Hasrizal?? bestnye...(^_~)
8.40 pm
15/12/2008
"cah..tu macam us.hasrizal ngn saiful islam je..." sewaktu dlm kegelapan malam menuju ke venue yg ditetapkan. "ape kate kite jalan slow2 sket..hehe" langkah di atur dengan perlahan-lahan
sesampai di pagar masjid,
"Assalamualaikum ustaz...saiful islam tu kan?" " waalaikumussalam..ha'ah..dah rongak pun gigi dia" ustaz berseloroh pulak dengan kami..huhu tu muqoddimah je..alhamdulillah, semalam bumi berNILAI ini telah menerima kehadiran 2 tetamu istimewa iaitu Us. Hasrizal Abd. Jamil dan Us. Hasbi Abd.Rahman. Banyak sangat ilmu2 dan input yg bermanafaat diterima.. Tahniah kepada FRC dengan penganjuran yg amat bernilai buat penulis ini..(^_^)
Alhamdulillah, kerusi di barisan hadapan berjaya mendapatkan penulis dan sahabat2nya..sementelahan itu, penulis sempat memetik beberapa kata-kata dan pengalaman panelists yg dapat dikongsikan bersama, InsyaAllah..
as we already know, excellent yg kita semua nak cari sebenar-benarnya ialah kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w iaitu Dunia merupakan ladang akhirat..kadang-kadang, diri penulis sendiri terfikir bagaimana sikap muslim sendiri yang lebih meletakkan kecemerlangan dunia sebagai dasar utama..mungkin disebabkan oleh ikutan hawa nafsukah atau bagaimanakah?
"nature manusia tak suka dengan hasil yg ala kadar atau istilah lainnya cincai2.." begitu juga dengan Allah swt..sebagaimana firmanNya.."telah aku jadikan manusia itu dengan sebaik2 kejadian..." kerana itulah Allah s.w.t juga mengharapkan hasil yang terbaik dari hamba-hambaNya yg telah Dia ciptakan dengan sebaik2 keadaan..inilah konsep to be an excellent yg patut kita apply dlm kehidupan dunia fana ini untuk menghadapi yg baqa'..insyaAllah..
penulis juga berkenan dengan 1 kisah dari dari us.hasrizal sewaktu beliau belajar di Uni.Mu'tah, Jordan di dalam bidang syari'ah..pada mulanya, beliau di uji Allah dgn perasaan kurang suka dgn subjek yg dipelajari sewaktu itu..Namun, dgn 2 pkr ini, beliau telah menguatkan azam beliau..
pertama..kita mesti bersabar dengan perkara yg kita tidak suka untuk mendapatkan sesuatu yang kita pasti akan suka..same with de concepts of encouragement to thinking in Islam yg baru je penulis belajar dlm subjek CCT pagi tadi..' tolerate or accept a minor harm in order to gain a major benefit'
kedua..kisah cicak!
begini ceritenya..ada 1 ptndgn diadakan oleh kaum cicak untuk memanjat sebatang pokok pinang, pada mulanya..semua penyorak di bawah memberi galakan dan pujian kepada cicak2 yg sedang memanjat itu. tibe2..di pertengahan batang pokok, satu persatu cicak telah jatuh ke tanah..penyorak yg pada mulanya menyokong terus mengejek2 dan mengutuk cicak2 tersebut. cth ayat : "tak payah berangan nak sampai kat atas la..kamu tak dapatnya!" (yg ni penulis reka je =p). nak di jadikan cerita, last2, tinggal la seekor cicak lagi yg hampir sampai ke puncak pokok pinang..penyorak kembali bersorak dan akhirnya cicak itupun menang.. selepas menang, bermulalah sessi temubual oleh wartawan cicak(WC) dengan pemenang cicak(PC) tersebut..
WC : Tahniah dgn kemenangan tuan, apakah rahsia kemenangan anda?
PC : ..diam..
WC : lorgh...pekak rupenye!!!
moral : kadang2 untuk menjadi org yg berjaya, kite patut pekakkan telinga dari pujian ataupun kutukan =)
penulis tertarik dengan soalan audien iaitu, bagaimana pendapat ust tentang niat pelajar utk berkahwin sewaktu di alam belajar untuk mengelak ma'siat?..nak tau?? penulis ada terbaca didalam buku beliau iaitu 'Aku terima Nikahnya'..ms 58
penulis pulang ke MUSA dengan 'penuh gembira' dan '1bekas refreshment di tangan yg belum dibuang' dan '1tekad yg tak berkesudahan' insyaAllah,jadikanlah hambaMu ini hari esoknya lebih baik dari hari ini..taqabbal minni..
Post a Comment