Di pagi hari, berpegangkan kata-kata..
" kami dah derma dulu, mestilah kami lagi! " dan " kami tak takut jarum! " maka beriringlah mereka ke seminar hall untuk menyumbangkan darah-darah mereka yg banyak itu kepada yang memerlukan..
Di seminar hall, dengan penuh riya' ( riya' ala-ala ust majid..hehe ) sebab yakin boleh jadi penderma, dia menyerahkan borang kepada pegawai perubatan bertugas untuk pengesahan sebagai penderma..tapi dengan kuasa Allah..niat dia yang hanya Allah yang tahu itu tidak dapat diteruskan lantaran masalah yang baru sahaja dihidapi iaitu '.......'
kecewa..sangat kecewa. sedih...dan sangat sedih! kesian dia kan..
Dan lagilah bertambah frust bila mana dia melihat sahabatnya bisa mengalirkan darah mereka kepada yang memerlukan disana.. Oleh kerana tak dapat menderma, maka dia hanya dapat menyaksikan senario orang-orang yang menderma sahajalah.. dalam hati dia, jelesnya..jelesnya..
" ain, nak jugak! "
" ok..nanti pas ni, kita terus cari makanan okey? petang nanti kita pi check lagi.. "
dan dia mula menguntum senyum gumbira =)
Tengah duk tinjau-tinjau orang kena ambik darah, sempat dia berkenalan dgn sorang pekerja Hospital Seremban yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Cik Kamaruddin (PCK)..
Dia sangat terhibur dengan gelagat PCK itu, bersahaja dan penuh humor..teringat dia pada abahnya yang berperangai lebih kurang PCK itulah..
" nak..kalau dengar peristiwa-peristiwa pelik zaman sekarang..rasa pelik tak?" PCK bertanya dengan wajah bersahaja..
" pelik jugak kot " jawab meen yang sedang syok berbaring di atas kerusi sambil memegang batang PVC.
" ntah..kadang dah tak pelik sebab dah banyak benda pelik berlaku sekarang " dia juga menjawab selamba.
" dengar tak berita terbaru..kat Hospital Seremban ada baby baru lahir kaki dia kaki ayam.." PCK meneruskan cerita dengan serius
" ha..kaki ayam? takutnya.. "
" tak cantik la dia nanti besar kan " PCK meneruskan ceritanya.
" ye la..kesian baby tu..dah takdir dia kena macam tu "
PCK dah mula senyum-senyum manusia melihat gelagat meen dan dia..
" nak..memangla semua baby lahir berkaki ayam..tak de yang pakai kasut kan? " PCK mula tergelak..
" ish..terkena ghupenye..! takpe PCK..takpe..hehhe "
Kerana dia bukan penderma darah, maka sempatlah dia dan PCK bertukar-tukar teka-teki..hihi..itulah kegemaran dia sejak dulu lagi..suke teka-teki tapi tak pernah nak betul bila jawab..erk..
Balik dari seminar Hall, mereka singgah di cafe blok E..mata dia hanya mencari itu '......' ya itulah!
kul 3.50ptg
Sekali lagi misi diteruskan, dengan harapan yang sangat3 menggunung..iaitu menderma darah..itu saja~
Dia berdebar tak terkira masa nak buat second checking blood, bukan sebab takut jarum tapi takut darah tak jatuh! huhu..
suspen..suspen..darah disedut dari jari lantas dititiskan ke dalam bekas yg ade ape ntah (lupe lar..lame tinggal kimia dekpun)..
tunggu punya tunggu, darah tenggelam perlahan-lahan dalam cecair tu..
" kak..dapat tak? " dia meminta kepastian walaupun dah agak macam tak dapat..
" tak boleh la dik..zat besi adik memang tak cukup ni.. " kalau cukup zat besi, bila dititiskan darah dalam cecair tu..darah akan tenggelam dengan serta-merta.
" kan tenggelam jugak walaupun lambat, tak boleh jugak ke? " ish..menegakkan benang yang basah btul la dia ni!
" tak boleh dik..adik kena tolong diri sendiri dulu sebelum nak tolong orang lain..nanti effect pada adik "
" hurm..k lah..terima kasih akak ye " dia berlalu dengan muka frust =(
Beberapa minit lepas tu ( tak balik lagi..)
" akak, nak try lagi skali boleh? hehe.." dia ingin mencuba nasib lagi..
" ok..meh try kat sini " panggil pegawai satu lagi yg tengah free..
Proses sama dilakukan..sampai turn nak titis darah dalam bekas, memang lawak sungguh..bukan tenggelam lambat..tapi tak tenggelam lansung! huh~
memang sah dan dah sah tak boleh dan akhirnya dia redha..lambat sungguh nak terima hakikat! Itulah manusia biasa yang kadang kala tak lari dari perasaan nak jugak apa yang dia nak.
" hurm..datang sini,dapat suntik kat jari jela..dah la 3 kali..huhu "
Dan sekali lagi dia sempat jumpa PCK yang humor itu..
sambil tengok-tengok orang kena derma darah, sempat la dia bersembang ngan PCK
" anak orang mana? "
" terengganu. " dia jawab ringkas
" kalau anak balik ke terengganu,biasanya berapa jam? "
" biasanya 8jam kot pakcik..tu pun kalau berenti lame "
" ish..kenapa pakcik pergi sana biasanya 1 jam je.." PCK tersengih..
" Pak cik nak pekena kami lagi ye? " dia mula mengesan taktik nakal PCK itu..
" ye la..jam pakcik 1 je " PCK mula tergelak sambil menunjukkan jam di tangannya..
" adus..kita terkena lagi la ain! "
Sambil menunggu tikah siap, mereka sembang lagi..
" nak, orang bagitau kat sini boleh solat ye " tanya PCK sambil menunjukkan ke arah bilik kecik di belakang seminar Hall..
" rasenye tak la pak cik.." dia menjawab selamba
" tapi dorang cakap boleh..ada tak tikar sembahyang kat situ? "
" jap eh..biar saya tengok " tanpa memikirkan apa-apa, dia meluru ke bilik itu.
" nak..tak payah la tengok..pakcik tanya ni,ada tak tikar sembahyang? " PCK tersengih lagi..
" mana ada tikar sembahyang! " dia terkena lagi..
pak cik..pak cik..memang besh ar..selamba dan bersahaja! kenangan yang menghiburkan dikala hati dia dilanda duka dan lara.
Di akhir pertemuan,
" pak cik, nanti nak derma darah..saya datang hospital seremban ye! "
" boleh..boleh " PCK tersenyum...
Benar, setiap yang Allah dah tetapkan untuk kita memang sudah cantik suratannya..bertemu dengan orang yang lebih tua darinya,memberi peluang untuk dia menimba sesuatu dari kematangan mereka. mengenangkan ketetapan yang terjadi..lantas dia terfikir, Ain yang tak de pape pun dah nak pitam lepas derma darah, macam mana kalau dia yang tak cukup zat besi itu..huhu..padah nanti! apepun, dia mula belajar untuk redha pada takdir kerana itulah dirinya.. bukan redha kepada setiap nasib tapi redha untuk mengubah kepada yang lebih baik..dengan izin Allah~