ntah?


posted by radhiahsyahida

7 comments


tengokla gambar kat atas ni..'cantik' kan?

kerana yang 'cantik' inilah laptop saya tidak dapat berfungsi dengan baik..setiap kali bukak, mesti keluar tulisan 'you may be a victim of software counterfiting'..dan background mesti akan jadi hitam.. orang kata, masa mula-mula beli laptop ni, penjual dia guna pirate software..ish, boleh saman abg mi (abg ipar) ni..sebab beli ngan dia dekpun..hehe

Lagi..sekali nak bukak laptop kena tunggu dekat setengah jam..kalau goreng ayam pun sempat siap..huu..

And thats why la saya pun mengambil keputusan malas nak bukak laptop sekaligus malas menjenguk blog ni..dan malam ni nasib tahap kesabaran tu boleh dikawal..sebab mana boleh tak online lama-lama..rindu jugak nak bermonolog, disamping membaca penulisan sahabat-sahabat..

Dok taula bakpe malam ni duk merungut je.. Padahal dugaan kecik je nak compare dengan orang lain yang lebih teruk diuji dan dibeban.. Adakah kerana manusia (saya) kurang bersyukur? Astaghfirullah Al-'Azim..

Bercakap pasal merungut, anda semua terasa tak dengan haba yang semakin membahang di bumi Allah ini? Atau mungkin saya saja yang banyak melakukan dosa sebab orang selalu kaitkan dengan orang yang selalu rasa panas disebabkan banyak melakukan dosa..'Audzubillah min dzalik! Tapi, secara realiti, pemanasan global semakin terasa di bumi Allah ini..even duduk bawah kipas yang dipasang paling maksimun volumnya..Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami jika ini punca segalanya yang berlaku..

Tapi manusia sedarkah tentang hal ini? Adakah bagi manusia (saya, anda dan mereka) melakukan dosa itu tabiat semulajadi manusia yang tidak mendatangkan apa-apa makna atau tiada istilah dosa dalam melakukan sesuatu perbuatan@ perkara ?

Allah sajalah yang Maha Mengetahui..
Ok..lagi pasal Bookfair di PWTC minggu lepas.. kalau bagi ulatbuku, sebut aje bookfair..mesti wajah mereka ceria dan bersemangat untuk memborong apa yang patut.. tapi bagi bukan ulatbuku atau yang takde perasaan untuk membaca, mereka pasti lebih suka perkataan 'fair' dari perkataan 'book'..haha~ adus..merepek lagi! ok2..stop..saje je cerita pasal bookfair sebab saya pun pergi kat sana walaupun sekali tapi puas!

7 comments

  1. zarin

[fellow followers]