Terima taubat hamba berdosa


posted by radhiahsyahida

2 comments


Kisah ini kisah benar. Ada 3 watak utama iaitu dhiah(saya sendiri), Ina(bukan nama sebenar) dan Nuur(juga bukan nama sebenar)

*Amaran : Tidak perlu mencari siapakah 2 watak itu. Hayati cerita, ambil pengajaran, dan segala yang diceritakan tiada niat lansung untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi dijadikan bahan untuk muhasabah bersama!

Intro : Saya, Ina dan Nuur merupakan bekas kawan sebilik untuk satu semester sewaktu berada di Pusat Asasi dahulu.

Kisah dulu

Saya : Biasa-biasa saja. Sering juga tersungkur tatkala diuji. Bukan budak yang terlalu baik tetapi sentiasa berusaha untuk jadi baik dengan izin Allah.
Ina : Budak jurusan undang-undang. Suka bercerita, suka bersembang, seorang kawan yang baik, memahami, mendapat pendidikan agama dari keluarga.
Nuur : Hmm..pelik, aneh, lain dari yang lain, suka bersendirian, mempunyai masalah keluarga, sentiasa mengalami krisis identiti, kurang didikan agama dari keluarga, tidak terlalu menjaga aurat, lebih gemar mengagung-agungkan budaya barat, tidak menjaga ibadah (hubungan ketuhanan)

Satu hari di UIA Gombak

Saya sedang berlegar-legar di sekitar bangunan admin kerana mempunyai sedikit urusan. Dari jauh, saya terdengar suara seorang wanita meminta maaf kepada seorang pegawai dengan nada yang bagi saya cukup sopan dan menyentuh hati. Lafaz-lafaz hamdalah, istighfar, insyaAllah tidak putus-putus dari bibirnya. Mungkin berlaku perselisihan faham antara mereka, getus hati saya sendiri.

Saya pandang kanan, ingin meneruskan langkah. Eh, Nuur? Biar betul apa yang saya dengar sebentar tadi.. Saya membiarkan persoalan tidak terjawab tanpa sempat menegur beliau lantaran kesuntukan masa.

********

Satu petang di Pusat Asasi

“Aku tak paham dengan Nuur tu, suka menjerit tiap-tiap malam, pasang lagu kuat-kuat masa orang study. Tak ke menganggu orang lain.. Tadi masa kita solat maghrib, bukannya nak ikut sama. Aku malas dah nak tegur budak kepala batu macam tu.” Bebelan seorang manusia itu yang masih segar dalam ingatan saya.

********


Satu tengahari di perpustakaan UIA Gombak, level 4

(...akan bersambung)

2 comments

  1. Mari Mengaji

[fellow followers]