ini kisah kedua!


posted by radhiahsyahida

10 comments


Selepas saya pulang dari sekolah, malamnya di putrajaya. Saya terus add H sebagai teman di facebook. Sedikit perbualan berlaku di antara kami dan H terus meminta email saya.

Kami terus menyambung perbualan di dinding Yahoo Mesenger. Terus terdetik di fikiran saya ketika itu untuk membuat kajian tentang sikap murid-murid sekolah itu. Lebih kurang beginilah perbualan kami..

Saya : H, boleh cg tanya sket x?

H : pe dia cg?
Saya : Hmm..kwn2 awak ni ada kwn2 pmpuan x? [saya tanya sebabnya kat skolah mereka semua lelaki]

H : ada
Saya : kenal kat mna?

H : Sekolah agama

Saya : Oh ye..? hmm..dorg pernah keluar dgn prempuan ke?
H : Tak pernah. Tapi…
Saya : apa dia?
H : Saya bagitau cg jgn terkejut taw!
Saya : Takpe2..jgn risau. Bagitau je..
H : Dorg ni kaki ponteng, slalu pergi CC, tengok lucah..ishishish. jahat!

Saya : ye ke? [nada terkejut dan mula beristighfar]
H : ha’a.. tak percaye sudah.
Saya : macam mana H tau? [cuba mengawal emosi]

H : dorg pernah ajak saya tapi saya tak nak.
Saya : Alhamdulillah..H tolongla jaga diri. Jangan terpengaruh dengan dorg. Cg harap sangat2..
H : InsyaAllah. Nasib saya ada silat. Dorg nk belasah saya hari tu.
Saya : Alhamdulillah. Cg percaya H ni anak n murid yang soleh
H : amin.

Saya : H..boleh cg tahu siapa yg buat tu?

H : Tu..yang nasyid tadi tu..
Saya : oo..F yang kelas 6b tu ye? [saya membuat andaian
]
H : Yup.. budak kelas 6a pun ye jugak.

Saya : Termasuk A jugak ke? [A seorang pengawas]
H : ha’a depan cg memg dorg baik..sebab tak nak cg syak.
Saya : budak darjah 5 ada jugak macam tu?
H : Ada tapi tak ramai.kelas 5b je kot..
Saya : Sape? F ke?
H : F tu selalu pergi keluar rempit. Z tu jenis blue sikit..ishishish

Saya : Serius cg x sangka [memang sangat terkejut sebenarnya]
H : Cg..dorg tu semua da baligh..
Saya : [Erk..sedikit terkejut. tadi dorg salam ngan saya..huhu] bila dorg selalu tengok bnda2 mcm tu?
H : Biasanya dorg bwk hp. Tengok ramai2 dlm kelas bla takde cg.. ishishish.. jahat!
Saya : Apa yg dorg tengok?

H : Saya x tengok cg..x tau la…

Saya : [ye tak ye jugak..hehe] ada cg lain yg tau?

H : Cikgu S suruh saya jadi
spy.
Saya : bagus2..

H : tapi cikgu S da pindah..tak sempat nak bagitau
Saya : hmm..takpe, nanti cg try cr jalan [dah mula pening memikirkan macam mana nak selamatkan mereka..huhu. serius sangat sedih time tu..]
H : Cg..dorg pun merokok jugak
Saya : betul ke? Macam mana awak tau? [sekali lagi terkejut]

H : Saya nampak dlm myspace A. gambar dia hisap rokok
Saya : betul ke? Kut2 dia saje-saje pegang
H : betul cg..takkan la sy nk tipu. Rokok tu siap berasap lagi
S
aya : bagi email dia.cg nk try tgk
H : ok..jap


Saya cuba mencari page A di laman sosial Myspace.
Alhamdulillah terjumpa tapi nasib tak menyebelahi saya. A ‘private’ kan page dia. Kerana perasaan yang melonjak-lonjak untuk tahu. Maka, saya cuba untuk mendaftar akaun di Myspace [huhu..terpaksa walaupun tak berminat lansung dengan Myspace]. Malang sekali lagi sebab tak dapat sign up jugak.

Saya : Hmm..tak dapat tengokla H..
H : Ha’a dia buat private.

Saya : Takpe la.. nantila cg fikirkan mcm mana… [frust~]
H : Ok..cg janji jgn bagitau dorg sy bagitau pasal ni. nanti dorg belasah saya lagi. Silat saya da x blh guna.

Saya : Ok. Jgn risau. knp? da lama tggal silat ke?
H : bukan..saya tengah demam ni..tak kuat sangat..hehe
Saya : ish..awak ni! hehe.ok.cg tak gtaw dorg nye..
H : Tq..cg nak suruh saya jadi spy untuk dorg ke?
Saya : Ha..boleh jugak.. bagus2
H : ok.. nanti apa2 hal saya bagitau cg lagi…
Saya : ok.gud! tq H sebab bagitau semua ni kat cg..

H : sama2 cg
Saya : Aslmkm..
H : Wkmlsm


H sign out


Saya termanggu..titisan jernih mula menitis dari mata. Terkedu. Kaget. Sedih. Terkejut. 1001 perasaan silih berganti mengisi kotak hati. Apa yang perlu saya buat untuk menyelamatkan generasi ini. Kawan-kawan, ini budak sekolah rendah! bukan sekolah menengah! Ya Allah..sangat menakutkan! Inikah generasi yang sering dilaungkan sebagai bakal pewaris kepimpinan negara. Generasi minda kelas pertama. Inikah yang kita mahu?


Sekali lagi saya mengiakan kata-kata Saidina Ali r.a

“ Zaman kamu dididik memang tidak akan sama dengan zaman kamu mendidik”

Saya masih ingat pada kata-kata Dr. Suhailah sewaktu last lecture tentang Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)..
"..bila segala perancangan yang dibuat untuk pendidikan pelajar tidak berjaya, yang bersalah bukan guru sahaja, bukan ibu bapa sahaja..tapi, semua anggota masyarakat patut menjalankan tanggungjawab masing-masing..." [translate from english to malay]

kenapa saya berkongsi cerita ini?

Bukan berniat untuk mendedahkan keaiban sesiapa, bukan untuk menggerunkan bakal pendidik bangsa, bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, bukan, bukan, bukan!


Saya ingin mengajak anda bersama..

* Intailah adik-adik dan anak-anak kita

* Selidikilah dengan siapa mereka berkawan

* Jangan biarkan mereka selalu bersendirian

* Nasihat mereka bukan dengan marah atau tenkingan!

[Saya mula bimbang dengan adik-adik saya~ Ya Allah, jaga mereka!]

Semalam, saya cerita pada kak ti pasal budak-budak ni.. asalnya nak rahsiakan tapi nanti kak ti tau jugak bila baca post ni. Kami dah plan sesuatu, doakan semuanya berjalan dengan lancar sementara cuti sekolah masih berbaki seminggu dan sebelum budak-budak tu naik ke sekolah menengah yang lagi hebat cabarannya.


Misi cuti [ops cegah]

InsyaAllah..akan cuba selalu update dengan H untuk tahu perkembangan dan rawat budak-budak tahun 6 & cuba untuk jaga perjalanan budak-budak tahun 5 yang dah mula menunjukkan belang & cuba untuk tarbiyyah adik-adik di rumah walaupun tak berapa nak reti..huhu! apapun, cuba! cuba! cuba! Allah ada!

10 comments

[fellow followers]