Kg Padang Dan


posted by radhiahsyahida

4 comments


Suasana di pagi hari
bila si ibu mula bising suruh anak mandi
bila si ayah mula check kereta
bila si anak mula pakai baju cantik-cantik

Misi : Menghantar Puan Mar pulang ke gagang..hehe~
Mood : Sangat teruja untuk ke utara

Teringat dulu-dulu, kalau orang tanya dalam banyak-banyak negeri selain terengganu, negeri mana yang paling saya suka, mesti saya jawab kedah!

Kenapa?
Cuba anda bayangkan dua situasi

1. Satu tempat yang mempunyai bangunan pencakar langit dikelilingi bangunan-bangunan tinggi yang berdindingkan kaca. Ditambah dengan bunyi hon kereta bertalu-talu, Kereta bergaduh sesama kereta. Dihiasi pula dengan anak-anak muda berpakaian koyak rabak dan menjolok mata. Oh.no!

2. Satu tempat yang mempunyai sawah padi luas terbentang, sayup mata memandang. Terletak pondok-pondok kecil buat persinggahan seketika untuk menghirup angin semulajadi yang sepoi-sepoi bahasa. Diriangi pula dengan kicauan burung-burung dan haiwan-haiwan lain. Wow.fresh!

Jadi, mana satu situasi yang menjadi pilihan anda?
Inilah yang menjadi punca kenapa saya suka kedah!
melihat keindahan ciptaan Allah lantas akan terdetik hati untuk meratib memuji hebat-Nya

"Dia yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya..Dan hanya kepadaNyalah kamu akan dibangkitkan"
[Al-Mulk : 15]

Kemudian ada yang berkata
"Kalau macam tu, kena cari orang kedah la ni..hehe"

Lantas saya teringat 2 tahun dulu
tempat : dapur rumah
watak : ummi dan anak-anak beliau
mood : fikir masa depan [poyo je..ngehe~]

ummi : "kalau boleh, ummi nak setiap anak ummi cari setiap negeri sorang. kecuali sabah sarawak ah..jauh ngat tu..bila gi ngato, boleh rasa semua tempat"
anak [sape ntah..lupe] : "kedah nge kelantan dop leh doh...kak ti ngan kak lah dah.."
ummi : "ho.. orang lain pilih ah negeri lain plop..hehe"

tapi takdir Allah, sebab kak mar pun jumpa jugak dengan orang kedah, ingat beliau dengan orang .... hehe~ so, kuota kedah sudah padat..huhuhu. (^_^)v

Tidak bermaksud apa-apa untuk cerita di atas tu, saja-saja menimbulkan mood ngade-ngade sket pagi ni. hehe. Sebenarnya, nak cerita pasal kedah je. Dan insyaAllah beberapa jam lagi, kami akan bertolak ke utara iaitu kg Padang Dan [suke sebut nama kg ni..hehe.unik!] untuk majlis sambut menantu kak mar dengan abg imran.

InsyaAllah 5 kereta akan bertolak dari terengganu + 2 kereta dari kelantan. Doakan kami selamat sampai. [hujan tak berhenti sekarang ni kat sini..]

p/s :
1. kedah ngan penang jauh! ;D [saja je~]

2. sedih sebab lepas ni kak mar takdok kat rumah..bosanla takdok orang nak ggaduh.
3. selepas kawen,kak mar semakin sopan dan ayu bila bergambar..haha..[kak mar, jgn marah! orang puji dia ni.. ;p ]

4 comments

  1. safwanhussin

[fellow followers]