ujian itu nikmat


posted by radhiahsyahida

5 comments

Salam Eid Adha
> Sahabat seperjuangan yang dikasihi kerana Allah swt
> Semua pelawat blog ini yang memegang status sebagai muslim dan muslimah

Nikmat

AlhamduliLlah, kalau bercakap bab nikmat daripada Allah semestinya sebagai manusia biasa dan luarbiasa, kita memang tidak mampu untuk menghitung hatta dengan kalkulator paling canggih di alam semesta sekalipun.

Ujian
Sebenarnya hari ini keluarga saya diberi satu lagi n
ikmat dari Allah s.w.t [Maha suci Allah] iaitu nikmat ujian.

kronologi


24 nov - [petang] Gotong royong membersih halaman rumah diadakan, tengah syok-syok bersih daun-daun yang berjuntai di tepi pagar, ditakdirkan mata abah dimasuki sesuatu yang tak dapat dikenal pasti.


25 nov - [pagi] Mata abah makin teruk, merah dan bengkak. Abah terus pergi mendapatkan rawatan dari pakar mata. Akhirnya, mata abah terpaksa dibalut sebelah kiri [ala-ala lanun macam tu la..]

26 nov - [pagi] Abah pergi berjumpa pakar mata untuk kali ke-2. Dikhabarkan bahawa terdapat kuman di dalam mata yang menyebabkan mata abah semakin bengkak dan bernanah. Doktor terpaksa menahan abah untuk berada di wad untuk rawatan susulan.
[petang] seronok dapat berbuka puasa di hospital bersama-sama abah [first time..cam darrak sket ar..]

27 nov - InsyaAllah raya korban. Terpaksa berkorban untuk tidak pulang ke kelantan demi seorang abah.

Saya tidak mahu apa-apa, cukuplah sekadar titipan du'a dari kalian untuk abah saya yang berada di Hospital Besar K.Trg sekarang ini.


Indahnya nikmat ini, mungkin sebagai kifarah dosa untuk abah dari Allah. Siapa tahu kan? Sedih itu memang tidak dinafikan lansung! Tapi bersyukur juga perlu. Lagipun saya percaya tidaklah Allah menjadikan setiap sesuatu dengan sia-sia~

p/s : teringat masa bergurau dengan abah semalam. "Abah, kalau gi smayang raye luse mesti abah jadi fames je sebab sume org tengok op.." [tetibe rasa bersalah plak kata macam tu padahal abah tak ada pun pluang untuk smayang raya tahun ni...=( ]

Gambar untuk tatapan anak-anak abah yang berada di kelantan & kedah. Dengan ucapan, moga tabah berhari raya di perantauan~



Langit Allah di Kuala Terengganu.. subhanaLlah, cantik!
Tapi, percayalah terdapat 1001 rahsia disebaliknya..


5 comments

[fellow followers]