Archive for December 2009

Jumpa lagi tahun depan..


posted by radhiahsyahida

5 comments


Sebab tahun ni saya nak balik terengganu! Tahun depan saya datang balik gombak yee.. ;D

p/s utk budak-budak losong : sape rajin study je dapat ni ye! hehe~

Balik, seronok bukan?


Akhir-akhir ini, status hidup asyik seronok, gembira dan suka saja.
Namun..kadang kala manusia itu sering lupa, setiap kegembiraan itu pastikan terselit kedukaan. Setiap kesenangan itu pastikan diselangi kesusahan. Itu janji Allah dalam surah Al-Insyirah, ayat 5 & 6. Saya mula akur..walau hati masih basah.

Maaf kawan..

Lisan senang menipu, tapi riak sesekali tidak! Memang saya suka untuk cuba berlagak tenang~


Dan saya terharu kerana kalian merupakan scanner hati yang terbaik!

GG, Kak Nuha, Syifa > Terima kasih untuk hadiah malam kegembiraan dari kalian. comel kan baby tu!

Ecah > Terima kasih meminjam pagimu untuk esakan itu. Terharu~
Sungguh!
Umy, Grah, Ana > Terima kasih atas setiap langkahan hingga ke muka pintu dan kalian dah macam detektif conan! serius tak tipu!

Mira, Aisyah, Sheika > Terima kasih kerana perasan dan sudi teman. Saya belajar mengenal kelemahan diri dari kalian. Tenggelamkan diri ini dalam dunia tawa dan semangat!

Intan > Terima kasih tak putus-putus bertanya! Saya tahu kamu memang teman terbaik~

Farah > Terima kasih panggilan yang tak diduga. Farah, hadirmu memang menggembirakan insan!

Dayah > Malam-malam tak sangka masih punya tetamu. Terima kasih sudi jenguk!

Kisah itu, biarlah saja saya dan kalian yang tahu. biarkan...biarkan..saya mahu saja ia ditiup angin. Tapi angin pula tak larat nak bawa! oh..

Apa-apapun, doakan saya sekuat Irfan Hakimi, seorang Remaja Mulia yang membesar tanpa ibu, menghadapi kematian ayah di depan mata, dituduh pula mencuri sehingga dibuang sekolah, disaat sendu bertandang, kehilangan pula Haji Makruf yang menjadi penjaganya. Yang menggembirakannya dikala ujian bertimpa-timpa itu siapa?
Penulis Remaja Mulia menjawab: Allah sahaja penawarnya!

Ok! saya cuba untuk tidak cuba berlagak tenang lagi~ ^__^

Teringat semula janji Allah swt : Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Bukti?
2 minggu lepas, Kak Mar dan Abang Imran diuji dengan kemalangan jalan raya. Luka sikit je tapi kereta rosak teruk. Diorang macam sedih jugakla.. Tiba-tiba kan, semalam Allah datangkan berita gembira! KAK MAR PREGNANT ADIK TOCIM!! alhamdulillah! kenapa adik tocim? oh..itu hal sesama adik beradik je. yang pastinya, sangat teruja nak tengok gaya kak mar mengandung..waha.macam tak percaya je makcik tu dah nak jadi mak orang~ apapun, syukur sangat! terima kasih Allah! ^__^

Balik cuti ni, saya tinggalkan satu hadiah untuk kalian.Kot-kot la malam tahun baru nanti ada yang rindu [perasaan!ehe~], maka..tatap la gambar ini dan hayati kata-katanya ye...


Aku kagum dengan pencipta kapal terbang! Tapi aku lagi kagum pada Pencipta burung kerana Dia mencipta burung dan mencipta pencipta kapal terbang! -radhiahsyahida

-moga Allah redha-

seronok kan?


posted by radhiahsyahida

7 comments

Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya r.a. katanya: Rasulullah saw telah bersabda "sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" (Attarmidzi)

mesra kerana Allah!

Di sekitar arsy ada terdapat menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaian mereka dari cahaya & wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi & syuhada, hingga para nabi & syuhada kagum pada mereka. Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah menjawab:
"mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, selagi bersahabat kerana Allah, selagi berkunjung kerana Allah & selagi memaafkn kerana Allah!"

Status : Seronok..suka..gembira..happy..farh..alhamduliLlah ^__^

* seronok? oh..tiba-tiba terasa macam nak makan kuih beronok warna merah [tak tau betul tak ejanya..huhu.abaikan~]

** gambar ihsan dari cik google =)

Mutmainnah dan Kisah Nafsu [p.2]


posted by radhiahsyahida

9 comments

sambungan Mutmainnah dan Kisah Nafsu

.
..
...
....
.....


"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"

"Oh..kaya la kita ada banyak nafsu..hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.

"Begini Ina, sebenarnya dalam dunia ni, nafsu ada 7 peringkat..dan bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tak elok.." Kak Aishah menarik nafas panjang…

"Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa bila diuji. Mereka tak sedih dan tak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan."

"Contohnya kak?"

"Contohnya?? Emm..macam ni.. Seorang wanita yang mengaku islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa bila tidak memakai tudung atau bila memakai pakaian jarang.."

"Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya’ bila melakukan sesuatu kebaikan"

"Kak, macam mana nak elak nafsu Lawwamah ni ek?"

"Mujahadatunnafs! Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan Iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, siap berakal lagi! Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras"

"Thanks kak…ok, sila sambung lagi..ehe"

"Ye baik cik adik…nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai bila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar…bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.."

"Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah swt dan layak memasuki syurgaNya" kak Aishah berhenti seketika..mengambil nafas barangkali…fikir Mutmainnah yang masih tersengih-sengih tatkala namanya disebut sebagai salah satu peringkat nafsu yang layak ke syurga.

"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap"

Oh..sesungguhnya nama tak dapat mewarisi peringkat nafsu!huhu.. Mutmainnah hanya mampu mendengus di dalam hati. Dia masih ingat lagi kisah 'Takut & Harap Saidina Umar' yang mana bila ditanyakan oleh Rasulullah s.a.w…
"Hai Umar, apa yang kamu maksudkan dengan TAQWA?"
Jawab Umar "TAKUT & HARAP… iaitu aku takut jika semua manusia layak ke syurga kecuali aku dan andaikata jika seorang saja manusia yang layak ke syurga, aku berharap itulah aku"


"Ok..nak sambung lagi ke?" Kak Aishah memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sebentar tadi..

"Nak..nak.." Nusaibah, sahabat mereka dari Baling, Kedah cepat-cepat menjawab. Fuh, bersemangat.

"Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja"

"Oh..ini macam tahap wali-wali Allah la ni ye kak?"

"Yup..selain itu wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi." Sebagaimana sabda RasuluLlah s.a.w yang mafhumnya..
Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur [petunjuk] Allah swt. –riwayat At-Termizi-

"oh..macam tu rupanya.." sampuk Anisa, teman sehalaqah mereka juga.

"ok..akak sambung sikit lagi ye..2 saja lagi.. akak cuba ringkaskan. Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah..iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah swt dan yang paling best, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha..best kan?"

"Ha'ah..seronoknya kalau setiap amal kita confirm and confidence je Allah redha.."

"Conclusion, buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang! hoho..seronok je akak cakap macam ni kan?..payah nak buat tu dik, payah..! sebab tu la, kita diberi peluang untuk istighfar. Leka dan terus memohon ampun. It is the best formula!"

"Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para rasul, para nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. SubhanaLlah!"

"Fuh..semput akak nak habiskan semua peringkat nafsu tu…ok, semua dapat dan faham?"

"Dapat kak.." jawab mereka serentak.

"Ha..good girls! Sekarang, akak nak korang semua nilai balik nafsu korang semua kat peringkat mana. Muhasabah itu mesti! Ingat, penciptaan nafsu oleh Allah swt itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. So, tak boleh nak pertikaikan lagi kenapa wanita tu ada banyak nafsu sebab kalau dia pandai menundukkan nafsunya, insyaAllah akal dan nafsu tu akan berjalan seiring.."

"Lagi satu, walaupun nafsu yang baik tu macam payah je kita nak dapat, tapi kita tak boleh putus asa. Contohnya, kalau Ina nak dapatkan peringkat nafsu Mutmainnah tu, kena jihad lebih la ye sayang.."

“Err..hehe..InsyaAllah kak!” Tersengih-sengih Mutmainnah. Macam tahu-tahu je aku tengah terfikir tentang tahap nafsu tu.

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang sampai malam ini. Ya, mungkin aku terlalu mengikut nafsu yang kurang baik menyebabkan aku terjebak untuk melakukan dosa-dosa kepada Allah. Mungkin bagi mereka di luar sana, khilaf yang dilakukannya itu sekadar dosa-dosa kecil yang boleh diampunkan Allah bila-bila masa. Tetapi tidak bagi Mutmainnah, selagi mana tindakannya itu bakal menghantar kakinya untuk selangkah ke neraka, dia tidak tega untuk terus berasa bersalah!

Hurm..alhamduliLlah, jiwa aku makin damai sekarang. Aku tahu Allah sayang pada aku. Moga hijrah aku kali ini lebih bererti. Aku yakin dengan izin Allah! Mutmainnah sudah mampu tersenyum. Malam 10 Muharam 1431 hijrah ini amat bermakna baginya. Dia telah menemui erti hijrah yang sebenar-benarnya. Esok, hari asyura..insyaAllah, dia akan berpuasa sebagaimana disunatkan berpuasa. Sabda RasuluLlah saw:
Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu -riwayat Imam Muslim-

Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tapi tidak pernah lupa untuk bersyukur padaNya!- radhiahsyahida



p/s : Mutmainnah adalah sekadar watak. Kisah nafsu itu pula mungkin boleh terjadi kepada sesiapa baik lelaki mahupun wanita. Ambillah 'ibroh bukan sekadar bacaan ringan. Manusia itu tidak terlepas dari silap kepada Tuhannya. Tapi, punya peluang untuk pulang kepada fitrah. Ampunilah dosaku dan dosamu.Ameen!

Mutmainnah dan Kisah Nafsu


posted by radhiahsyahida

9 comments


Usai maghrib, Mutmainnah mengesat air mata. Betapa deras ia mengalir sementelahan hatinya semakin tegang menghitung khilaf yang dilakukan sehari-hari. Sedar mahupun separa sedar. Bukan dengan Sang Khaliq sahaja, bahkan dengan ciptaannya juga. Bukan dia tidak pernah menyesal suatu ketika dulu. Dia pernah! Tapi, dia tersungkur lagi..

Air jernih menyelusuri pipi. Dibiarkannya sahaja. Perempuan dan air mata ibarat sahabat sejati. Wudhu' itu ikatannya. Itu kata ibu Mutmainnah. Lantas, Mushaf ‘Uthmani digapainya. Sudah seminggu dia tidak menyentuh kitab suci itu lantaran telah dilarang oleh Allah kepada kaumnya agar tidak menyentuh dan membaca kalam itu untuk tempoh-tempoh tertentu. Walaupun pada hakikatnya, teman-temannya sering mengingatkan, jangan lupa zikir itu masih ada. Setiap langkah kamu ke dewan kuliah, pulang ke bilik, mahu ke mana-mana sahaja, lidah kamu masih tidak dihijabkan untuk menyebut namaNya, puji agungNya.

Mutmainnah akui itu semua tapi tatkala bibir mula bergerak-gerak, pasti syaitan mula memadam ingatan dan mengalihkan pandangannya.


"Mutmainnah, cuba lihat sana! Baiknya lelaki tu kan? Jalan tak pandang perempuan pun"
"Mutmainnah, tak payah la terkumat-kamit macam tu..Nanti orang ingat kamu sewel pula"
"Mutmainnah…ini"
"Mutmainnah…itu.."


"Aku memohon ampun darimu ya Allah!" Mukanya diraup entah buat keberapa kali. Jutaan penyesalan dilontarkan untuk mendambakan keampunan Tuannya.

Tenang, diam, dan dengan perlahan-lahan dia menyelak halaman yang ditanda minggu lepas.

Ayat 125 dari surah Al-An’am dibacanya dengan tartil, kemudian disambung pula dengan ayat 126. Dia berhenti seketika, bagaikan ada magnet yang menariknya untuk mentadabbur ayat tersebut. Terjemahan dibuka dan diteliti maknanya..


"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. Dan inilah jalan Tuhanmu; (jalan) yang lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang mengambil pelajaran"

Air matanya lebat lagi. Tanda kesyukuran kerana tatkala bergelumang dengan karat-karat dunia, dia masih layak untuk dipimpin bagi menerima taufiqNya. Dia tidak memandang ke belakang lagi. Dia dahaga! Dia lapar! Dia rakus menyantap hidayah Allah yang mencurah-curah jatuh seolah-olah cuba untuk menyucikan hatinya yang sering berbolak-balik itu.

"Kalau benar aku sentiasa mohon untuk berlindung dengan Allah dari syaitan, kenapalah aku masih terdorong untuk menghampiri lereng-lereng dosa ni?" Mutmainnah terfikir lagi selepas menamatkan bacaannya pada malam itu. Mushaf biru itu disimpan kembali ke tempat asal. Dengan seragam putih yang masih tersarung, dia ingin mengisi malam-malam bercahaya itu dengan muhasabah.

Dia teringat kembali buku yang pernah dibacanya suatu ketika dulu, 'Personaliti Wanita Yang Disayangi Allah & Rasul'. Buku itulah yang menjadi hadiah hari lahirnya yang ke-22 oleh kakaknya, Mardhiyah..
Wanita itu banyaknya nafsu 90 peratus manakala akalnya 10 peratus sahaja. Tetapi berbeda bagi sang laki-laki, 90 peratus itu akalnya, tetapi nafsunya 10 peratus sahaja. – Hadis

Maka beruntunglah bagi si wanita kerana telah dianugerahkan sang laki-laki sebagai pemimpinnya, kerana sang laki-laki itu banyak akalnya yang mampu mendidik dan menunduk nafsu si wanita tersebut.

"Eh..betul ke wanita ada banyak nafsu. Aku tengok zaman sekarang lelaki yang berlebihan nafsunya dari wanita." Desis hati kecilnya ketika itu.

Lantas, malam khamis 3 minggu lalu yang menjadi kebiasaan untuk Mutmainnah dan akhawat lain untuk menerima tarbiah dari naqibah mereka tidak dipersia-siakannya.

"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"

"Oh..kaya la kita ada banyak nafsu..hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.

"Ala akak ni..takkan nak bergelar jutawan nafsu pulak..mentang-mentang baru balik Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan minggu lepas ye.." Mutmainnah menyakat naqibahnya itu kembali.

Seronok. Antara mereka tiada jurang. Walaupun bergelar seorang naqibah yang sudah berkahwin dan berkerjaya pula sebagai seorang jurutera, Kak Aishah tidak pernah meletakkan jurang yang tinggi antara dia dan mad'unya.. Uslub tarbiyah yang menarik barangkali.

.....
....
...
..
.

kisah Mutmainnah insyaAllah bersambung...

kisah 2

jom baca du'a!


posted by radhiahsyahida

2 comments

Doa akhir tahun [dibaca selepas solat asar 30 zulhijjah]


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.


Doa awal tahun [dibaca selepas solat maghrib 1 muharam]


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.


Berdoalah! Mohonlah pada Allah! Jangan takbur dengan diri! Ingatlah hanya Allah yang selayaknya bagi kita untuk mengadu dan meminta. Walaupun kita umpama debu-debu yang halus di dunia ini, namun percayalah. Allah dekat dengan kita!

Salam Ma'al Hijrah.I proud to be a muslimah.Thanks Allah!

sekali air bah, terus sekolah berubah!


posted by radhiahsyahida

No comments

Tadi petang saya baru habis training netball untuk Karnival Sukan Belia Islam [KASBI] dan tadi malam saya baru habis training kawat kaki untuk Karnival Sukan Inter-Mahalah. Oh..penat2. tapi part kawat sangatla best.. Alhamdulillah, selepas hampir 3 tahun meninggalkan ia di arena persekolahan, akhirnya peluang tu muncul jua malam ni!

Tiba-tiba, tengah kawat tadi fikiran saya asyik berlegar-legar teringatkan zaman sekolah. Terngiang-ngiang suara Cik Lan sebut "Skuad! dari kirik cepat jalan!" dengan suara brutal beliau. Latihan demi latihan dari waktu saya form 1 yang tak tahu apa-apa sampai jadi senior yang berkuasa..haha! Teringat masa perbarisan hari kemerdekaan peringkat negeri, kawat kaki antara daerah, PPI menang kawat kaki! [waha..seronok!]

~dalam kenangan~

Tu intro je..sebenarnya nak letak gambar banjir! ehehe.. lepas teringat sekolah, teringat plak dulu saya pernah janji nak letak gambar banjir kat terengganu kan? Sebenarnya, tak sempat nak ambik tapi bila buka website sekolah, cikgu ada letak gambar banjir kat sekolah. So, curik jela..hehe.


Sekolah ni dah biasa dengan banjir sebab kedudukan geografi yang terletak di kawasan Hulu Terengganu iaitu Kuala Berang [dekat je dengan air terjun sekayu ;D]


sekali air bah, habis rosak meja sekolah!


.pondok guard.
tempat kami lepak petang2 selepas stress study sambil usya kereta cikgu keluar masuk.

~heheh~

TM 5454 [kereta lama cikgu mokhtar.. ;p]



Depan : Encik Yus [Pegawai Tadbir]
Belakang : Pok Burn [Technician]

[..seronoknya naik bot..]


tahap kedalaman melebihi tinggi seorang pakcik arab 190 cm..huhu


Sekolah ni ada 1 blok je..dikenali sebagai blok akademik.
sebabnya..student ada lebih kurang 350 orang je.

masa saya form 5 dulu, batch kami ada 36 je. form 4 dalam 40. form 3 dalam 120. form 2 dalam 100. form 1 dalam 60. sikit kan? huhu~ redha je.



pandangan dari atas..[tiba-tiba rasa sayu..huu!]

"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagi bagimu dan langit sebagai atap. Dan Dia menurunkan air [hujan] dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Kerana itu janganlah kamu menyekutukan Allah padahal kamu mengetahui"

[Al-Baqarah : 22]

-seniority 2006- the only 36 =)

bila budak KL datang KL


posted by radhiahsyahida

2 comments

Ulang tulis : Bila budak KL [kampung Losong] datang KL [Kuala Lumpur] ;p

Jumaat, 11 Disember 2009

Cuti sekolah, Ihsan dan Bacik datang Putrajaya. Maka, dipujuk kakaknya untuk jalan-jalan di KL. lor, ada apa la kat KL ni? kata kakaknya..

Ihsan, 16, M

Bacik, 14, M

Bacik, Outside KLCC, future PMR's candidate

Ihsan, Inside the KLCC, future SPM's candidate

Hang out

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu pada mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui" [9]

"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah dengan sebanyak-banyaknya supaya kamu menjadi orang-orang yang beruntung" [10]

[Al-Jumuah: 9-10]

Simple story pada waktu jumaat di masjid As-syakirin, KLCC. Saya ingatkan masjid ni macam masjid UIA yang ada ruang untuk jemaah wanita walaupun pada solat jumaat. So, saya pergila bawak Ihsan dan Bacik tapi malangnya saya tak dapat masuk. Pastu, saya tunggu la bawah pokok yang berhampiran dengan masjid. Semasa jemaah sedang solat, saya nampak kelibat 3 golongan lelaki yang dalam perjalanan ke masjid tersebut.

Pertama, seorang pakcik tua yang berjalan terhenjut-henjut dan berusaha untuk ke masjid walaupun masa tu dah rakaat ke-2.

Kedua, sekumpulan lelaki yang berlari-lari ke arah masjid untuk mendapatkan rakaat ke-2 tersebut.

Ketiga, 2 orang lelaki yang jalan berlenggang sambil enak bersembang tanpa menghiraukan solat yang dah nak habis.

Akhirnya..3 golongan tadi semuanya tak sempat solat jumaat!

Wahaa! Speechless! Lantas saya teringat satu hadis nabi yang selalu ada kat TV3 masa waktu jumaat. "Barangsiapa yang meninggalkan solat jumaat tanpa keuzuran, maka Allah akan menutup pintu hatinya.."

Oh..patutla.. orang yang dah terbiasa tak solat jumaat tu relak semacam je sebab memang pintu hati mereka dah tertutup. ya Allah, kami berlindung denganMu!

-no comment.just story.nilai sendiri neh!-

firasat hati : owner dia kaya dan bernama RAZI. [Allahu'alam]

Bertolak dari UIA Gombak sekitar jam 9.30 pagi, balik ke Putrajaya sekitar jam 5 petang tanpa beli apa-apa. Nasebla dapat kakak yang tak suka shopping dan adik yang suka berjalan. 0_v

p/s : pernyataan "lor..ade apa la kat KL ni?" bukan berniat untuk memperlekehkan KL [Kuala Lumpur], tetapi untuk menggambarkan bahawa kakak Ihsan dan Bacik ini memang tak kenal tempat-tempat menarik kat situ..huhu~ Sori kalau ada orang KL [Kuala Lumpur] yang marah..hehe

Nak kahwin awal ke lepas belajar?


posted by radhiahsyahida

15 comments

* sila tekan ctrl bersama + untuk bacaan yang lebih jelas.



Wah, soalan yang agak sensitif di kalangan pelajar especially budak-budak UIA la kot. Kan?

Saya selalu jugak la bersembang dengan kawan-kawan pasal kahwin. [ngehee~]
Maka timbullah beberapa persoalan…

“Tak boleh ke nak cop dulu?”
“Kalau dah ada, tapi dah janji nak kahwin lepas belajar macam mana..”

“Kalau tak boleh couple, habis tu bila nak kenal pasangan tu? Takkan bila jumpa, terus kahwin..”


...dan banyak lagi persoalan-persoalan yang selalu bermain di minda mereka ni.

Kahwin awal…

Siapa la yang tak nak.. Dah tak perlu nak takut bila jalan berdua, boleh elak maksiat mata, hati, teliga dsb., ada tempat bergantung bila ada problem dalam pelajaran dan yang paling penting, punya ‘sayap’ dalam perjuangan.

Bagi saya, kahwin awal tak salah! Bagus! Sangat digalakkan.. tapi, layakkah dengan keadaan kita pada masa itu.

Ok, saya bagi satu cerita. Mungkin sebagai pengajaran bersama..

Ada seorang sister, pelajar tahun ketiga di oversea. Telah berkahwin disana dan mendapat seorang anak. Tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan terpaksa tumpu pada keluarga. Akhirnya, dia balik ke Malaysia dengan suami dan anak tapi tanpa ijazah. Ok, fine, di Malaysia, suami kerja dan dia suri rumah. Selepas anak ke-3 lahir, dia diuji oleh Allah swt dengan kematian suami secara mengejut. Sister tadi mengalami masalah untuk menyara anak-anak yang masih kecil disebabkan dia tak ada kelulusan + tak ada kemahiran.

Tidak menyalahkan takdir Allah, tapi perkara-perkara macam ni perlu di ambil berat juga. Nak kahwin masa belajar boleh.. Tapi perlu ada kekuatan la! Yang penting, suami dapat, ijazah pun dapat! haa…baru hebat~

Tapi, jangan pula kata kahwin masa belajar berisiko!! Jom, layan lagi satu cerita..

Ada seorang sister ni. Belajar di oversea juga. Aktif dalam kerja dakwah. Umur 21 tahun dah berkahwin melalui orang tengah [fuh..hebat la..sangat kagum!]. Belajar beberapa tahun dan akhirnya pulang ke tanah air dengan seorang suami dan 1st class degree. SubhanaLlah, hebat kan?

Nilailah dua cerita ini dengan mata hati, pengajarannya cari sendiri ;-)

Tapi…kalau tak nak kahwin lagi masa belajar macam mana pula?


Oh, macam tu senang je. Tak perlu pening-pening kepala. Tak payah la nak risau sangat dengan jodoh. Kita kan ada Allah! Kita dan ‘jodoh kita’ pun milik Allah. Berdoa la mintak Allah satukan kita dan ‘si dia’ dengan ikatan yang sah pada satu masa yang paling sesuai nanti. Mencari jodoh itu tak salah tapi biar ada matlamat la. Ok. Saya bawak satu cerita lagi..

Hari tu, ada sorang membe ni mintak saya carikan seorang sister dari UIA untuk dijadikan calon isteri beliau. Maka saya tanya.. “Mu nak kahwin bila?”
Dia pun jawab “Aku dah sign contract, tak leh kawen lagi. Takpe, mu cari je, boleh aku kenal-kenal dulu”
“Tak boleh[2x], aim dulu bila nak kawen, setahun sebelum mu nak kawen, kabo ke aku. baru aku tolong carikan.”
Noktah! [err..sori kalu ade yang terasa..ni contoh je oke..]

Maksudnya kat sini, kalau tak ada niat untuk berkahwin dalam masa terdekat, tak payah la nak berkeinginan untuk mencari pasangan. Bertunang pun bukan salah satu penyelesaiannya kalau hati masih tak mampu nak kawal lebih-lebih lagi bila ikatan tu sampai 2, 3, 4 hatta 5 tahun lamanya..huh!

Tapi, kalau kita tahu ada orang suka kat kita macam mana? [kot-kot la ada orang tanya soalan ni..]


Cuba jauhkan diri! itu saja penyelesaiannya. Kalau kerap berhubung..cuba kurangkan. Tidak perlu sampai perubahan yang mendadak. Mungkin dia akan pelik dengan perubahan anda. Kalau mampu berterus terang, silakan. Kuatkan diri! Jangan risau dengan jalan yang anda pilih. Jika kita turut sayang padanya, maka itulah jalan terbaik! Agar si dia dan anda tidak terus-terusan melayan jiwa yang tidak keruan sehingga mengundang murka Allah. Ingatlah redha Allah itu utama!

Kalau tengok kepada yang bercouple lama-lama, kalau berakhir dengan perkahwinan, alhamdulillah! Tapi, kalau yang akhirnya berkahwin dengan orang lain. Tak ke membazirkan topup, duit dan segala macam hadiah?

Buat apa nak kenal lama-lama dengan pasangan, bercinta lepas kahwin lagi seronok! InsyaAllah.

Kesimpulan : kahwinlah cepat atau lambat, tapi jagalah hubungan sebelum kahwin. Ingat, niat tak menghalalkan cara. Bertunang bukan bermakna kita sudah menjadi hak dia secara mutlak!

Sekadar berkongsi satu du’a, selalu la amalkan du’a ni setiap hari lepas solat…

ربَّنَا هبْ لنا مِنْ أزْوَاجِنَا وذُرِّيَتنا قُرَّة أَعْيُنْ واجْعَلنا للمُتَّقين إِمَامَا

Du’a ni ustazah kat KIST yang kasi dulu, dia suruh amalkan even masa tu kami baru form 5. Alhamdulillah, berkat amalan du’a ni juga, ustazah ni dapat seorang suami yang sangat hebat dari segi akademik dan agamanya dan anak-anak yang sangat comel dan pandai. SubhanaLlah! Allah memang Maha Adil.

** Ini hanyalah pendapat peribadi dari seorang manusia yang belum berkahwin dan suka belajar dari pemerhatian. Nak bangkang, boleh, nak setuju, silakan~

p/s : tahniah untuk senior KIST yang bakal bertunang dengan jejaka pilihannya yang juga senior KIST. fuh, mantap! cepat-cepat kahwin ye! moga Allah redha kalian. Dua-dua bakal guru.ehem..nanti bolehla posting ke sabah atau sarawak sama-sama ye! ehee~

Seminar Pengurusan Kewangan&Keusahawanan (SPKK)


posted by radhiahsyahida

2 comments


Sistem pengurusan kewangan anda kurang sistematik?

Punya impian untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya?

Ingin mendapat tip-tip berguna untuk menjadi seorang usahawan?

Ingin mengenali dan mendapat petua daripada usahawan-usahawan yang telah berjaya?

Jangan lepaskan peluang!

Jom sertai Seminar Pengurusan Kewangan & Keusahawanan

Masuk adalah percuma!

Makanan disediakan untuk 500 peserta terawal yang mendaftar

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.spkk.info
untuk pendaftaran, tentatif program dan maklumat-maklumat lain.

Sabda RasuluLlah s.a.w :

"Sesungguhnya 9/10 dari sumber rezeki datang dari bidang perniagaan"


menghayati sepi bersama saidatina Aisyah r.a


posted by radhiahsyahida

7 comments


















~gambar semata-mata~ [suka duduk menghadap tasik, sungai, pantai, air terjun dsb. seorang diri macam pak cik ni..]


Wanita itu...

Marhalahnya istimewa
Tatkala anak-anak kecil riang berlari
Dia diangkat menjadi sayap kiri
Buat manusia agung
Muhammad kekasih Ilahi

Al-Humaira'...
Lemahmu tiada dalam sejarah
Cerdas akalmu mengambil sabda RasuluLlah
Hebat tingkahmu telah menjadi 'ibrah

Wahai ibu orang-orang yang beriman
Dirimu sumber inspirasi!

Aisyah Humaira'...
Paras menawan bukannya taruhan
Tempat terulung Tuhan janjikan
RasuluLlah kesedihan bahumu dihulurkan
Keranamu Aisyah sumber ketenangan

Saidatina Aisyah
..................
.....................
.......................

Mood : blurrrr...
Tempat : E2.2, Mahalah Safiyah
Status : alone [sambil ditemani teman YM iaitu zarin yang sibuk nak cerita pasal kisah misteri plak..saje je..huhu]

p/s to zarin : tak takot [2x]. Allah wif me ;p [dah pasang bacaan al-Ghamidi kuat-kuat..hee]

***

Sunyi!
Tidak seronok!

Mood terkejut!
Dari selalu bising kepada sunyi sepi!
Sepi!

Ditemani alunan ayat-ayat suci!
Syahdu!

Masih mencari mood yang hilang!

Hilang ke mana ntah?
Masih punya tugasan!
Perlu menghayati kisah Saidatina Aisyah!
Sempena mukhayyam esok!
Oh!
Kagum!
Di mana dapat kucari wanita sehebat beliau!
Tidak!
Payah!
Susah!
Mencontohi beliau?
Mungkin!
Entah?
Moga ada!
Dan aku cuba!
Kalian juga!
Kita sama-sama!

Tuhan, kembalikan mood!

Pinjamkan kekuatan!

ya, kekuatan yang terbang!


ku ingin kembali


posted by radhiahsyahida

9 comments


Di kala ku kesepian
Fikiran mengimbau kenangan

Sukarnya nak kulupakan
Peristiwa pahit yang mencengkam

Di kala ku kesepian
Munajat kepadaMu Tuhan
Ku sedari diri yang terbuang
Umpama buih di lautan

Apalah nasib diri ini
Menjadi mangsa hina mereka
Namun ku pasrah kehendak Ilahi
Moga terubat hati yang luka

Yang berlalu biarkan berlalu
Bersama kita bina hidup baru
Lupakan segala rasa dendammu
Penuhi kemaafan di jiwamu

Hulurkanlah serpihan kasihMu
Berikanlah peluang disampingMu
Usah biarkan daku terumbang ambing
Dipukul ombak nafsu

Ku pohonkan restuMu rahmani
Ampunkanlah dosaku yang lalu
Kerna diriku hanya seorang hamba
bernama m.a.n.u.s.i.a

ku ingin kembali
by : jilul Quran

Suka..
Hanya suka sahaja..


Lagu ini..

Tiada kaitan dengan sesiapa..

Tiada

Ya..tiada!


Sebagai hamba..

Mengenang cerita semalam itu pasti..

Tapi untuk kembali..?

Terpulang pada diri~


Manusia punya sejarah..

Cantik, manis, pahit atau biasa-biasa

Rasa yang menjadi satu adunan

Akan dibentuk satu acuan

Maka..

Itulah kamu sekarang!


Hamba dulu

Kehidupan tak seindah mimpi di subuh hari

Maka usah kembali!

Jika lurus sudah ditemui.


Manusia dulu

Warna-warni pelangi di sisi kamar menanti

Kembalilah!

Jika kini..

Awan berarak

....dan hujan tidak berhenti-henti.oh!


KU INGIN KEMBALI!


p/s : luse dah kembali ke UIA! arghh..tidakk!
mode : hujan turun dengan bersungguh-sungguh pada hari ini


[err..bulan 11, 11 posts. comel je..]

[fellow followers]