tinta terakhir dari Mutmainnah


posted by radhiahsyahida

9 comments


Terima kasih Allah atas nikmatMu pada hari ni. Hurm..tak sangka Allah dengar rintihan hati aku.

Termasuk semalam, dah 3 hari purse aku hilang, puas aku cari kat mana-mana. Aku ingatkan dah hilang semua duit, kad-kad penting n especially benda tu..huhu.


Ya Allah..Serius tak percaya, pagi tadi makcik cleaner terjumpa purse tu tepi semak dekat longkang blok E. Nasib aku selalu tulis nombor hp dekat mana-mana barang penting. syukuurr sangat ya Allah!!


Ya Allah..aku makin percaya ini mungkin berkat pergantungan sepenuh hati pada kuasaMu ditambah pulak dengan keberkatan dari sunat dhuha. Aku percaya dengan apa yang Kau janjikan terhadap hamba-hambaMu ini memang bukan khayalan semata-mata, tetapi inilah kasih sayang bersandarkan ujian yang kadang-kadang manusia masih tak sedar. Cukuplah! Jauhkanlah aku dari golongan itu ya Allah!


Ya Allah, berilah nikmatMu kepadaku dan jadikanlah aku orang yang bersyukur!

Ketenangan bersama Ilahi,

20 Januari 2012.


Mutmainnah menutup diari berkulit hijau itu perlahan-lahan. Dikucup purse hitam yang berada di sebelah diari itu berkali-kali. Bukan kerana terlalu sayangkan purse itu. Tetapi, sekadar wasilah untuk dia terus melampiaskan perasaan syukur kepada Allah yang mengembalikan kesedihannya sejak 3 hari yang lalu. Ada sesuatu yang bernilai di dalam purse tersebut yang tak mungkin dicari ganti.
“Valuable till the last breath kan awak?” Itulah kata-kata seseorang kepadanya empat tahun dahulu yang masih segar meniti halus dalam ingatannya sehingga saat dia menghirup oksigen kini.

***

“I think this is our second last lecture before your final exam, right?” sayup suara Dr. Mursyid kedengaran dari depan memecah sunyi tatkala para pelajar Quantity Surveyor, Kuliyyah of Architecture and Environmental Design (KAED) sibuk menyalin nota tambahan terakhir dari beliau.


Yes doctor, why?” Maad, pelajar dari Iraq laju menjawab. Pelajar foreigner memang selalu macam tuu..


“oh, I guess some of you will be graduated on this semester..."


“Yesss!!” kedengaran beberapa suara menjawab. Berbagai nada bunyinya.. Paling kuat kawasan brother la..bersambung pula perkataan ‘insyaAllah’ oleh beberapa orang sisters. Masing-masing seperti tak sabar-sabar nak grade lagaknya.


“Ok..ok..dear my beloved sons and daughters. Actually, I just wanna share something with you all due to my responsibility as your surrogate dad here..
My dear, deeply from my heart, I wish.. Once you all graduated from here, please don't forget to bring a title as ‘Islamic worker’ in anywhere you might go. Don’t you think working in this field is to perform your job well only, but the most important one is to let somebody see our attitudes as good Muslim! As Islamic university's graduate also! Please avoid bribery, my dear! Please, if you wanna get barakah in life and also achieve your dreams in your profession.”
Lambat dan lembut Dr. Mursyid menitahkan amanatnya itu. Rasa bimbang terukir andai kata-kata itu tidak sampai ke dalam hati manusia-manusia di hadapannya itu. Namun, dia yakin tugasnya hanyalah untuk menyampaikan sahaja, yang layak memberi taufiq kepada mereka hanya Allah semata.


Mutmainnah tunduk memandang kasut. Tidak sampai sebulan lagi dia akan menamatkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa ini. Taman Ilmu dan Budi yang banyak mengajarnya untuk terus hidup dengan bersyukur. Di dataran inilah dia mula belajar bahawa setiap masalah bukan ujian, tetapi kasih sayang yang pastinya dari Tuhan. Bertemankan sahabat yang sering berusaha untuk saling mendidik hati, juga belajar membentuk diri untuk menjadi ‘diri’. Suka dan duka mereka pasti bersama. seronok!

Berhalaqah pula dengan akhowat yang banyak mengajarnya untuk menjadi seorang wanita yang ‘muslimah’. Prinsip mereka, selagi hidup selagi itu mencari redha Allah. Kerana, semakin mereka ingin menjadi muslimah, semakin mereka akan berasa goyah. Hebat diuji! Sebab itu, tarbiyyah diri itu mesti. Bagi mereka, keperluan tarbiyah dalam diri bukan setakat di medan universiti sahaja, bahkan selepas bekerja juga. Hatta selepas membina rumah dan tangga, dikurniakan zuriat hingga ke hujung usia sekalipun mereka perlu ditarbiyah. Ditarbiyah untuk mentarbiyah! Itu kata siapa? Err..alamak, lupa.hee..


***

4 April 2012,
11.05 am

Kertas terakhir sudah dijawab dan dihantar. Ada rasa gementar juga di hatinya, tetapi dia percaya Allah bukan zalim dan tidak sesekali berlaku zalim.


Seusai menyimpan alat tulis, Mutmainnah berpaling ke belakang. Dikenyitkan mata kepada Sarah dan Aiman yang sedari tadi telah tersenyum lebar. Tanda mereka sudah bersedia untuk men'delete' status sebagai seorang pelajar Undergradute. Dan dalam masa 3 bulan lagi akan terjun pula ke dalam masyarakat. Itu yang dirisaukan sebenarnya. Cukupkah bekal selama 4 tahun di universiti untuk dikendong bertemu manusia yang pelbagai ragam pastinya.. hanya bunyi nafas kecil kedengaran di sebalik bingit sorakan beberapa pelajar yang sudah ‘merdeka’ sepertinya barangkali.


***


6 April 2012

Tengahari esok, baba, mama dan adik bongsunya iaitu syamim akan datang dari Pahang. Barang-barangnya masih separuh tidak dikemas. Sedih yang masih tersisa menyebabkan mood mengemas hilang begitu sahaja. Dia tahu, bukan mudah untuk melupakan alam universiti seperti mana sedihnya dia tatkala meninggalkan alam sekolah dulu. Baginya, tanggungjawab dan suasana sebagai seorang pekerja tidak sama seperti pelajar. Di universiti, dia masih dihidang dengan majlis-majlis agama mingguan seperti kuliah sirah, ta’alim, kuliah tafsir, bicara wanita dan pelbagai program yang boleh menambah ilmu dunia dan akhiratnya. Tetapi, di tempat kerja?


Ringtone open your eyes nyanyian Maher Zain tiba-tiba menyentak lamunan.


"erk..kak Aishah call?" Lambat-lambat Mutmainnah menekan butang receive.


......

Talian dimatikan. Mutmainnah tersenyum. Syukur sekali lagi bertapak di hati kirinya. “Alhamdulillah..” sebaris kata yang mampu terluah di bibirnya tatkala itu. Kata Kak Aishah, borang Baytul Muslim yang diisinya awal semester lalu telah berpindah ke tangan pihak atasan nuqaba’. Alhamdulillah, rezeki yang tak diduga. Dia tidak menyangka niatnya untuk menamatkan zaman bujang selepas habis belajar tercapai jua akhirnya. Tetapi, perkara itu dirahsiakan dulu dari pengetahuan sesiapa termasuk ‘orang jauh’ yang saban minggu menghantar emel kepadanya untuk merisik berita. Dia tidak mahu terburu-buru!

Kata Kak Aishah, naqib calon lelaki tersebut dan kak Aishah sendiri telah membuat istikharah dan hasil keputusannya adalah positif, sekarang ini mereka hanya menunggu keputusan istikharah dari kedua-dua calon sahaja. Itulah sebaik-baik cara yang dipilih mereka. Jika kedua-dua keputusan mereka adalah positif, maka dia redha dengan ‘rijal’ yang telah Allah ciptakan untuk membimbingnya itu walau dia sendiri masih belum mengenali bakal sayap kanannya itu. Bahu siapakah yang layak untuk dia bersandar tika penat menghadapi mehnah dunia nanti agaknya ye..

“Takpe ah..Biar je rahsia dulu, special sket.. InsyaAllah.”


Mutmainnah berpositif pada diri. Senyuman terlakar halus menghiasi dirinya itu. Reformasi baru mungkin bakal terbentuk dalam dirinya selepas ini.


Iman bertambah dan berkurang itu pasti! Tapi, ketenangan hidup bersama Ilahi semakin hari, semakin hebat dirasainya. Tidak dapat tidak, Mutmainnah mesti terus kuat! Bisik hatinya untuk kali terakhir…
..sebelum menuju ke toilet.

-Tamat-

Beberapa manusia telah menjadi sumber inspirasi dalam menggarap perwatakan semua watak di dalam cerita pendek ini. Terima kasih!

9 comments

[fellow followers]