memori antara memori


posted by radhiahsyahida

No comments

[memori satu]

Bersama adik-adik 'special' dari TKH Cheras untuk program Charity Walk, ~Lend a hand & Walk Together~

1. Adik-adik 'special' ini kebanyakan mereka mengalami masalah 'learning disabililty'. Dari segi kematangan berfikir mungkin sedikit kurang berbanding rakan-rakan seusia mereka. Antara penyakit yang saya dapat cam ialah dyslexia, cerebral palsy dll. Alhamdulillah, sebab sem ni ada belajar pasal budak-budak disable. so, tahu jugak la sikit-sikit tentang penyakit-penyakit pelik manusia dalam dunia ni.

2. Ada yang nampak normal, and ada yang nampak memang macam 'special'. Bila dekati mereka betul-betul, baru boleh faham keadaan sebenar mereka. Tapi, totally perasaan mereka sama je macam kita. So, jangan pandang rendah dengan mereka. Allah just tarik sedikit je nikmat 'normal' dari mereka.

3. Terkesan dengan kata-kata dari Dr.Zahiri yang lebih kurang macam ni ah..

~Kanak-kanak ini kurang upaya pada fizikal tetapi mungkin normal dalam hati mereka tetapi ada segelintir manusia yang normal pada fizikal tetapi dalaman mereka yang 'kurang upaya'~

p/s: hakikatnya, mereka bukan kanak-kanak sangat pun, ada yang dah 20 tahun.[wow, sebaya!] tetapi cara mereka berfikir menyebabkan kita melayan mereka sesuai dengan yang sepatutnya.

-------------
-------------


[memori dua]

Bersama ibu-ibu dan ayah-ayah dari Pusat Jagaan Harian Warga Emas, Kg.Sungai Besar, Sabak Bernam untuk program Community Service 2010

1. Harus diingat, mereka bukannya warga emas yang terbuang macam yang kita selalu dengar tu.. tapi, Pusat Jagaan ni ditubuhkan untuk warga emas menjalankan aktiviti-aktiviti bersama rakan-rakan sebaya mereka. Overall, umur mereka dalam 60++. Ada jugak makcik pakcik ni yang merupakan orang yang susah.

2. Baik sangat mereka ni! Layanan yang diberi seolah-olah kami macam anak mereka sendiri. Terharu pun ada! And subhanallah, paling gembira sebab ada 4 orang pakcik yang muallaf [cina] datang majlis kami. Moga Allah tambahkan iman mereka dan kita juga.

3. Nak ambik jugak kata-kata PM program ni. Lebih kurang macam ni ah..

"jadilah kita orang muda yang seperti orang tua.. dan orang yang lebih tua juga mampu untuk menjadi orang muda seperti kita!"

p/s: sabar menunggu pisang masak! nak buat kerepek.. ;p

[fellow followers]