ustaz...ustaz...


posted by radhiahsyahida

11 comments


ha.ha.. gelak dulu sebelum tulis..

Teringat tadi selepas habis kelas arabic phonology, sambil menunggu kelas seterusnya. kami lepak-lepak sekejap tepi koridor. Tengah kami borak-borak, tiba-tiba lecturer kami iaitu ustaz fouad datang dan berkata...

زوجتي سألتني، إذا نرى المرأة، كيف نفرقها إما هي الطالبة أو الأستاذة عندما نقابلها في الطريق؟


maksud dia : isteri saya tanya, kalau kita tengok perempuan kat mana-mana, macam mana kita nak bezakan sama ada perempuan tu pelajar atau pensyarah?


Err..kitorang blurr...terkejut barangkali. Yela.. ustaz tanya mengejut.. kalau korang yang belajar dengan ustaz mesti boleh bayang cara ustaz bertanya dengan suara yang slow, gaya dia yang kelakar dan penuh suspen tu..[macam yang selalu dia buat dalam kelas..hee]

كيف أستاذ؟

macam mana ustaz?

جوابه :انظر إلى يدها. إذا يوجد يد الهاتف فهي الطالبة

jawapan dia : kita tengok la kat tangan perempuan tu. kalau dia tengah pegang hp, mesti dia pelajar


*_*

ha..ha.. kali ni kami dengan ustaz sekali gelak [gelak slow-slow la tapi..heh!] kelakar la ustaz ni! Boleh pulak tiba-tiba ada idea nak tanya soalan macam tu kat kami. Mungkin dalam erti kata nak perli kami kot sebab time ustaz lalu tu kami semua tengah pegang HP! huhu.. kami bukan pegang saja-saja lah, tadi kan ada Quality Day. So, semua bertindak rajin nak call madam sebab nak tanya kelas cancel ke tak.. ;p

Motif? hoho..tak tau la.. tiba-tiba rasa nak tulis kat sini. Cuma terfikir betul jugak kata ustaz, biasanya mereka yang berstatus pelajar memang jarang sangat nampak berenggang dengan hp and kadang-kadang sambil berjalan pun boleh laju je reply sms. Tapi bila dah bekerja dan berkahwin, hp pun tak ingat dah letak kat mana. [berdasarkan pemerhatian saya kat 3 orang kakak..=D]

Oh, tiba-tiba semakin terasa..
"Kalau nak dibandingkan martabat Al-Quran dan HP di tangan, hanya diri sendiri yang mengetahui jawapannya..Allah~!"

11 comments

  1. Anonymous
  2. ulwan al-alhafiz
  3. kak awin
  4. radhiahsyahida

[fellow followers]