Assalamualaikum wm wbt,
Buat sahabatku yang dikasihi kerana Allah,
Menghadapi sisa-sisa hidup di akhir zaman ini, pastikan ketemu kenangan yang cukup mengajar kita bahawa siapa diri kita yang sebenarnya dan di mana kedudukan Allah di lubuk hati kita. Wujudkah takhta itu di hatimu wahai sahabatku sayang? Sedar mahupun tidak, tatkala ujian hadir, bibir kita senang sekali menyebut “Ya Allah…beratnya ujianMu ini..”. Tanpa aku dan kamu sedari rupanya dengan secebis kalimah itu, pahala mencurah-curah telah mengisi kantung amalan hidup di dunia.
Sedarlah sahabatku sayang,
Kalimah “Ya Allah..” itu cukup membuktikan bahawa kita masih tidak lupa kepada sang Pencipta. Itulah yang Dia mahukan sebenarnya dari kita. Bukan sengaja dia menguji.. bukan sengaja.. tetapi kerana merindukan suara hamba-hamba untuk memanggilnya, dan sentiasa mengharap pertolongan dariNya..Tuhan yang Maha Kuasa.. Allah~!
Buangkan angkuh, campakkan ego.. dari mana seorang hamba itu datang, maka ke situ jua ia kembali mengharap, mengadu, menangis dan mendamba segala-galanya. Kepada Allah wahai sahabatku sayang.. Allah, Tuan yang paling baik..
Rintihlah padaNya, rintihlah sahabatku.. Jika pada manusia kamu bergantung, manusia kan pergi. Jika pada harta kamu berharap, harta kan habis itu pasti. Maka, ke mana lagi kamu akan berlari? Jika jawapannya itu, aku pasti fitrah dan nalurimu sendiri sudah mengetahui..
Tag : Semua sahabatku. Nama kalian ada di hati.