Archive for April 2010

syok sem ^^


posted by radhiahsyahida

No comments

Sebut short shem pun boleh, nak sebut sot sem pun takpe! :p ikut suka hati la neh... berbelit sangat lidah nak explain bila orang asyik tanya bakpe sekejap sangat cuti..huhu.

Alhamdulillah, now i'm officially taking short semester :)
BM Lanjutan & Islamic worldview
2 hari kelas [selasa khamis], 5 hari cuti [jumaat sabtu ahad isnin rabu]

Adakah semester ini agak syok berbanding semester lain..? huhu
Atau keboringan sudah melanda sejak hari pertama sudah bermula..? takpe2, husnudzon.. dah ada kerja nanti inshaAllah tak boring dah. 7minggu je pun kan.

Baru-baru ni, tak disangka-sangka dapat pulak tag dari ezzaty saadah, student UIA jugak. Dah lama jugak tak main tag nih, tapi tak pela.. sebab tag kali ni seronok sebab kena upload gambar. that's my interest :)

Arahan beliau :

1. Pilih mana2 SATU gambar yg korang rasa korang rasa bebas dan lega dari perasaan cuak & gementar.
2. Kemudian, post la kat entri dan beri sedikit "description" tentang gambar tersebut.
3. Tag 10 orang rakan yg anda rasa patut di tag.


This is one of my lovely pics.. a hand



Arahan 1
Memang tak takut @ gementar lansung nak pilih gambar ni :D

Arahan 2 : Dah upload!
Description?
Gambar ini diambil oleh saya pada suatu masa dahulu. Mula-mula rasa macam seronok-seronok je masa ambik. Bila dah masukkan dalam laptop, baru feel something di sebalik gambar ni.

*tangan*
++ Simple anggota yang kadang-kadang kita buat tak endah je kan? Dan akan endah bila terjadi sesuatu padanya.
++ Kerana tangan manusia memakmurkan alam ini dan kerana sepasang tangan itu juga manusia melakukan kerosakan di atas muka bumi. Tu kebenaran dari ayat Allah dan manusia dah buktikan pun!
++ Kadang-kadang orang akan kata, "baik kudung tangan daripada buta". Bagi saya, "sebaiknya tidak perlulah berkata begitu. Setiap yang Allah tetap itu terbaik! Mata nikmat, tangan pun nikmat.."
++ Nak mentadabbur? Tak perlu tengok jauh-jauh, tak perlu tilik dalam-dalam. Just look at our hands, then automatically we will praise Allah! MashaAllah.

Tangan, kerana dirimu begitu berharga
Tangan, dan aku sekadar peminjam sementara
Tangan, kelak balikmu kembali pada Sang Pencipta

Arahan 3 : Tag bloggers :)

1. Aisyah Saleh
2. Umairah Shafei
3. Farahin Ghazali
4. Nur Amirah
5. Intan Syahidah
6. Siti Nurhafiza
7. Sheika Syuhada
8. GG
9. Jamilah Norddin
10. Arina

yes! cukup 10. Semua bloggers UIA. Kalau rasa sem ni syok, buat ah tag ni :p

p/s: credit to tuan sementara tangan tu..nice!

he is sunshine


posted by radhiahsyahida

12 comments

Sesiapa yang tidak tahu, saya pernah bekerja sebagai 'seorang cikgu' di SK La Salle 2, Brickfields sebelum menjejak kaki ke Gombak.

Di sinilah saya mengenali seorang budak bernama Shine Innocent.
Dia pendiam sahaja berbanding rakan-rakannya yang lain.
Bila ditanya, jawapannya pasti membuatkan saya tersenyum. Sentiasa betul =]
Saya sangat senang dengan seorang budak yang dipanggil shine itu.
Dia selalu menjadi usikan kawan-kawan dengan panggilan 'sunshine'. Kebetulan mereka sedang belajar tentang cahaya sebagai sumber tenaga ketika itu.

2 hari lepas, satu sms dari kakak mengejutkan saya. Allahu Rabbi~
".....bekas anak murid dia masuk islam sekeluarga......"

Speechless. Benar janjiMu Rabbi. HidayahMu tidak mengenal sesiapa, TaufiqMu tidak mengira bila dan ketika..

Bercakap tentang iman. Mungkin si kafir yang kita kata 'sah-sah masuk neraka' itu mungkin paling tinggi imannya pada suatu masa yang dijanjikan Allah. Tidak mahu membandingkan dengan muslim yang mungkin lagi rendah imannya. Tidak mahu! kata-kata suatu doa kan? Semoga Allah menjaga iman kita. Walau sering bertambah dan berkurang, namun sentiasalah berharap kepada penyudahan yang menenangkan. Ameen.


Kata kakak, ada seorang cikgu [non-muslim] maki hamun shine lepas tahu dia masuk islam dan panggil dia stu**d mo***y [tak sanggup saya tulis..huhu]. Wahai kalian, doakan semoga Allah bagi hidayah kat cikgu tadi plak..huhu.. kesian kat shine, ujian sebagai muallaf. Moga Allah kuatkan dia sebagaimana kuatnya Bilal, Yassir, Sumayyah, dan para sahabat mempertahankan aqidah.


Muhammad Shine, Kamu 'sinar terpuji' yang dipilih Allah!
Teruskan sinaranmu untuk islam, dik.
Allah amat sayang kamu.


Tiada lagi shine innocent ^^

men siler menen baktulumun ^^


posted by radhiahsyahida

3 comments

mencari pemandu pelancong di terengganu?
tawaran istimewa : free of charge
tempat-tempat yang akan dibawa ialah seperti berikut..

pilih ah nak gi mana.. ;D
mendaki bukit besar?
bersantai di tepi pantai teluk ketapang sambil menikmati air kelapa dan seafood?

menikmati kesejukan air terjun sekayu?

melawat muzium terbesar di Malaysia?

menghayati kecantikan masjid kristal selepas solat?

mendengar deruan ombak sambil ditampar angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa?

Gurau-gurau.. itu semua gurauan semata-mata ye.. tapi kalau betul ada kawan-kawan yang sudi nak datang boleh je, dari matrik nilai lagi dah pelawa kan? tapi tak sampai-sampai jugak..hehee =p.

Yang sebenar-benarnya, baru-baru ini saya diajak oleh farah untuk membawa kawan-kawannya dari Kyrgyzstan iaitu Aliia dan Bermet untuk melawat tempat-tempat di terengganu. 3 hari bersama, alhamdulillah, sempat jugak la belajar sedikit bahasa dorg disamping menjadi cikgu bahasa melayu. Mereka berdua tu sangat-sangat suka belajar bahasa melayu. ye la, nak hidup di Malaysia banyak tahun lagi kan.. Ni antara perkataan yang sempat saya belajar..

khandai? - how are you?
Bakhlu sumbu? - are you happy?
oba - yes!
men bakhlu - i'm happy
rahmat - thank you
ishte kemes - you're welcome
men seni suyom - i love you
niyet - no!
men kela albaim - can not!
men bara jatam - i'm going
men mashine aidap jatam - i'm driving the car

Ini je perkataan yang sempat belajar dari Aliia dan Bermet, Farah tahu banyak lagi sebab dia nak gi honeymoon kat Kyrgyzstan..ngeh3

magha farah aliia bermet jaghat!!

* gambar di bawah tiada kaitan dengan entri di atas. Saja letak sebab teruja boleh tengok kehijauan sawah masa otw dari kelantan.

nice combination of blue and green. all pleasures belong to Allah!

manusia itu kitalah!


posted by radhiahsyahida

6 comments


Kata Ustaz Syed, Allah ciptakan Nabi Adam dari tanah dan air. Lalu dibentuknya menjadi seperti tubuh seorang manusia. Kemudian, bentuk itu dijemur di bawah terik panas dan tiupan angin supaya kering sebelum ditiup roh kepadanya oleh Allah swt.

Kata Ustaz Syed,
Sebab itu komponen manusia terdiri daripada tanah, air, angin dan api. Tanah membentuk daging, Air membentuk tulang, Angin membentuk urat dan Api membentuk darah.

Kata Ustaz Syed, Tanah sifatnya lembap, air sifatnya sejuk, angin sifatnya kering dan api sifatnya panas. Dalam perubatan dulu, mereka menggunakan elemen-elemen ini untuk merawat penyakit. Contoh, kalau dalam badan ada elemen sejuk dan kering, carilah elemen pelengkap iaitu panas dan lembap. Sebab tu, kalau tengah panas[marah], kita disuruh ambil air sembahyang! ^^

Kata Ustaz Syed, Disebabkan kehebatan Allah, Malaikat yang pada mulanya tertanya tentang kenapa Allah menciptakan manusia sedangkan mereka ini bakal melakukan kerosakan di atas muka bumi lantas terduduk! terduduk kagum dengan hebatnya Allah menciptakan satu makhluk bergelar adam. Itulah tanda kepatuhan mereka kepada Allah tatkala disuruh sujud kepada adam.

Kata Ustaz Syed, Saat bangkitnya manusia nanti, tulang-tulang setiap manusia akan berada dalam satu lubang. Kun fayakuun. Maka lahirlah manusia yang berjasad baru tapi roh masih yang sama secara tiba-tiba. Tanpa memerlukan langkah demi langkah dari kecil hingga besar. Semua mereka akan terus berusia 33 tahun dan tinggi mereka ialah sama iaitu 60 hasta. Allahuakbar.

Itu kata Ustaz Syed, minta maaf. sumber asalnya tidak diketahui. Sebab ilmu ini disampaikan melalui lisan sahaja.

p/s: Ustaz Syed ialah ustaz yang dijemput secara tetap untuk memberi kuliah mingguan di rumah mak sedare. Alhamdulillah, seronok dapat ilmu.. lagi seronok sebab dapat berkongsi. Semoga bermanfaat. InshaAllah.

kisah dalam teratak


posted by radhiahsyahida

4 comments


10 hari berkelana di teratak tercinta memang mendamaikan apa yang selama ini sering resah. Mungkin kerana sebelum ini kerongkong sering tersekat dan nafas selalu sesak untuk meluahkan apa yang terbuku, ditambah pula dengan hati yang terlalu cintakan dunia sehingga masalah dunia dijadikan yang utama dalam minda. Mungkin? hurm..

Di teratak, tak menyelongkar khazanah ilmu milik abah memang tak sah. Rasa seronok dan mendamaikan je bila boleh tengok, belek segala bagai jenis buku-buku abah sehingga pernah terdetik dalam hati, andai ingin diberi harta, inshaAllah hanya mahukan khazanah itu sahaja. Cukup!

Di teratak, hubungan dengan Dia semakin terkawalkah? 10 hari bertapa, tersedut-sedut jadinya. Terasa benci sangat-sangat pada diri ketika terlalu mengikut nafsu. Sangat benci pada syaitan. Ummi kata, syaitan lagi suka kacau orang yang cuba meninggikan iman. Sebab orang yang jauh dari Allah memang dia buat dunno je. Jadi, kita kena kuat. Jangan jadi hamba nafsu dan syaitan. Ummi kata, ummi kuat sikit lawan syaitan dari anaknya iaitu sayalah. wuhuuu.. Saya jawab, memangla, syaitan yang jaga ummi dah tua, dah tak larat nak hasut ummi. Dia bagi chance je ah skang ni. hoho.ada ke macam tu?

Di teratak, bahang panas turut terasa. Di dalam, di luar, pagi, tengahari, petang, dan malam juga kadang-kadang terasa. Tapi, di gombak dulu, lebih-lebih lagi terasa. Salah siapa? bila maksiat bertubi-tubi menyerang muka bumi Allah. Teringat saya ketika melalui kawasan di Masjid Terapung, KT beberapa hari lalu. Saya dengan adik lalu dekat satu kawasan bersemak. Dari jauh nampak seorang lelaki atas motor, ingatkan sorang je. Astghfirullah, terkejut sebab kat atas rumput tu ada 1 pasangan lagi tengah........... [moga Allah ampunkan dosa kami]. Teringat kata-kata Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni di dalam bukunya iaitu Penyejuk Jiwa. Kata beliau, pada musim panas [cuti], terdapat 3 ragam manusia.

1. Zalim terhadap dirinya.

Bagi golongan ini, hidup ini hanya makan, minum, tidur, mainan, hiburan dsb.[hanya itu]. Zalim terhadap diri dengan tidak mengisi makanan roh yang sepatutnya. Zalim terhadap diri dengan tidak menunaikan hak sebagai hamba. Bagi mereka, dunia ini hiburan dan hanya perlu keseronokan nafsu semata. Mereka lupa bahawa pernah ada pemuda sebaya mereka pada satu ketika dulu yang pernah menawan kota kaisar, menumpahkan darah demi lafaz LailahaillaLlaah, bermati-matian terseksa demi agama Allah. Mereka lupa itu semua. Kerana zikir mereka ialah lagu-lagu yang melalaikan, Quran mereka gantikan dengan majalah hiburan, tempat maksiat dijadikan singgahan perjalanan. Naudzubillah!

2. Bersantai

Golongan ini pula tidak menggunakan masa cuti mereka untuk maksiat juga bukan untuk kebaikan dan ibadat. Bagi mereka, hidup ini S.A.N.T.A.I.
relax-relax suda~ gitu kot?
kata Imam AlGhazali, sesiapa yang tidur 8/24 jam sehari bererti ia tidur selama 20 tahun jika diumpamakan umurnya 60 tahun. [islah nafsi, wad'u ghairak]
Naudzubillah!

3. Berlumba terhadap kebajikan

Allahu Rabbi, moga dijadikan kita seperti mereka ini yang diumpamakan seperti pahlawan Muhammad s.a.w. Kesempatan hidup hanyalah untuk bercucuk tanam sebagai bekal kehidupan akhirat. Pelbagai wasilah digunakan seperti kemajuan teknologi, dakwah lisan dan tulisan dan sebagainya. Mereka takut untuk mendekati maksiat kerana bimbang dimatikan ketika saat kaki dan tangan melangkah untuk perkara-perkara itu. Seumpama Aswad bin Yazid yang ditegur oleh sahabatnya kerana sering berpuasa. Lantas apa yang dijawabnya, "Jika aku sudah di kubur, siapakah yang akan beribadah untukku?"

Allahu Rabbi, jadikan kami seumpama mereka.
Pencipta Ibadah di waktu malam.
Sang 'Abid yang pipinya selalu basah digenangi air mata.
Singa-singa yang terperanjat bangkit dengan seruan jihad.
Demi..mengejar kematian.
Mengharap perjumpaan dengan Tuhan.

Allahu Rabbi,
Jadikan kami seperti mereka
Yang akan membangun sendi-sendi kebangkitan
Di tengah kelemahan dan kelalaian
Jangan biarkan lisan kami melafazkan "aku belia acuan alQuran, aku belia muslim, aku belia mu'min"
Namun, tingkahlaku bukan seperti yang dikatakan.
Biarkan kami terasing.
Biarkan....
Jika itu yang Kau redha.


Fastabiqul Khairaat : Dan berlumba-lumbalah dalam membuat kebaikan [2:148]

10 hari lagi.. =[

Ko Li Ba


posted by radhiahsyahida

6 comments

kuala ibai = koliba

bb = blueboat broadband or blackberry

surrender!

[kuda sokmo]

[ragam]

[TRS 2170 : pure]

ngenat.tadop aroh~ ;p

[truelurve-significant]

lautan.daratan.langitan
hebatnya Allah!

3 creations of Him that I love most and marvel at!



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang, terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (ulul al Bab). (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." [Al-Imran : 190-191]

catharsis reason =]


posted by radhiahsyahida

No comments


when i say good bye
then alhamdulillah
for the place i seek the bless
for the place makes me in calmness
but i love to let you go
even you are the best
if i compare with the rest
cause you will be the witness
if there is a kind of goodness
hamdulillah!
inshaAllah..
inshaAllah..



flying,
far,
from,
f...,

^_^

catharsis!

Mas Merah dari Allah


posted by radhiahsyahida

No comments


“Berapa dosa kau buat, berapa kali maksiat..
Ingat ingat Suri, Ingatlah Akhirat..”
'


Satu irama menyentap lena Dang Suri. Seakan suara kumpulan Wali Band memanggil-manggil namanya.

Astaghfirullahal’azim. Peluh mula memercik.

***

Muzik melankolik beralun..

Kelihatan dua orang gadis sedang asyik menghadap kolam. Tenang zahirnya berkongsi nikmat dengan makhluk Allah bernama ikan..


Mas merah, Mas merah, hamba ingin bertanyakan tuan hamba satu soalan boleh?

Apa dia Dang Suri? Kalau hamba bisa menjawab, insyaAllah hamba akan menjawabnya dengan jujur.

Ah, Mas Merah ni.. Soalannya bukan rahsia tuan hamba, jangan risau.. Begini Mas Merah, semakin hamba hidup, semakin hamba tertanya, Mengapa Allah swt jadikan hati kita ini berbolak-balik ye?

Oh..sebab Allah sendiri tetapkan begitu. Dang Suri tahu, hati di dalam bahasa arab dipanggil ‘Qolb’ dan Qolb itu sendiri maksudnya bolak-balik. Hamba yakin, apa yang Allah swt cipta, dan kenapa dicipta macam tu, pasti ada sebab dan hikmah yang kita tidak nampak sebab akal kita tidak sampai dengan pengetahuan Allah swt. Tapi Dang suri, tuan hamba jangan lupa, biarpun berbolak balik, Asma’ sifat Allah ada diletak dalam hati kita bersama-sama sewaktu roh kita diletakkan di dalam rahim. Kerana itu, hati kita sentiasa ada jiwa kebaikan, sentiasa suka pada kebaikan. Cuma, bila kotor tidak dicuci, ia akan jadi tempat duduk syaitan. Dang Suri faham?

Astaghfirullahal’azim. Mas Merah, hamba takut… hamba takut hati ini menjadi sarang syaitanurrajim.

Dang Suri, Bersyukurlah kerana jiwa tuan hamba masih takutkan keburukan. Itu tandanya, hati itu masih mampu dicuci. Hati itu masih bertuhankan Allah.

Tapi tuan hamba, setiap kali hamba inginkan anjakan paradigma, ketika itulah nafsu semakin kuat memberontak, ujian datang bertalu-talu, emosi semakin tidak stabil… argh..hamba keliru! hamba sering nasihatkan orang lain, tapi diri sendiri pun tidak terurus.. Layakkah hamba menjadi da’ie? Layakkah Mas Merah?

InshaAllah. Dang suri. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw, "Setiap dari kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab ke atas semua pimpinan kamu." Lagipun, jikalau kita menunggu sehingga menjadi terbaik untuk menasihati manusia lain, maka seperti menunggu kiamatlah kita.. Hamba juga masih dalam proses menjadi yang baik. Cuma, jangan sesekali kita lupa, Allah swt telah berfirman dalam surah As-Saf yang berbunyi "wahai orang-orang yang beriman, kenapa kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan?". Nah, itu sebenarnya motivasi bercampur amaran dari Allah kepada kita sebagai manusia supaya sentiasa beringat-ingat, jika hendak menasihati orang, pastikan kita sendiri melakukan perkara itu. Lagipun Dang Suri, kita ini wanita. Kaum yang Allah telah campakkan dengan 1001 emosi yang berubah-ubah. Tatkala diri kita kotor, ia semakin menjadi-jadi bukan? Hamba memahami kondisi dirimu kerana hamba juga sepertimu Dang Suri. Cuma, kita kena ingat nafsu akan kembali pulih jika kita seiringkannya dengan iman. Kawal dengan iman!

Bagaimana ya?

Jangan lari dari teguran, Jangan angkuh dengan kehebatan, Jangan biarkan ego menguasai kebenaran! Hurm.. Dang Suri tahu...

Tidak tahu. Apa dia Mas Merah?

Apa yang tuan hamba tidak tahu? hamba belum habiskan ayat lagi..

Hehe..bergurau saja. Iya teruskan Mas Merah. Hamba ingin mendengar lagi bicara tuan hamba.

Wanita ini sering berubah perangainya kerana emosi kita sering tidak stabil. Di dalam sistem badan kita, telah Allah jadikan hormon-hormon yang berfungsi sehingga boleh mempengaruhi emosi. Disebabkan itu, telah Allah swt nyatakan di dalam AlQuran bahawa kaum kita tidak sesuai untuk menjadi pemimpin kerana Dia sudah mengatur susunan makhlukNya dengan begitu rapi sekali. Wanita itu dicipta dengan sifat yang lembut dan beremosi kerana dengan kelebihan itulah kita akan gunakan untuk mendidik dan memahami jiwa anak-anak, sedangkan bagi lelaki telah Allah ciptakan mereka dengan kegagahan dan keperkasaan kerana di bahu mereka akan tergantung segala tanggungjawab dunia. Itulah fitrah!

Maha suci dan hebat aturan Allah!
Alhamdulillah. Terima kasih Mas Merah. Sekarang hamba makin mengerti.

Terima kasih saja pada Allah. Tuan hamba tenang?

Tenang. Hamba tenang bila bersama tuan hamba. Hamba pernah berdoa supaya Allah swt menghadirkan cinta manusia yang akan mengajak hamba untuk mencintai Allah semata-mata. Alhamdulillah, doa hamba dikabulkan.. Boleh hamba tersenyum?

Iya, silakan.. senyumanmu manis seperti gula.

Ah Mas Merah ni, ada-ada saja. Uhibbuki fillah.

Uhibbuki fillah aidhon, Dang Suri.


Muzik terhenti..


Gelap!


Tirai ditutup


Asap berkepul-kepul memenuhi ruang alam.


Hadis qudsi bergema..


يا عبادي! إنكم تخطئون بالليل والنهار، وأنا أغفر الذنوب جميعا، فاستغفروني أغفر لكم



Fastaghfirunii, Aghfir Lakoum!
Fastaghfirunii, Aghfir Lakoum!

Fastaghfirunii, Aghfir Lakoum!



Terdengar satu bisikan dari satu arah sebelah kanan pentas


“Terima kasih ya Allah. sujudku, ibadahku, hidupku, matiku, hanya untukMu, Tuhan Sekalian Alam. Pegang aku erat dalam pelukan rahmat, redha dan maghfirahMu”


Semua penonton bangun, mata mereka merah dan basah, kerana Mas Merahkah?


“Bukan, kerana Allah! Mas Merah dari Allah.” Dari belakang tirai Mas Merah menjawab.


[fellow followers]