Archive for May 2010

kisah satu, dua, tiga dan empat


posted by radhiahsyahida

2 comments



Banyak benda yang mahu dikongsikan. Cerita hidup yang masih belum tamat. Kisah cinta halal antara manusia yang benar-benar mengharapkan biarlah iman yang menoktahkan nafas terakhir mereka di dunia.


Satu : Kalau yakin dengan sepenuh hati bahawa setiap sesuatu kerana Allah dan dari Allah, inshaAllah pasti setiap duka tidak akan berterusan menjadi luka.

Mengabdi diri di Mukhayyam Khoriji Akhowat semalam benar-benar menguji tahap iman dalam diri. Sungguh tak dapat dilupakan tatkala terkesima melihat olympus kesayangan terjatuh dalam air lantas terus mendiamkan dirinya dengan serta merta sewaktu aktiviti river trekking semalam. Dibuka sekejap, namun tanda-tanda untuk mati muncul pula. Kalau ikutkan nafsu, memang sedih. Sebab jiwa yang sudah sebati dengannya. Nak beli lain? Alamak saya tidak kaya untuk buat semua itu.. Namun bisikan iman terus memujuk, redha.. redha.. pasti ada hikmah! Lagipun, olympus tu bukan saya punya, saya tak ada apa-apa pun. Semua hak Allah. Memang kena redha, sebab 'Tuan dia' nak ambil semula :)


Dua : Kita dan sahabat umpama batu-bata. Andai disatukan, mampu tersergam indah hingga menggegarkan dunia. Namun, kerana ukhuwwah kerana Allah itu umpama simen. Maka, tanpa simen yang benar-benar bermutu, runtuhlah bangunan yang baru dibina sekejap cuma itu.


Analogi yang mudah difahami dan diserap dalam minda. Betapa ribaatul ukhuwwah kerana Allah itu penting. Ramai mana manusia yang berkawan dan berpisah, berkawan lagi dan berpisah lagi. Semuannya kerana diuji Allah. Bersahabat kerana Allah bukan mudah dan tidak payah! Cuma satu bahan penting yang perlu ada dalam secret recipe persahabatan iaitu bersangka baik! bersangka baik dan sentiasa bersangka baik! Payah tapi sebenarnya mudah :)

p/s: ermm.. sedapnya secret recipe cake! tapi sedap lagi kek pisang.hee~ [tiba-tiba..huhu]


Tiga : Antara kita dan burung pipit. Siapa yang paling laju menjawab pertanyaan Allah swt?


Saya melihat dari hati, seekor burung pipit yang ditertawakan oleh kawan-kawannya yang lain kerana usahanya untuk memadamkan api yang marak membakar nabi Ibrahim a.s. dengan hanya beberapa titisan air yang jatuh dari paruh. Lantas, burung pipit itu menjawab, "Andai di akhirat kelak ketika ditanya oleh Allah swt, APA USAHA KAMU untuk menyelamatkan nabi Ibrahim dan agama Allah? alhamdulillah aku sudah punya jawapan untuk itu".

Maka antara kita dan burung pipit, siapakah yang lebih tergagap-gagap menjawab pertanyaan Allah? Adakah kerana kita terlalu hanyut dengan ideologi 'ana nafsi' dan 'tidak mahu jaga tepi kain orang' menjadikan kita manusia normal yang bisu, buta dan cacat. Andai tidak mampu menjadi air yang memadam, maka janganlah menjadi petrol yang memarakkan lagi api.

'Boikot' isu lapuk mungkin? Saya juga hampir terhanyut. Tatkala dulu sangat bersemarak jiwa ingin memboikot, tetapi sejak akhir-akhir ini, syaitan berjaya menghasut untuk menutup sebelah mata tatkala membeli barang-barang keperluan. Namun kerana burung pipit itu, saya tersedar semula. Andai tidak mampu menjadi air, berusahalah untuk tidak menjadi petrol. Andai tidak mampu berjuang selamatkan muslim, janganlah menolong mereka yang memerangi muslim. Andai tidak layak menyertai misi bantuan keamanan, jangan pula mempersenda-sendakan usaha mereka. Andai tidak berdaya mengajak kawan ke arah kebaikan, jangan mewujudkan peluang untuk mereka ke jalan kemunkaran. Kalau mampu, jadilah seperti burung pipit, walaupun usaha yang kecil namun mendapat pandangan Allah swt.


Kisah empat : Tolong! saya mahu berubah jadi manusia yang baik.

Membayangkan akhirat yang selama-lamanya nanti, rasa macam nak bertaubat dan terus mati. Takut!! Kalau diuji di dunia ni, esok sedih tapi lusa mungkin dah gembira. Tapi kalau di akhirat, tak mampu nak gambarkan seksa tak henti-henti. Nauzubillah. Tapi, apakan daya.. itu bukan tujuan manusia dijadikan semata-mata. Tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi nanti turut dipersoalkan. Apa yang kamu buat untuk agama Allah? Persoalan ini memerlukan jawapan yang bukan hanya satu, dua, tiga dan empat sahaja...

Allahu'alam.

kerana iman menjadi paksi


posted by radhiahsyahida

No comments




Kisah semalam masih lagi mencuri senyuman Diya. Benar-benar membuktikan betapa manisnya ikatan mereka. Walau syaitan cuba meretakkan pada mulanya, namun kerana iman...

***


Diya hanyut membaca Sinergi karya seorang penulis bernama Hilal Asyraf. Novel islamik garapan penulis muda itu sedikit membuat dirinya menjadi skeptik. Kisah kasih seorang Irfan Hakimi terhadap Rasyid Zakwan yang semata-mata kerana Allah itu sangat indah di matanya. Namun, masih wujudkah manusia yang benar-benar bersahabat berpaksikan iman di dunia nyata ini? Hanya iman, bukan rupa mahupun harta yang mereka pandang.

***


Memori semalam meniti di mindanya. Dia tidak mengharapkan apa-apa, cukuplah sekadar doa. Namun, Allah itu Maha Pemurah. Bukan sekadar mendapat doa manusia-manusia di sisi, malah nilai iman dalam persahabatan juga diberi.


***


Mereka pada Diya.. bukanlah manusia hebat, tidak juga orang terkenal. Biasa-biasa saja. Namun tidak pada akal dan iman yang begitu luarbiasa. Walaupun datang dari suasana berbeza, prinsip juga tidak sama, namun kerana satu kalimah yang manusia sebutkan sebagai persahabatan, mereka mampu bersatu di bawah satu payung keimanan. Ya! payung keimanan yang Allah swt kurniakan!


***

Diya tersenyum puas. Sinergi sudah dia khatam dengan satu kefahaman yang jelas. Konsep tarbiyyah sebagai asas wajib seorang muslim serta keimanan yang tak boleh dipisahkan dari segenap perjalanan kehidupan bermain-main difikirannya. Cuma tinggal untuk dibumikan dengan amalan sahaja. Diya ingin sekali menjadi seperti Irfan. Tega terjun untuk menarik kembali sahabatnya yang terlorong untuk ke lembah neraka. Sungguh mulia watak itu!

***

Tok..tok.. ketukan pintu mengejutkan Diya yang sedang mengelamun itu. Sengihnya terukir, bukan kerana teringatkan ketukan dua kali dalam adegan yang tidak diduganya semalam. Tidak dan tidak sama sekali! Tetapi, sengih kerana teringat manisnya persahabatan mereka ketika saat saling usik-mengusik dan saling mengenakan antara satu sama lain itu. Hanya Allah dan mereka yang tahu.

"Ya Allah, jagalah sahabat-sahabatku supaya sentiasa dalam redhaMU". doanya di dalam hati.

:) untuk semua


posted by radhiahsyahida

4 comments




Tengok je la dua gambar ini dulu keh! entri akan bersambung selepas penulisnya jawab exam ungs dan lepas charger laptop 'yang baru' sampai dari terengganu esok inshaAllah. Mesti dah agak entri pasal apa kan? alamak tak bestnya...Tapi takpela, yang penting entri ni tercipta pada tarikh 19 MEI 2010 :) :) :)

p/s : banyaknya :) hari ni.. terima kasih semua. saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali doa. serius tak tipu! okeh, :) last sebelum bateri laptop jadi 0% hehe. [ni pun pinjam charger kak kema]

malu pada Allah


posted by radhiahsyahida

No comments

*****

Kalau kita risau tak ada kasut yang sesuai untuk disarung pada kaki,
ketahuilah bahawa mereka di sana sepasang selipar pun tidak mampu dimiliki


Kalau kita sedih bila rabun akhirnya mata,
ketahuilah mereka di sana masih mampu berjalan walaupun buta


Kalau kita mengeluh kerana penyaman udara kereta rosak,
ketahuilah mereka di sana sebuah motosikal pun belum tentu dapat


Kalau kita menangis rindukan ibu bapa dan keluarga,
ketahuilah mereka di sana ramai yang telah yatim piatu ketika baru hendak mengenal dunia


Kalau kita merungut kerana makanan sedikit,
mereka bersabar kerana menahan perut yang perit


Kalau kita mengomel kerana makanan tidak sedap,

mereka sangat-sangat bersyukur dengan nikmat











Inilah kita dan itulah mereka

Hakikat yang hanya mampu diubah dengan nilaian iman dan taqwa sahaja
ampuni aku dan mereka!


"...sesungguhnya yang paling mulia antara kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa"

[alhujurat:13]



...........................


posted by radhiahsyahida

No comments


♥ ♥ ♥ ♥
langit kirmizi menghantar dirimu menuju jalan pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buat kali terakhir
sedih dan sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu dan doa buatmu

semoga kau tenang dan bahagia

agar syurga menjadi milikmu
bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk perkasihan
begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan

segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya :(

azimat ini kutanam di lubuk hati yang dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yang terindah di dunia dapat mengganti hilangmu
pilihan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu

T_T [yaAllah..rindu ummi]



****

"Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga iaitu, anak soleh yang mendoakan untuknya, ilmu yang diajarkan dengannya dan sedekah jariah yang ditinggalkan." -hadis


Jadikan aku anak yang soleh(ah) ya Allah.



Rasa macam nak menangis :(

Semakin banyak dosa kah?

Allah.............

biarkan..

biarkan air mata mencuci karat pada hati!


my baby you


posted by radhiahsyahida

No comments


****


****

"my baby you..."


As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life’s worth a thousand skies
You’re the simplest love I’ve known
And the purest one I’ll own
Know you’ll never be alone

My baby you
Are the reason I could fly
And 'cause of you
I don’t have to wonder why
Baby you
There’s no more just getting by
You’re the reason I feel so alive.

Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile?
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

I will soothe you if you fall
I’ll be right there if you call
You’re my greatest love of all

you are the reason I could fly
and 'cause of you
I don't have to wonder why
My baby you
there's no more just getting by
'cause you're the reason I feel so alive

My Baby You : Marc Anthony

****

Saya suka tengok budak kecil. Dan saya percaya secara fitrah manusia suka kepada budak kecil sebab muka mereka tenang tanpa dosa. Bila pandangan melihat sesuatu yang suci, refleknya lebih mendamaikan. Analoginya seperti kita melihat kain putih dan kain hitam, lagi kita suka menatap kain putih kan? [walaupun orang kata pakai warna hitam nampak macho..huhu]
Itu pandangan saya la.

Saya suka tengok budak kecil. Dan alhamdulillah dua budak kat atas ni yang pernah dulu-dulu saya jaga mereka. Sepanjang jadi babysitter ni, saya rasa budak-budak kecil ni, lagi dia buat nakal, lagi kita rasa gembira. Sebab nakal budak kecil tu sebagai satu reaksi pembesaran yang normal. Kalau budak-budak yang pasif, yang itu patut dirisaukan. Jadi, biarkan budak-budak ini buat apa yang dia nak selagi perkara tu tak berbahaya. Dan yang paling elok, guide lah setiap perbuatan mereka dengan ajaran agama dan moral yang baik.

Anak-anak,
Semoga membesar kalian sebagai mu'min dan mu'minah supaya kegemilangan islam dapat dikembalikan dan Allah terus ditauhidkan! InshaAllah.

p/s: kena panggil anak-anak dah sebab dah jadi taraf makcik pada mereka. no more adik-kakak..huhu

i luv islam. so, do u?


posted by radhiahsyahida

No comments





Lama tak buka website iluvislam.com, tiba-tiba tergerak hati nak buka tadi. Lama sangat rasanya tak gunakan gambar-gambar dari iluvislam.com untuk dakwah ini. Sejak dah tak gunakan friendster. Padahal kalau guna facebook lagi berkesan sebab boleh upload gambar-gambar dari iluvislam.com yang berunsur dakwah ni dan tag pada kawan-kawan. Mesej lagi sampai sebab gunakan gambar yang simple dan mudah difahami dari nota yang berjela-jela dan kadang-kadang orang pun malas nak baca.

Sekadar pendapat. Siapa yang nak buat, silakan. Saya dengan facebook ni bukannya sahabat rapat sangat. Kurang rajin nak gunakan sebab selalu dapat email dari facebook yang tak ada kena mengena. Jarang-jarang sekali bolehla :D

Nak sebarkan ilmu dengan facebook atau apa sahaja medium boleh sangat, asalkan konsisten dan tak mudah goyah dengan prinsip kita. Niat kerana Allah, inshaAllah Allah bantu. Yang penting, Allah redha. ^^

pandang hikmah dengan senyum :)


posted by radhiahsyahida

No comments


ketika memandang ujian, pasti manusia akan nampak kepada kesedihan, kesulitan dan kepasrahan.
ketika menerima ujian, teman disisi memujuk hati "sabar ye.. inshaAllah pasti ada hikmah disebaliknya.."

Manusia suka memandang ujian sebagai perkara yang buruk-buruk sahaja. Silap tu! Dapat perkara yang menggembirakan pun dikira sebagai ujian. Dapat kejayaan pun ujian. Pendek kata, hidup ini ujian. Ujian itu tanda kasih sayang dari Dia yang Maha agung.

Antara ujian dan hikmah, manusia pasti memandang kedua-duanya sebagai satu ikatan yang tak boleh dipisahkan. Kata mereka "setiap ujian pasti ada hikmah.."

Kenapa setiap ujian pasti ada hikmah?
Kerana hikmah itu jelas-jelas di depan mata mereka. Contohnya :

1. Ujian terlambat pergi kelas = Tiba-tiba dapat sms, kelas cancel.
2. Ujian dapat hadiah = Semakin bersemangat nak teruskan hidup
3. Ujian tak sempat beli makanan kat cafe sebab dah habis = Dapat tahu ramai orang keracunan sebab makan kat cafe.

> "wahh..syukur terlambat pergi kelas"
> "alhamdulillah, bestnya dapat hadiah"
> "huhu..syukur tak makan kat cafe tadi.."

Itu yang manusia nampak. Maka dengan senang untuk kita bersyukur. Bagaimana dengan ujian yang memang kita tak nampak hikmah disebaliknya. Dapat ujian yang berat untuk dipikul, kemudian tidak nampak pula apa kebaikan disebaliknya. Lantas, apakah kita tidak bersyukur?

Wahai teman,
Percayalah, setiap ujian memang ada hikmah. Antara kita nampak atau tidak je. Antara hikmah itu jelas di depan mata atau hikmah itu hanya dalam pengetahuan Allah yang tak mampu untuk manusia ketahuinya. Hikmah yang mana Allah sahaja Yang Tahu dan memang tidak akan sampai pada pengetahuan kita, manusia biasa.

Dan tidaklah Allah menciptakan setiap perkara dengan sia-sia. Allah ciptakan ujian. Ujian pasti bersama hikmahnya.

Maka, tidaklah Allah mencipta hikmah disebalik ujian itu secara sia-sia.

Percayalah.. ^^



[fellow followers]