Acece.. macam dah banyak tahun je bunyinya. heheh! padahal baru je setahun jagung budak tu. Hari ni, *15 Jun 2010* genaplah setahun umur nawwar. Sekejap je masa berlalu, daripada dulu yang hanya reti menangis sampailah sekarang dah boleh jalan terkedek-kedek macam itik sekati [haha.. ummi beliau, sila jangan marah~] Ya Allah, seronoknya jadi nawwar, baru setahun hidup, suci tak kenal dosa lagi. Moga dirimu menjadi mu'minah yang terpelihara sayang..
Alhamdulillah, tadi baru habis paper BM. complete satu subjek! Berkat doa dari ummi, semoga dipermudahkan semuanya. ameen. Balik exam, terus buka YMessenger. heheh! ya Allah, syahdu..syahdu. Tadi kak mar beritahu semua orang sekarang ni sedang berkumpul kat rumah. Macam raya je tadi. Saudara-saudara pun ada datang. Bestnyee.. Ni yang rasa nak balik sampai tahap 270 darjah ni. Namun kerana paper ungs 2030 pada 20 JUN ini, maka saya redha dengan segala-galanya.. :(
p/s : saja letak gambar budak ni banyak-banyak sebabnya nak bagi hint yang kamera dah ok! heheh! alhamdulillah.. tak sangka, lepas koma selama seminggu, cik olympus dah sedar semula. syukur.. syukur.. :)
Gambar-gambar lain ada di sini juga..
subhanallah...
comelnya model dlm entry kak ni...
tengs ibah!
That's belong to Allah :)