Beberapa hari lepas saya ada balik kampung abah di kelantan. Tengah lepak lepak, ternampak pulak majalah mingguan wanita. Belek belek, pergh ternampak resepi baru. Ala-ala western kot. Dahla in mood mencuba resepi baru ni. Apa lagi terus salin.. 2 hari lepas sempat ajak ummi pergi shopping barang-barang dapur *matlamat utama nak beli bahan untuk kuih. ngeh3* Erk best jugak jadi anak tunggal tipu-tipu ni. :P
Tengok balik resepi, lupa plak nak salin nama kuih. Hadoiii klako betul la. Ummi pun suh reka je nama kuih ni.
Sesiapa rasa-rasa nk try, resepi dia senang je. 2 cawan tepung, 120g mentega, 50g gula halus, 1/2 cawan fresh milk, 60g mix dry fruits, garam sikit.
Cara dia, uli tepung + mentega + gula + garam sampai
Then, masukkan dalam oven. Bako je selama 33-37 min. Main agak-agak je ni. Ngeh3.
Taraaaa, siap! Kuih ni manis sket sebab masuk mix fruit kan. So, kalau nak sedap, buat petang-petang makan dengan air teh panas tanpa gula. Fuh terbaik ah! Tapi hari tu, buat pukul 9 malam. Ummi abah pergi usrah. Diri sendiri yang buat, diri sendiri gak tukang rasa. huhu. 1st time nak rasa.. bila gigit je.. Haha. Rasa macam lempeng la plak! aduyai... Lempeng pun lempeng la....
p/s: western la sangat... :P
Next, ialah kerepek pisang. Hoho. semangat gill nak buat sebab belajar time pergi program kat kampung orang asli baru ni. Tujuan asal nak ajar orang asli tapi committee plak yang blaja. hehe. Excited sket ah sebab dah lama nak try buat sebab saya memang hantu kerepek pisang okeyh!
Yang ni lagi senang lenang, beli pisang yang keras lagi tu (tak masak), potong nipis nipis (as nipis as u can. kalo tebal nanti tak rangup). Untuk kasi kaler kuning tu, tumbuk bawang putih 3 ulas, masukkan bawang putih + 3 sudu kecil kunyit + 2@3 sudu kecil garam + air masak sket.
Cara dia, bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang tadi satu satu dalam kuali, jangan bagi dia melekat. kacau kacau kacau, bila nampak pisang tu baru nak meleding sket, masukkan 2-3 sudu campuran kunyit dll. tadi tu. Kacau kacau kacau sampai nampak pisang tu betul betul meleding dan rangup. Angkat dan toskan dulu. Bagi sejuk dan...... MAKAN! eh baca bismillah dulu ar. Siapa suka versi bergula. Bila pisang dah kering, bolehla tabur gula halus. Jangan tabur masa panas panas, nanti jadi lembik *ngeh ngeh. ada pengalaman*
p/s: ummi kate raya nanti dah jimat duit tak payah beli kerepek pisang. heheh =,=
Next, best sangat sangat sebab boleh buat ciskek. Mahal kot ciskek kat kedai. Sekeping rm5++, Sebijik rm40-60. Tak bleyh jadik betul. Alhamdulillah, rezeki 3 bulan lepas, my usrahmate kak koca ada share resepi ciskek yang serius simple giler nak buat. Bukan versi bako bako, ni versi macam kek batik tu.
Bahan dia, any kind of cheese biscuits 2 peket, cream cheese 1/2kg brand kraft cari yang ada halal, susu pekat 1/2 tin. Tambahan : choc @ blueberry krim
Masukkan cream cheese+susu dalam pengisar kek. Kisar biar sebati sampai krim tu nampak lembut.
Sapukan lapisan pertama dalam bekas tupperware sebagai tapak, then susun biskut jangan rapat sangat, tak nak bagi keras. Masukkan sket blueberry krim (atau ape-ape je. nak bagi multitaste. Nanti cepat muak kalau cheese saje) before sapu next krim cheese. Pastu, Sapu lagi layer seterusnya, ulang ulang sampai yang last tinggalkan segenggam cream untuk dijadikan topping ciskek ni.
Dah siap sapu semua semua tu, masukkan dalam peti ais supaya biskut tu resap dlm cheese tu..dalam minimum 6 jam, agak agak biskut dh lembik resap dlm cheese tu, dah boleh potong. Tapi nak bagi keras betul, 1/2 jam before potong tu boleh letak tempat beku dulu. Perghh.. lagi best rasa dia, inshaAllah ;)
Selamat Mencuba. Kepada yang tak amek syok sem tu, manfaatkan masa korang keh. Lama tu 5 bulan. *jeles jeles. heh. tapi kalau amek short sem lagi syok sebenarnya. ayat positifkan diri. huahua*
Ok tu jela perkongsian dari seorang manusia yang baru nak bermain-main dengan lengkuas, halia, bunga kantan, daun bawang, minyak panas dan sebagainya. Sebarang kesilapan, amatlah memerlukan teguran. Terima Kasih.
Yang Benar,
Bibik kepada evoke dan anak-anak beliau (bulang, bintang, abu dan teh)
Bibik kepada evoke dan anak-anak beliau (bulang, bintang, abu dan teh)
waaahhhh...byk dh dhiah wak. dk aci ni. org dang wak cupcake je ari tu.corak krim ngarut ngabang plop tu. ingat nk try wak cheese tart. tp mase amat mencemburuiku. kehkehkeh.
anyway...saye tumpang gembira awak tlh mencube pelabagai.
nanti insyaAllah cuti 2bln tu saye plop nk mencube-cube.
hihihihi
wahh bestnye yah..nok jugop ;p hehe
> farah
fuyyyoo cupcake ising tuh. ganah ganah. org wat hak simple mimple je nih. hok payoh payoh dok brani nk share, diri sndiri pun dhaif ag. ngeh3.
wahhh cheese tart. sila buat next break ok? saya nk rase! hr tu wt ciskek tu siyes tringt ke farah. sungguhpun! :D
>ila
haha. wat ah dirri.la, kat mesir ade op pisang? :P
hehe puyo je. teror la tuh.. cam nak rasa je kuih western ala lempeng tuh. hehe :)
kak al : puyokah begitu? hehe. tidakla kak, kalau mak mak kita n akak sdiri pun yg terer masak tu mana ade bunyi tung tang yang amat bising itu. heh. kan? saya je.. tehehe.. =.='
err buatlah kasi garing sket ek. baru sedap.