HIMPUN bukanlah segala-galanya..


posted by radhiahsyahida

2 comments

...tapi segala-segalanya bertitik tolak jika kita berHIMPUN.

tatkala hati-hati ummat islam bersatu, hanya redha Allah sebagai matlamat yang ingin dituju. Yang ego, lunturlah! yang rendah diri, bangunlah!

“Dan Dialah (Allah) yang menyatukan di antara hati mereka (yang beriman). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu padukan di antara hati-hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka. Seungguhnya Ia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al Anfaal ayat 63)

Sebagaimana Allah menyuruh semua hambaNya bersatu demi akidah. Maka itu adalah satu kewajipan bagi kita. Kalau kita tak mulakan sekarang, bila kita nak mula ye?

Isu akidah ialah isu ummah. Bukan isu NGO A, NGO B, Parti A, Parti B, Individu A, mahupun Individu B!



Kenapa kita perlu hadiri Himpunan Sejuta Ummat?

1. Bukan untuk kepentingan individu tertentu
2. Bukan untuk kepentingan NGO tertentu
3. Bukan untuk kepentingan parti politik tertentu
4. Bukan untuk memecahbelahkan perpaduan antara kaum
5. Bukan untuk menyerang agama-agama lain

tetapi..

6. Untuk menjaga ke'izzah'an Islam sebagai agama kita di Malaysia. Islam sebagai agama paling utama. Islam ialah agama untuk bakal pewaris kita akan datang. Islam sebagai agama suci bukan agama yang boleh diperkotak-katikkan sesuka hati oleh sesiapa sahaja.

Hari ini mungkin kita akan lega kerana yang murtad ialah baru mencapai 4 angka, yang murtad bukan ahli keluarga kita, yang murtad bukan kawan-kawan kita.. tetapi adakah kelegaan kita itu akan terus bertahan sehingga 15-20 tahun akan datang?

Kenapa kalau untuk aktiviti sukan, kita boleh bersatu dan melupakan agenda masing-masing, tetapi untuk isu akidah, kita tidak boleh? Tidak 'izzahkah kita dengan islam? Tidak risaukah kita dengan penyakit ummah kita yang kian menular?

Ayuh ummat islam. Tinggalkan sekejap agenda dunia pertubuhan masing-masing, kita berhimpun demi Allah, demi ummah, demi ahli keluarga dan sahabat seislam yang kita kasihi kerana Allah.


TIDAK RINDUKAH KITA MELIHAT SEMUA MUSLIM BERKUMPUL DAN BERSATU DI BAWAH PANJI TAUHID LAILAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULLLAH?

2 comments

[fellow followers]