hakikat bahagia II


posted by radhiahsyahida

2 comments

sambungan dari hakikat bahagia I

" kenapa bah?"
raihana terus menapak di sebelah mamanya.

" along, minggu lepas..kawan abah, pak cik manan tu ade datang rumah kita..along ingat tak anak pak cik manan yang tengah belajar kat australia tu? yang selalu datang rumah kita masa along kecik2 dulu tu.." abah memulakan bicara.. namun bicara itu bisa menggusarkan jiwa seorang anak yang bernama raihana.namun didiamkan sahaja.
" ingat kut..abg azrai kan..kenapa bah?
" ha'ah..sebenarnya..bulan depan azrai nak pulang ke malaysia.. pak cik manan bagitau kat abah, dia nak melamar along sebagai isterinya yang sah..sebenarnya azrai tu dah lama berkenan kat along..cuma dia nak tumpu pada pelajaran dulu sebelum ni.. sekarang, dia dah buat keputusan sebaik-baiknya..lagipun along pun tinggal setahun lagi kat UIA kan?" abah cuba menyakinkan..walaupun begitu, raihana merasakan dirinya seperti dihempap batu besar pabila mendengar bicara abah yang sangat dihormatinya itu.

mama di sebelah memegang erat tangan raihana..mama yang sedari dulu sangat memahami perasaan anak sulungnya itu seolah-olah dapat merasakan apa yang dirasai oleh raihana pada saat itu..namun, mungkin disebabkan oleh rasa hormat pada abah menyebabkan mama turut diam seribu bahasa.

raihana kelu..Ya Allah, maha berat ujian yang Kau timpakan pada ku di saat ini..kurniakan kekuatan untuk hambaMU yang sedia lemah ini" raihana bermonolog sendiri sambil memohon petunjuk dari Allah.

" along..abah tak berniat nak membebankan along untuk fikir pasal ni, tapi abah rase azrai tu seorang pemuda yang baik..lagipun abah tak sampai hati nak tolak permintaan dari pakcik manan tu...along faham kan?" abah seolah-olah memohon pengertian darinya.
"hmm..bah,ma,beri along masa utk fikir boleh? along perlu istikharah dulu sebelum bagi jawapan ni" raihana cuba berdalih walaupun dia tahu betapa besarnya harapan abah dan mama padanya untuk menerima lamaran itu.
" baiklah...abah dan mama tak kan memaksa along, kami bergantung penuh dengan keputusan along nanti...tapi...takpe la, along buat istikharah dulu ye.." begitulah abah..tetap seperti dulu. bagi abah, kebahagiaan anak-anak merupakan perkara paling utama dalam hidupnya. Mungkin keadaan menyebabkan abah tersepit untuk menyatakan perasaannya itu.
"terima kasih abah, mama" hatinya sebak berbaur serba salah mendengar berita yang baru disampaikan oleh abahnya itu. baginya, cinta untuk manusia bukan segala-segalanya. sebab itu, sejak dari bangku sekolah lagi dia cuba mengelakkan diri dari terjebak dengan budaya 'couple' ini. tanpa berkata apa-apa lagi, raihana terus meluru masuk ke biliknya. tanpa dia sedari, beberapa titis air putih mengalir di pipinya.. Argh!! aku keliru...perlukah aku terima lamaran abang azrai?? hatinya bermonolog lagi... hatinya sebak. air matanya semakin lebat persis hujan yang tidak henti-henti di luar rumahnya itu. bukan dia punya sesiapa, tetapi hati kecilnya tetap menidakkan lamaran itu..raihana semakin keliru..keliru dengan kata hatinya yang masih bisu.

...................................................

selesai fiqh talk
on the way

"rai..ya rase ya dah jumpa la calon suami impian ya...hehehe.." humaira tersengih seperti kebiasaan.
"ye ke? alhamdulillah... maknenye dapat makan nasi minyak free la tak lame lagi ek? siapa bakal zauj kawan rai ni ye? " raihana cuba mengacah humaira untuk memanjangkan bicara.
" hehe... tak de la..ya main2 je..tapi...bro.hakeem tu baik kan..dah la best student, presiden PERKIM CLUB plak tu.. untungla zaujah dia nanti" humaira cupa menyelindungkan perasaan hatinya itu..raihana tahu sahabatnya itu telah lama menyimpan perasaan terhadap MC talk yang mereka hadiri tadi. Mungkin disebabkan untuk menjaga syariat Islam, kepada raihana sajelah tempat dia meluahkan isi hati.
" yela2, rai doakan zaujah bro.hakeem tu nanti ialah sahabat baik rai..ameen" raihana cuba mengusik lagi..usikan manja yang tak putus2 di antara mereka berdua. Hanya mereka yang tahu, hanya mereka yang merasai, dan hanya mereka yang menghargai...indahnya dunia mereka berdua.

.......................................................

malam hari

" Ya Allah kuatkan aku! hanya kepadaMu aku berserah dan memohon petunjuk...Berilah aku kekuatan utk mendapatkan kebenaran..Kau ilhamkan kepada hambaMu yang lemah ini...."
titisan air jernih menyimbah lagi..Esok, akan dikhabarkan kepada abah dan mama tentang keputusannya itu..Sudah 3 kali dia memohon petunjuk dari Allah s.w.t. tentang lamaran abang azrai itu. Semoga Allah mengurniakan petunjuk kepadanya..doa Raihana di sudut hatinya kecilnya.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
.......................................................

alamak..bersambung lagi kut (^_*)

sila click disini ok..=)

* hakikat bahagia III

* hakikat itu memang membahagiakan

2 comments

  1. Anonymous

[fellow followers]