Archive for May 2009

they let me go..


posted by radhiahsyahida

10 comments

with tears..(hehe..jangan pecaye!ini tipu je..)

masuk bilik guru, jumpa sekeping nota..

Assalamualaikum Dhia..
Thanks for your co-operation to replace me for a while..
I hope you will get the best in your study at UIA
" Terengganu forward & Good Luck "

-Adnan Zain-

ohh! ini last day kah??
tak sangka masa itu cukup pantas berlalu. Terasa baru semalam jumpa budak-budak yang suka bercakap banyak itu
sedih? hurm..iye ke?

Ridwan cakap "cikgu dhiah jangan nangis!"
keke..takkanla cikgu nak nangis untuk awak!

~2 Amanah, Bahasa Melayu~

budak-budak ini kena paksa jadi skema oleh cikgunya..bukan main tegak duduk..
saya : yang kecik duk depan, yang tinggi berdiri kat blakang.
ridwan : tak kira, saya nak duk depan jugak cikgu!

herm..tengokla hasilnya~


budak-budak ni sebelum jadi skema..ingat senang ke nak suh diorang buat gaya skema.. kena suap tam-tam dulu baru diam..aduii~




adam : cikgu, tangkap gambar saya!
saya : ok, posing maut cepat.



i'll miss them..
mereka inilah..budak-budak yang selalu kena buat skill untuk bagi depa diam.. kadang-kadang, kena buat permainan dulu baru dengar cakap. suka mengajuk, banyak bercakap, suka main kejar-kejar, and sume prangai budak-budak ada kat depa. hoho, nama pun budak-budak! hehehe~

~4 Amanah, Kemahiran Hidup~

"Dah darjah empat, kena bergaya macho sket.." kata cikgunya




bye-bye cikgu! sob3..adus sedihnya..


i'll miss them..
mereka inilah..budak-budak yang suka tarik perhatian cikgunya, suka bertanya itu dan ini, suka mintak hadiah, suka jugak bergaduh (orang ganu kate goccoh same dorang). nak wat camne, nama pun budak lelaki, takkan nak buat perangai macam budak perempuan plak..kan?

~5 Bestari,Science~



haha, cikgu dia pun kena paksa buat gaya skali..ikut jela..


i'll miss them..
mereka inilah..budak-budak yang selalu kene leter..kekeke..
kerja sekolah slalu mintak tangguh, suka bagi alasan macam-macam
"cikgu, saya tak siap keje skolah sebab sdare saya kawin.."
"oh,cikgu ingatkan kamu yang kawin!" dengan nada marah..hehe

~5 Amanah, Science~

ok..semua skema dan macho..


"tepi-tepi,cikgu nak masuk jugak dalam gambar!" kata cikgu mereka sambil menyuruh anak muridnya ketepi.. =D


orang-orang macho. bukan budak-budak ni! orang-orang la..


i'll miss them..
mereka ini..serius! best sangat100x mengajar depa..
setiap kali masuk, tak lekang dengan ucapan "selamat petang cikgu" "terima kasih cikgu" dengan gaya upin ipin..haha..so, bila start mengajar sudah dengan senyuman..maka,......

dan..the last

ohh..meja ini! =(


juga..
bilik guru yang slalu buat saya sengih sorang-sorang sebab depa suka buat lawak..



i got many experience here..thanks to all~

pukul 6.45 petang..sayunya tengok meja dah kosong~

"aku tau tak punya jasa,
untuk diingat atau dikenang..
kerana itu aku berasa..
baiklah pergi melangkah pulang."

kaki terus melangkah, pintu kereta dibuka lantas dilabuhkan ke atas kusyen yang empuk..ohh, aku bukan cikgu dhiah lagi =(

gadis, du'a dan ...


posted by radhiahsyahida

8 comments

seorang gadis berteleku di riba sejadah..
"Ya Allah ya Tuhanku, aku pinta dariMu Yang Maha berkuasa.. jauhkanlah aku dari mendapat sayap kanan atau keturunan seperti guru, pemandu bas ataupun penyapu sampah itu..Ameen"

Pada satu hari yang berasap..

Guru itu...
Masuk ke kelas dengan membawa buku teks Pendidikan Syariah Islamiyyah dengan penuh segak.. oh, ustaz baru rupanya!, mesti tsiqoh ni..
Sessi belajar sedang berjalan, ustaz itu membicarakan hukum merokok..
kata ustaz " merokok haram kerana selain mendatangkan pembaziran, rokok juga boleh mendatangkan bahaya kepada penghisap rokok serta orang disekelilingnya. "

habis sessi P&P pada hari itu, pelajar-pelajar sudah siap sedia untuk pulang. Ada yang pulang dengan bas, ada yang dijemput ibubapa.
Eh, itu ustaz baru tadi! Kenapa dia menyorok belakang pokok tu eh?
Lorgh..merokok rupenye..Tak menyempat lansung!

Penyapu Sampah itu...
" Eh budak sekolah zaman sekarang ni macam-macam perangai, bukannya nak buang sampah dalam tong elok-elok! Dilonggok pulak kat atas penutup ni "
" Sabar je la pak cik ye..susah nak nasihat dah sekarang ni diorang tu "
" Tadi Pakcik jumpa puntung rokok dalam tandas sekolah, berani betul mereka ni..kecik-kecik lagi dah hisap rokok. Tak takut cikgu dah.. "
Pak cik itu berlalu pergi dengan mengeluarkan sekotak marlboro dan lighter di tangan..
erk?? pak cik nih..

Pemandu bas itu...
" Masuk lagi.. ade lagi kosong kat blakang tu..Jangan berdiri kat tangga ni! "
Bas mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah..
" Alhamdulillah, bagus bas ni ada sticker 'no smoking' "
"Aik, kenapa bau asap tibe-tibe ni? " Pandang kiri kanan..
" Ceh, driver tu merokok rupenye "



Cerita di atas adalah rekaan semata-mata, macam tak logik je dalam satu hari boleh jumpa orang yang merokok secara berturutan.. tapi, may be ade jugak kan? sape tau.

Sebenarnya, bukanlah saya nak 'blame' kan kerjaya di atas, mereka bagus! kerjaya mereka mulia! Tapi saya nak point kan sikap yang similar bagi rentetan 3 short stories tadi iaitu..
'm.e.r.o.k.ok'

Memangla manusia ni unperfect termasukla saya sendiri..Tapi bila bab rokok-merokok ni tak boleh kasi can especially orang yang dah tau keburukannya, pastu nasihat kat orang tapi last-last yang buat? diri sendiri..

Hari tu, saya masuk ke bilik guru dengan perasaan penuh bersemangat untuk mengajar (perasaan je..hehe). Sampai kat meja, tanpa disedari tetiba saya terlanggar satu pasu bunga kecik kat tepi meja tu. Pasu tu pun jatuh dan terburailah isi-isinya yang tidak menyenangkan mata iaitu abu rokok yang sangat busuk! Memandangkan abu rokok tu dah terkeluar banyak, saya pun cedok balik dengan kertas.. masukkan dalam pasu tu balik and then pergi letak kat meja salah sorang cikgu lelaki kat situ..kekeke!

Mentang-mentang la saya ganti cikgu lelaki, senang-senang je depa nak tinggalkan abu rokok tu kat meja yang saya duduk tu. Huh, terpaksa la bersabar memandangkan saya ni pendatang sementara. Takpela, dimaafkan jela perbuatan depa tu..

Tapi...

Jumaat baru ni, cikgu-cikgu kat sana ada meeting ape ntah. Saya duk kat bilik guru jela sibuk melayari internet..hehe. Kemudian dalam pukul 11.40 pagi beberapa cikgu lelaki turun ke bilik guru. Diorang suruh saya naik atas sebab makanan untuk meeting banyak lebih. Saya pun naik dengan senang hatinya. ^_^

Dah makan, saya pun turun balik. Bukak je bilik guru, masyaAllah asap berkepul-kepul kat hujung bilik. Rupa-rupanya depa baru je lepas merokok dalam bilik guru tu. Sakit hati betul masa tu. Satu bilik guru tu bau busuk. Dengan tindakan drastik, saya terus menutup hidung tanda protes. Haha.. Padan muka depa sebab bila cikgu-cikgu lain masuk, depa dah gabra semacam.. Tau takut! hehe~

Tanda boikot kepada smokers, sila tutup hidung anda bila berjumpa dengan depa ini..(^_^)v

husnu dzon


posted by radhiahsyahida

4 comments

Husnu Dzon itu bersangka baik (bagi yang tak tahu)

Beberapa hari lepas, Kak Ti dapat panggilan dari seorang wanita yang tak dikenali. Katanya kak ti dapat baucer free untuk bermalam di hotel-hotel terpilih tapi kena datang ambik baucer tu kat Palace of the Golden Horses. Pastu, bila sembang-sembang ngan kak zan (cg kat la salle 2), dia cakap depa sebenarnya panggil sebab nak promot untuk jadi ahli tertentu. Walaubagaimanapun, selepas berbincang kami berpakat untuk husnu dzon terhadap wanita tersebut. (mana tau dapat betul kan?)

And then, pergilah kami ke hotel tu semalam. Nak dijadikan cerita, bila sampai, kami dibawa ke satu tempat yang dipanggil Golden Health ape ntah (pusat kesihatan kat hotel tu). Depa cakap sebelum dapat baucer, kena dengar penerangan dulu. Kami dibawa melawat tempat medical check up dari hujung rambut hingga hujung kaki. Memang best sangat sebab alatan kat sana sume hebat dan mahal (mencapai angka juta) dan servis pun 1st class. Walaubagaimanapun, harga pun cantik jugak! RM 120 000 untuk tempoh 10tahun. Erk, vvip macam Pak Lah bleh la..(sebab nampak gambar Pak Lah pernah datang buat medical check up kat situ..hehe). Dia cakap promotion untuk orang biasa macam kami ialah RM12 000++ untuk 10tahun.. huhu 'murahnya'

Last, dengan kebijaksanaan Abg Di melayan promoter tu disamping husnu dzon oleh kami pada mulanya, maka kami dapat pulang dengan baucer bermalam di hotel selama 3 hari dengan freenya, and beberapa keistimewaan lain tanpa perlu mendaftarkan diri untuk menjadi ahli atau menjalani medical check up di sana dengan bayaran RM 12 000 ++ itu.. ^_^


Itulah bila perlunya kadang-kadang kita husnu dzon dengan manusia. Siapa tahu itu balasannya~

Itu manusia, bagaimana pula bila husnu dzon dengan Pemilik Manusia..


2 Minggu lepas, saya mendapat sms dari murabbiyah usrah mengatakan ada liqo' di rumah akhowat dekat Nilai, N.9. Dan di saat itu duit di dalam purse hanyalah berjumlah RM10+dalam BIMB RM40 (simpanan untuk tiket balik trg). Hanya Allah yang tahu perasaan saya yang berbelah bahagi time tu. Antara dunia (duit) dan akhirat (ilmu agama). Saya mula mencongak..
KTM pergi balik : RM 3.80x2
Bus ke KTM serdang : RM 2.50x2

Ohh..Memang tak cukup!
Dan seperti biasa, bila tiba masalah macam ni memang saya tak dapat nak buat keputusan sorang diri. Lantas, dia hadir meleraikan kekusutan jiwa. Malam tu, saya dibasuh dengan sabun keimanan oleh beliau. Terima kaseh eslamicqueen sayang! Hati saya nekad untuk pergi ke majlis ilmu itu dengan keyakinan yang sepenuhnya digantung pada Allah swt. Tiba-tiba saya teringatkan duit syiling yang saya simpan dulu. Saya bukak tabung and then bila kira duit-duit syiling tu dapatlah RM10.30.(hehe..sikit je, ingatkan banyak)

RM 10.30+ RM 10.00 = RM 20.30 herm..cukup2 (^_^)v

Akhirnya pergilah saya sehelai sepinggang ke Nilai,N.9. Alhamdulillah, duit yang diinfakkan itu tidaklah sia-sia. Allah telah menjanjikan sesuatu. Selain ilmu yang begitu berharga dari ustazah, rupa-rupanya saya telah mendapat hadiah yang amat bernilai dari ustazah dan akhowat iaitu sepasang baju sembahyang yang sangat cantik dan juga mutiara dari kak Maryam sayang. terima kasih semua!


Belum habis lagi.. keesokannya saya pun terpaksa la keluarkan duit RM40 dari bimb memandangkan duit poket dah nazak (duit tiket? tawakkaltu 'alaLLah). Dan sekali lagi, Allah itu Maha Penyayang telah terbukti dengan nyata. Memang terkejut bila saya check baki akaun BIMB, duit saya ada RM XXX.XX

Alhamdulillah, duit gaji saya sudah masuk!!! Memang terkejut sangat sebab sepatutnya duit gaji akan dapat pada akhir bulan Mei ni.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. ^_^

Subhanallah..Alhamdulillah.. Allahuakbar
Indahnya bila berbaik sangka dengan manusia. Indah lagi bila dengan Pemilik mereka.

Kepada anda yang membaca, usahlah terlalu berkira seperti saya pada mula-mula tadi. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah jika berada di dalam kesempitan dan masalah. Allah itu pemilik kita. UtamakanNya dalam apa jua keadaan. Jika kita ingat padaNya, Dia lagi ingat pada kita. PERCAYALAH...

Aku teruskan berharap
Dan bersujud dalam gelap
Sampai nanti suatu saat
Cinta Ilahi kudapat

Mengapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kerana itu ujian
Tanda kasih dari Tuhan

Aku pulang..dengan tenang
ku terima mehnah dariMu
Aku pulang..dengan lapang
Ku terima ketetapanMu

Kau ajarkan aku agama
Kau ajarkan ilmu sempurna

Kau berikan aku bahagia
Kau berikan nikmat dunia

Kau tunjukkan aku caranya
Kau tunjukkan jalan ke syurga.....


lagu : samdaughters
lirik : samdaughters
artis : rakyat malaysia yang reti bm

..yesterday for today..


posted by radhiahsyahida

6 comments


Semalam, SK La Salle 2 telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah yang bertemakan ‘Guru Pembina Negara Bangsa’. Tak sangka tahun ni boleh mengambil tempat sebagai salah seorang guru biasa di sana. Teringat zaman muda-muda dulu, sebab kita yang handle untuk cikgu-cikgu..
Program bermula dengan ucapan guru besar, bacaan risalah dari Menteri Pelajaran Malaysia dan persembahan murid-murid. (macam biasa lar..) Tapi kagum dengan murid darjah 6, walaupun tak ajar depa tapi sangat terhibur and terharu dengan persembahan dikir barat depa..suke2!

Sampai part dari guru, murid-murid dikehendaki berebut untuk menyatakan siapakah guru tersebut berdasarkan maklumat yang diberi.

Soalan : Siapakah guru yang memandu kereta kelisa ke sekolah?
Ridwan bangun (murid saya tahun2) : cikgu dhiah
Kekeke..saya gelak ngan cikgu lain kat blakang..


Soalan seterusnya : siapakah guru yang bakal menjadi pengantin baru beberapa minggu lagi?

Yugaraj bangun (murid saya tahun 5) : cikgu dhiah
Haha..saya gelak lagi..belum sampai seru dikk!! =p


Seterusnya, acara sukaneka tiba.. ada 3 acara iaitu bawak bola pingpong, memisahkan kacang merah ngan kacang hijau and main O zus..
Sangat best sebab bleh main ngan budak2 pastu kita yang menang..kire ok ah tu kan?



Habis acara petang tu, sangat-sangat la terharu sebab unexpected dapat hadiah jugak semalam from my precious students..tak sangka la sebab depa sume lelaki..ingatkan sekolah budak laki ni tak de kecenderungan ngan hadiah-hadiah ni..huhu




And yang paling terharu, major budak-budak yang bagi tu murid yang selalu kena marah sebab tak siap kerja sekolah..haha..best jugak camtu kan? hehe..tapi bila dah mempunyai perasaan sebagai seorang cikgu ni barula paham kenapa cikgu-cikgu kita tak mengharapkan hadiah sangat..act,kejayaan and semangat yang ditunjukkan oleh anak murid lebih berharga bagi seorang insan bergelar cikgu..tak caya, tanya la cikgu-cikgu anda..

Sampai ke acara kemuncak ialah dinner untuk guru-guru di Restoran Rebung Chef Ismail. Asalnya saya tak nak pi sebab tengah berjimat..hehe..almaklumlah gaji kecik je.. Tapi, Allah kan Maha Pemurah.. tetibe ade sorang insan yang baik hati dan menyayangi saya telah support dinner saya pada malam tadi..Semoga Allah memurahkan lagi rezeki beliau..iaitu kak ti..hehhe~ tenkiu my sis!


and today, i got many suprise things..
to my beloved people, sorry semalam tak reply..so tired maa..
and once again, syukron jazeelan buat yang sentiasa mengingati tarikh yang tak bermakna ini..especially my beloved family..love and miss u all so muchhhh!!! Alhamdulillah, sempat say thanks to my mum..hidup ini sekadar cuma...bak kata Zarin, my old friend "now, you are one step closer to death..remember that!" Astaghfirullahal'azim..Tamatkan hidupku dengan penamat yang menjanjikan syurgaMu..ameen..

erm..dapat free call nih.. nak buat panggilan hangit kat sape eh? =D

pada suatu petang...


posted by radhiahsyahida

2 comments

..saya keboringan kat rumah sorang-sorang sebab Kak Ti dan Abang Di pergi pasar malam. Untuk mengatasi keboringanan tahap cipan itu, maka saya pun menuju ke balkoni untuk melihat budak-budak bermain di taman permainan berhampiran.


Aksi pertama :
seorang budak kecik (kira-kira 3tahun) sedang asyik bermain gelongsor dan ditemani oleh kakaknya (kira-kira 16tahun). Lalu saya terbayang "oh, bestnya ada adik kecik.."

Aksi kedua :
seorang kakak (kira-kira 5tahun) sedang sibuk menghayun buaian untuk adiknya (kira-kira 3tahun) dan dalam masa yang sama dia sibuk menjaga buaiannya sebab takut diambik orang (macam anda dulu-dulu jugak, macam tak biasa je..hehe). Lalu saya terfikir " oh, mulianya kakak yang kecik tu.. "

Aik..asyik kakak je! mana abangnya?? ooh..sedang asyik main bola rupenye =)

Aksi ketiga :
Beberapa orang budak kecik perempuan (kira-kira 8-9tahun) sedang bermain dan berkejar-kejaran sesama mereka (main polis n3 kot..huhu) dengan memakai tshirt pendek,padat dan singkat tanpa memakai tudung. Ok,fine dimaafkan. Mungkin budak ni belum baligh, that's why mak ayah depa belikan pakaian macam tu. Tapi, bagaimana jika budak-budak perempuan ini selesa dengan pemakaian mereka hatta saat itu dosa pahala menjadi tangungan sendiri. Salah siapakah??

"Anak-anak adalah seperti kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya" Kata-kata yang tak asing lagi di bibir masyarakat kita. Namun, sejauh manakah ianya tersemat di kotak fikiran dan menjadi panduan hidup sepanjang perjalanan menuju Tuhan?


Ibu.Ummi.Mak.Mama.Bonda

10 mei 2009 yang baru berlalu..Hari yang agak bermakna bagi kaum hawa itu. Ada orang kata tak elok sambut sebab tak de dalam islam. Haish, memangla encik..tapi tak salah kita meraikannya.. means kalau tiap-tiap hari mak encik masak makanan untuk encik, hari tu bagila can skali dia makan kat hotel ke, restoran ke..itu tandanya penghargaan dari kita walaupun sebenarnya tak berharga mana pun bila compare ngan jasa beliau yang infiniti itu.

Sebenarnya, bukan nak cakap pasal mum's day tu sangat.. but da most important thing that we should notice is her role. Tang mana pi pun, ibu la yang paling berperanan untuk mencorak anak beliau. Kadang-kadang, kita duk bercakap yang anak ni kurang ajar kat mak ni, anak tu derhaka kat mak tu, anak nung biadap kat mak nung.. tapi, bila direnung, dikaji, difikir, diamati balik mungkin ada beberapa peratus berpunca dari pencoraknya. (bukan semua, jangan salah faham oke!)

contoh : mak suh anak pi kedai beli gula
mak : woi leman, ekau pi beli gula jap.
leman : baik mak

bila leman besar..
leman : woi mak, kasi 300. den pokai ni..
mak : ..........????

moral : coraklah anak anda baik-baik na..

Cikgu.Teacher.Ustaz/ah.Guru Besar.Guru Kecik.Pengetua

16 mei 2009 yang bakal berlalu esok..Satu hari yang juga bermakna bagi mereka yang bergelar pengajar @ pendidik..
'Pengajar dan Pendidik'.. kalianlah pencorak kedua.
ohh mengajar? kacang je tu.. ade ilmu sket, takde degree pun takpe. Setakat nak mengajar, apatah lagi ayah pin boleh buat ajaran sesat, budak darjah satu yang bawak botol susu pergi sekolah pun boleh mengajar kawan dia matematik..
tapi bab mendidik, itula yang paling payah.. kalau ade PhD sekalipun tapi kalau tak de skill mendidik yang betul, belum tentu budak tu terdidik dengan tarbiyyah yang shalihah..

Dan bila melihatkan permasalahan remaja zaman sekarang, cubalah muhasabah kembali wahai pendidik sakalian. Didikan anda itu sekadar memenuhi syarat untuk mendapat gaji atau punya iltizam untuk mendidik mereka supaya terus menjaga harga diri, menghiasi peribadi selaras dengan tuntutan Ilahi berpandukan kitab Allah yang suci.

Oleh itu, jangan tinggalkan agama Islam walhal dalam sekecik zarah sekalipun perkara itu.
Jika kamu menjadi pendidik, jadilah pendidik yang membawa agama
Jika kamu menjadi doktor, jadilah doktor yang membawa agama
Jika kamu menjadi peguam, jadilah peguam yang membawa agama
Jika kamu menjadi perdana menteri, jadilah perdana menteri yang membawa agama
(dan lain-lain kerja la..takkan nak tulis sume kat sini)

Sahabat.Kawan.Teman.Rakan

Juga pencorak terbaik bagi setiap makhluk bergelar manusia. Dan buat makhluk-makhluk yang diangkat darjat mereka ini, pilihlah temanmu dengan mata hati yang paling waras. Nescaya, bahagialah hidupmu kelak..insyaAllah.

"Sahabat yang baik (shalih) ialah bila mana kita mendampinginya, hati kita akan semakin dekat dengan Sang Pencipta"

Allahu'alam

p/s : Post ni tiada kene mengene lansung dengan mereka yang tak hidup dan bila anda dah baca post ni, janganla anggap saya ni berlagak baik. Tapi, saya memang tengah berusaha nak jadi budak baik ni.InsyaAllah. Correct me if i'm wrong.

eh..eh..bakpe blogger dop leh edit tulisan kat post ar? ke leptop ni wat hal agi..sob3.. =(

Di hujung jari..


posted by radhiahsyahida

No comments

Subhanallah.. macam tak sangka dapat update blog tanpa perlu bukak benda petak colour hitam yang berat tu, cuma tak dapat la nak bermonolog panjang-panjang. Hari tu asyik duk merungut sebab benda tu asyik buat hal dan sekarang tak sangka Allah dengar jugak rungutan hamba Dia yg banyak buat dosa ni..:-)

And special thanks jugak ke kak mar. Nasib orang ada kakok yang guna sony ericsson macam dia.hehe.. Memang best pakai sony kan.. ;-)
Dunia di hujung jari..cuma, semoga ia digunakan di jalan yang betul dan diredhai..InsyaAllah..

[fellow followers]