husnu dzon


posted by radhiahsyahida

4 comments

Husnu Dzon itu bersangka baik (bagi yang tak tahu)

Beberapa hari lepas, Kak Ti dapat panggilan dari seorang wanita yang tak dikenali. Katanya kak ti dapat baucer free untuk bermalam di hotel-hotel terpilih tapi kena datang ambik baucer tu kat Palace of the Golden Horses. Pastu, bila sembang-sembang ngan kak zan (cg kat la salle 2), dia cakap depa sebenarnya panggil sebab nak promot untuk jadi ahli tertentu. Walaubagaimanapun, selepas berbincang kami berpakat untuk husnu dzon terhadap wanita tersebut. (mana tau dapat betul kan?)

And then, pergilah kami ke hotel tu semalam. Nak dijadikan cerita, bila sampai, kami dibawa ke satu tempat yang dipanggil Golden Health ape ntah (pusat kesihatan kat hotel tu). Depa cakap sebelum dapat baucer, kena dengar penerangan dulu. Kami dibawa melawat tempat medical check up dari hujung rambut hingga hujung kaki. Memang best sangat sebab alatan kat sana sume hebat dan mahal (mencapai angka juta) dan servis pun 1st class. Walaubagaimanapun, harga pun cantik jugak! RM 120 000 untuk tempoh 10tahun. Erk, vvip macam Pak Lah bleh la..(sebab nampak gambar Pak Lah pernah datang buat medical check up kat situ..hehe). Dia cakap promotion untuk orang biasa macam kami ialah RM12 000++ untuk 10tahun.. huhu 'murahnya'

Last, dengan kebijaksanaan Abg Di melayan promoter tu disamping husnu dzon oleh kami pada mulanya, maka kami dapat pulang dengan baucer bermalam di hotel selama 3 hari dengan freenya, and beberapa keistimewaan lain tanpa perlu mendaftarkan diri untuk menjadi ahli atau menjalani medical check up di sana dengan bayaran RM 12 000 ++ itu.. ^_^


Itulah bila perlunya kadang-kadang kita husnu dzon dengan manusia. Siapa tahu itu balasannya~

Itu manusia, bagaimana pula bila husnu dzon dengan Pemilik Manusia..


2 Minggu lepas, saya mendapat sms dari murabbiyah usrah mengatakan ada liqo' di rumah akhowat dekat Nilai, N.9. Dan di saat itu duit di dalam purse hanyalah berjumlah RM10+dalam BIMB RM40 (simpanan untuk tiket balik trg). Hanya Allah yang tahu perasaan saya yang berbelah bahagi time tu. Antara dunia (duit) dan akhirat (ilmu agama). Saya mula mencongak..
KTM pergi balik : RM 3.80x2
Bus ke KTM serdang : RM 2.50x2

Ohh..Memang tak cukup!
Dan seperti biasa, bila tiba masalah macam ni memang saya tak dapat nak buat keputusan sorang diri. Lantas, dia hadir meleraikan kekusutan jiwa. Malam tu, saya dibasuh dengan sabun keimanan oleh beliau. Terima kaseh eslamicqueen sayang! Hati saya nekad untuk pergi ke majlis ilmu itu dengan keyakinan yang sepenuhnya digantung pada Allah swt. Tiba-tiba saya teringatkan duit syiling yang saya simpan dulu. Saya bukak tabung and then bila kira duit-duit syiling tu dapatlah RM10.30.(hehe..sikit je, ingatkan banyak)

RM 10.30+ RM 10.00 = RM 20.30 herm..cukup2 (^_^)v

Akhirnya pergilah saya sehelai sepinggang ke Nilai,N.9. Alhamdulillah, duit yang diinfakkan itu tidaklah sia-sia. Allah telah menjanjikan sesuatu. Selain ilmu yang begitu berharga dari ustazah, rupa-rupanya saya telah mendapat hadiah yang amat bernilai dari ustazah dan akhowat iaitu sepasang baju sembahyang yang sangat cantik dan juga mutiara dari kak Maryam sayang. terima kasih semua!


Belum habis lagi.. keesokannya saya pun terpaksa la keluarkan duit RM40 dari bimb memandangkan duit poket dah nazak (duit tiket? tawakkaltu 'alaLLah). Dan sekali lagi, Allah itu Maha Penyayang telah terbukti dengan nyata. Memang terkejut bila saya check baki akaun BIMB, duit saya ada RM XXX.XX

Alhamdulillah, duit gaji saya sudah masuk!!! Memang terkejut sangat sebab sepatutnya duit gaji akan dapat pada akhir bulan Mei ni.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar. ^_^

Subhanallah..Alhamdulillah.. Allahuakbar
Indahnya bila berbaik sangka dengan manusia. Indah lagi bila dengan Pemilik mereka.

Kepada anda yang membaca, usahlah terlalu berkira seperti saya pada mula-mula tadi. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah jika berada di dalam kesempitan dan masalah. Allah itu pemilik kita. UtamakanNya dalam apa jua keadaan. Jika kita ingat padaNya, Dia lagi ingat pada kita. PERCAYALAH...

Aku teruskan berharap
Dan bersujud dalam gelap
Sampai nanti suatu saat
Cinta Ilahi kudapat

Mengapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kerana itu ujian
Tanda kasih dari Tuhan

Aku pulang..dengan tenang
ku terima mehnah dariMu
Aku pulang..dengan lapang
Ku terima ketetapanMu

Kau ajarkan aku agama
Kau ajarkan ilmu sempurna

Kau berikan aku bahagia
Kau berikan nikmat dunia

Kau tunjukkan aku caranya
Kau tunjukkan jalan ke syurga.....


lagu : samdaughters
lirik : samdaughters
artis : rakyat malaysia yang reti bm

4 comments

  1. CSE:) haimy

[fellow followers]